Sharing is caring

Without doubt, she’s Marilyn Monroe of the East.

~ Marlon Brando (1958)

Berita baik untuk peminat Allahyarhamah Saloma macam saya ni. Di Muzium Negara telah berlangsung pameran Busana Saloma sempena Pameran Ikon Fesyen Retro di Galeri 2, Jabatan Muzium Negara.

Pameran diadakan bermula 8 Ogos dan berakhir pada 31 Oktober 2017. Dan masuk adalah percuma.

Buat julung kalinya, 65 koleksi busana Biduanita Negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma, dipamerkan kepada umum… termasuklah beberapa koleksi aksesori eksklusif beliau. Aku sempat meluangkan masa berkunjung ke pameran ni dan semasa kat sini terserempak dengan anak saudara Allahyarhamah iaitu Melissa Saila (anak Allahyarhamah Mariani) dan minta dia buat promo sikit untuk video aku. Hahahaha..

Anyway, kepada anda di luar sana yang nak menyaksikan koleksi-koleksi pakaian beliau dari filem dan lain-lain, bolehlah datang ke sini. Sambil-sambil tu boleh la masuk ke Muzium Negara tu menambahkan ilmu dan celik sejarah sikit.

Enjoy the video!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.