Shenzhen & Guangzhou Trip

It was a 7 days trip. Sampai aje kat Baoan Airport, Shenzhen, kami ambil cab terus ke Guangxin Hotel yg terletak di Rengmin Nan Road. Hotel ni okay dari segi harga, facilities dan yg penting dekat dengan Shenzhen Metro. Perkara pertama bila sampai bilik adalah membuka bekalan makanan. Lapar gile! We had our tuna sandwich + cili padi yg Alia bawa. Nas siap masak maggi lagi dengan periuk elektrik yg dibelinya kat Vietnam! Lepas settle2 semua, first destination kami adalah ke Windows of The World kat Overseas Chinese Town. Besar gile park ni.. satu hari suntuk dlm ni berjalan sampai ke malam… gile letih! Harga tiket masuk RMB120.00 (lebih kurang RM60.00). Macam-macam landmark/monumen dari serata dunia ada di sini seperti Pyramid Giza, Eiffel Tower, The Great Stupa Sanchi, Japan Imperial Palace, Taj Mahal, Piazza San Marco dan lain2. Di sini juga ada Cultural Performance pada sebelah malam and it’s free! Mmg menarik!

Pemandangan luar bilik hotel. Dekat dengan metro & shopping complex.
Salah satu landmark di Windows of the World.
Cultural performance at WOW.
And it’s free!
Pada hari kedua, kami pergi ke Splendid China yg terletak Happy Valley. Splendid China is actually a China Folk Culture Village yg memaparkan budaya semua etnik yg terdapat di China. Kami tak masuk pun.. just bought souvenirs kat sini like keychain, kipas dengan sorang amoi yg sgt peramah kat situ. Then kami ke Huaqiang Lu, one of the commercial districts in Shenzhen. Mcm2 jenis barang ada jual kat sini – computers stuff, baju dan lain2, dari dalam mall sampailah di tepi2 jalan. Street performance pun ada. Tapi one thing kena ingat kalau kat sini – JANGAN TAWAR PASAL HARGA KALAU TAKDE INTENTION NAK MEMBELI! Diorang ni sangat saiko.. akan follow ko tanya berapa ko offer. If tak jadi derang akan marah/maki2 dan seangkatan dengannya. So janganlah cari penyakit!
Chinese Ethnic doll @Splendid China.
Cute keychains.
And dolls again!
Kedai baju di Huaqiang Lu
Street performer @Huaqiang Lu.

Hari ketiga pula, kami checkout bilik dan pergi ke Guangzhou. Nak ke sana, kami ambil metro ke Luohu Bus Station. Perjalanan amik masa dlm 2 jam. Derang sgt punctual.. bas kosong pun tetap jalan. Sampai di Guangzhou, kami checkin di hotel terletak di hadapan San Yuanli Metro. After that pergi isi perut dulu di Kashteshe Muslim Restaurant.. sebelah hotel ni je. Restaurant milik bangsa Uyghur, etnik yang byk terdapat kat Xinjiang. Kami order daging kambing panggang. Sangat sedap dan murah.. satu cucuk tu RM2.50 lebih kurang.. besar plak tuh. Yang menariknya, dia ada sambal. So bila turn kitorang makan, mmg bermangkuk2 la sambal kami amik dari meja2 sebelah! Buruk benor orang Melayu makan! So lepas kenyang, terus gerak ke Beijing Lu, syurga membeli belah dengan menaiki Guangzhou Metro. Panjang gile jalan ni dan byk gile kedai2. Pendek kata gilelah! Dan di situ juga ada peninggalan jalan purba semasa Tang Dynasty (618 – 907 A.D).

Grilled lamb @Kashteshe Muslim Restaurat. So cheap! RM2.50 per piece.
Beijing Lu ~ shopping district in Guangzhou
Hari keempat, kami checkin lagi kat hotel yg berdekatan, Sui Yuan Hotel yg lebih luas dan lebih selesa. We had our breakfast di satu kedai Muslim dekat situ. My friends order nasi goreng & mushroom noodle. Dan aku order beef noodle. Fresh hand-made noodle yg dibuat di depan mata. Terbaik! First destination utk hari ni, Yuexiu Park. Park ni pun luas giler. Terpeleot kaki berjalan. Dan park ni mmg cantik.. hijau, sejuk mata memandang. Byk ornamen, senibina dan arca budaya Cina yg dipamerkan di sini. Dalam park ini juga terdapat Zhenhai Tower – bangunan setinggi 5 tingkat yg dibina pada 1380 semasa zaman Dinasti Ming. Selain itu kami juga ke The Statue of Five Rams, salah satu landmark di Guangzhou ni. Second destination pula, ke Baiyun Shan dengan menaiki cable-car. Dari Baiyunshan ni, kita boleh melihat keseluruhan bandaraya Guangzhou. Hajat di hati nak ambil photo waktu senja sbb lagi best.. tapi tak larat nak menunggu.
Guangzhou City from Baiyunshan.
Pada hari kelima, kami ke Haizhu Square, lagi satu tempat shopping. Salah satunya Haizhu Square International Wholesale Centre. Dalam ni penuh dengan souvernir, art & craft dan macam2 mak nenek.. perghh.. kelabu bijik mata!! Bila dah berjalan of coz perut akan lapar kan? Luckily kat celah2 Haizhu Square ni.. berdekatan dengan cathederal terselit sebuah kedai makan Chinese Muslim.. order mee sup.. macam soohoon.. dah tu dia campur ngan roti perata… pastu kuah dia pulak pedas.. sangat sesuai dengan citarasa aku!.. hehehe. At night, we had our dinner at Kashteshe Muslim Restaurant. Whatelse.. kambing panggang lah lagi! After that, berjalan2 pusing kat area hotel ni, dan sempat membeli buah peach yg murah dan rangup!
Mee sup with bread! Yummehhh!

Hari ke-enam, kami ke Tianma Clothes Wholesale Centre.. last minit shopping sebelum balik ke Shenzhen. Banyak gile baju2 kat sini especially utk wanita! Harga murah pula tu.. Lepas abis shopping kami ambil bas balik ke Shenzhen dan checkin hotel yg sama, Guangxin Hotel. Malam tu just pusing2 area berdekatan dan pergi buat foot massage. Part yang paling kelakar bila mamat yg urut aku ni beria2 mengurut siap bunyi2 lagi “Oh! Yeah.. Oh! Yeah” sbb aku ckp dia urut tak kuat! Ingat dah sehabis kuat la tu.. Kitorang semua tergelak gile masa tu.. Hehee

Kami ke Huaqiang Lu semula pada hari ke-7 utk last shopping sebelum balik Malaysia. Antaranya handphone China cap ayam ala2 iPhone-touch screen-2 sim card yg berharga cuma RM250! After that, singgah sekejap kat Lychee Park. Banyak pokok2 laichee kat sini.. tapi buahnya takde.

Kesimpulannya, memang menarik pergi ke Shenzhen dan Guangzhou ni. Mencari makan halal takde masalah sbb kat sini ada byk kedai Chinese Muslim terutamanya milik etnik Uyghur. Tapi masalah utama adalah bahasa. Derang ni tak reti langsung atau tak mahir English. Pernah sekali masa kat hotel my friend ckp “I want extra pillow” (smbl menunjukkan aksi tidur… dibalasnya “U want massage???”.. WTF… hahaha.. last2 dia lukis orang lidi dengan bantal baru faham.. dan dibalasnya.. “Ok ok.. I will ask the waiter to send u..” Waiter pun waiter la…. Hahaha. So kena belajar sikit basic Mandarin. Sgt penting masa nak tawar menawar barang. And for me yang paling penting adalah perkataan ‘La’ iaitu pedas! Selain membawa duit yg byk sebab barang kat sini murah dan byk pilihan.

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

0 comments On Shenzhen & Guangzhou Trip

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer