Sharing is caring

Salam dan hai semua! Yeah… masih dalam mood cuti-cuti Hari Raya nampaknya. Dan yang bestnya minggu berikut lepas Hari Raya tu, ada terselit cuti Hari Buruh dan Hari Wesak. Maka, sebab tu aku apply 3 hari annual leave so that aku boleh cuti the whole week tu.

Tapi sebelum aku bercerita panjang, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Semoga tercapai target aku untuk 20,000 subscribers pada tahun 2023 ni. Hehehe…

By the way, mengikut initial plan, aku memang nak sangat pergi ke Labuan Bajo dan asalnya nak pergi on the 29th April tu. Tapi, sebab masih seronok nak bercuti dengan famili (lama kot tak spend masa) dan passport aku pula dah mati dan hanya sempat collect pada 2 Mei tu je. So plan ni terpaksalah ditunda. Payment job pula masuk lamberttt.. ni yang paling penting ya. Kau nak berjalan, tapi pitih takdo pun tak guna. Takpe lah next time Labuan Bajo tu. Nak ke Langkawi ni pun jenuh seharian aku nak buat keputusan sebab aku dah listed sama ada Da Nang, Phuket atau Langkawi. Oleh kerana aku cuma ada 4 hari 3 malam je, kalau aku ke Da Nang tu macam terlalu rushing. Sebab itinerary yang dah lama aku prepare tu perlukan beberapa hari extra sebab dah plan nak ke Hoi An, tidur 2 malam kat situ. So, kalau aku pergi sekarang dalam keadaan tergesa-gesa, nanti aku jadi ralat. So, cancel juga Da Nang. Phuket aku tak jadi pergi sebab tengok Accuweather macam tak meyakinkan dengan hujan. Langkawi slightly better… maka ke Langkawi la aku kali ni! Tu dia.. panjang mukaddimah. So, aku share la serba sedikit apa aku buat kat Langkawi ni.

Budget

Return flight: KUL-LGK via AirAsia
(pick a seat, no check-in baggage, no food, no insurance)
297.53
Airport transfer:
Airport to hotel (Grab car)
Hotel to airport (Grab car)

13.00
14.00
Holiday Villa Beach Resort & Spa, Langkawi (via Booking.com)
1 Superior Double Room with breakfast x 3 nights
Tourism fee (MYR 3.00 for 1 room) x 3 nights
1-day pass LaVilla Pool access
*Refundable deposit (refer note)
1,305.00
9.00
25.00
Makan & shopping, transportation300.00
TOTALMYR 1,963.53
*Note: Refundable deposit of MYR100 upon check-in. Better guna cash. Kalau card, ambil beberapa hari untuk clear.

Trip kali ni aku tak pergi ke mana-mana. Just stay di hotel ni. Lunch dan dinner pun kat sini. Malas nak keluar. Cuma, last night je aku pergi dinner di Selera Lubuk Buaya pekena nasi, seafood dengan sambal belacan. Tekak Melayu dik.. mana tahan asyik makan benda tak pedas je. Pergi naik Grab dari hotel, tambang MYR 4.00. Balik aku jalan kaki je sebab tak jauh mana pun. Dalam 1 km lebih je.

Hotel

Holiday Villa Beach Resort & Spa – Superior Double or Twin Room
📍 https://bit.ly/3QF0xoS

Aku masih memilih Holiday Villa sebab ini memang perangai Omaq. Dia kalau dah suka atau selesa dengan sesuatu tu, dia akan ulang la berkali-kali! Yes, aku memang suka hotel sebab semuanya lengkap dan yang paling aku suka, swimming poolnya besar gila. Puas hati. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang hotel ni, aku ada listkan dalam 👉 post di sini.

Kali ni aku stay di bilik superior double room berbanding last visit di mana aku stay di deluxe premium. Mengikut pengamatan aku, layout biliknya masih sama, cuma yang membezakannya ialah deluxe premium ada bath tub, so slightly mahal. Next time, aku akan book superior je. Pool kat luar sebesar alam, apa nak bath tub bagai kan?

Satu benda yang aku baru tahu ialah hanya tetamu yang stay di bilik Suite sahaja boleh access infinity pool di LaVilla ni. Bagi tetamu yang stay di bilik selain suite ni, korang kena bayar pass sebanyak MYR 25 seorang untuk sehari. Dengan pass ni, korang boleh dapat free drinks (selected only) dan penggunaan infinity pool bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Jadi, aku bayar untuk guna sehari je la sebab menarik view dari pool ni. Poolnya lebih kecil dari pool besar di belah bawah tu. Tapi korang nak lepak LaVilla ni untuk makan, boleh je. Cuma tak boleh nak terjun pool atau lepak kat kerusi malas tu je khas untuk tetamu suite dan tetamu berbayar.

Nah, aku belanja sikit suasana menjelang malam di sekitar Holiday Villa Langkawi ni. Alhamdulillah, sepanjang 4 hari 3 malam kat sini, cuaca menyebelahi aku. Cuma masa first night tu je hujan. Selainnya, cuaca amat elok. Syukurrrr.

Kali ni pun, dah ramai pelancong asing stay kat sini mostly Arab dan European. Meriah mereka berjemuran di tengah panas. Orang kita dok sibuk dehidrasi, diorang bertebaran di tengah-tengah terik cahaya matahari! Hehe..

Aktiviti

Apa? Aktiviti? Takde aktiviti apa pun. Aku just stay kat hotel je. Ni merupakan kali ke-4 aku ke Langkawi. Kebanyakannya beberapa spot wajib bila di Langkawi ni aku dah pernah lawat. Cable car, Makam Mahsuri, Kilim GeoPark, Tasik Dayang Bunting dan lain-lain… kira cukup la tu. Selain tu, next time pula sebab ini semestinya bukan kali terakhir aku ke sini. Aku dah start suka HV ni dan maybe kalau aku nak merasa short getaway, sure aku akan ke sini lagi. Cuma kali ni, aku nak rest je kat hotel dan explore di kawasan sekitar Pantai Tengah ni. Sebab sebelum ni takdan nak explore. Memang menarik kawasan ni terutamanya bagi pencinta alam macam aku. Banyak hidupan-hidupan kecil di celah-celah batu di sini. Aku bawa je Sony ZV-1 aku tu tapi yang bangangnya, macro lens dia aku tertinggal! Hahahaha.. so tak boleh nak buat macro photography sangat macam aku buat kat Rebak Island dulu. Next time travel, nak tak nak aku rasa memang ke angkut semua kamera-kamera tu. Stress pula bila subject matter yang elok dah ada, kamera pula takde…

Suprisingly, cantik ya view di sekitar pantai ni. Walaupun pasirnya takde la putih halus macam kat Mantanani aku pi dulu, tapi still cantik dengan formasi batu-batu yang terdapat di sebelah kiri dan kanan Pantai Tengah. Lama aku lepak kat sini, walaupun cuacanya panas. Paling sadis masa nak menunggu sunset on the second day tu. Rentung weh! Dah la aku jenis tak suka pakai sunscreen yang berminyak-minyak tu. Redho je la kulit muka bertukar 20 tona warna!

Masa aku dok snap gambar-gambar kat area ni ketika matahari tengah terpacak atas kepala, sempat berborak dengan pasangan suami isteri ni, Tareq and Sandra yang kebetulan lalu di kawasan ni. Tareq ni Egyptian lahir di London dan Sandra, asal Ipoh. Sangat friendly orangnya dan boleh la guna perkataan Arab sikit-sikit yang aku tahu. Kalau aku start nyanyi sat lagi, takut melarat pulak nanti. Hahaha..

Dan ini dia hasil beberapa jam bertenggek di atas batu menunggu sunset. Walaupun tak dramatik sangat, tapi aku masih kagum dengan percikan cahaya di langit senja tu. Suasananya pula memang cukup tenang.

Photo of the day

By the way, antara banyak-banyak gambar yang aku snap guna S23 aku ni, gambar di bawah ni yang paling aku suka. Ni aku ambil pagi last day sebelum pergi breakfast. Macam masuk dengan mood quote yang aku jumpa ni, “When your absence goes unnoticed, and your existence feels insignificant, it’s time to reevaluate who truly values your presence“. Deep kan?

Actually, partner that girl tu ada je jauh sedikit kat belakang. Tapi sebab dia sorang je tercongok kat situ, aku terus dapat relate dengan tema “loneliness”. Perfect timing for me sebab gaya dia pose, “emosi”, kehadiran ombak dan panahan cahaya matahari terbit pada Gunung Machinchang di belakang menjadkannya lebih dramatik. Warna natural pastel pun dah terbaik bagi aku. Sayang betul aku tak bawa DSLR. Kalau tak gambar sure lebih high res dan sharp. Ini kelemahan camera handphone. Macam mana canggih sekalipun, masih belum mampu melawan kualiti kamera DSLR. Dan rezeki juga sebenarnya dapat shoot ni sebab 2 hari aku terlepas nak pi tengok sunrise. Lepas subuh, aku sambung tidur balik sebab tilam dan biliknya yang sejuk dan selesa membuatkan aku malas gila nak keluar. Tapi bila aku tinjau ke tingkap, nampak sipi-sipi warna langit kemerahan, terus aku cuci muka, meluru keluar pantai. Alhamdulillah, sunrisenya memang cantik pada pagi last day tu.

So, tu je la perkongsian trip Langkawi aku pada kali ni. Nak cerita panjang-panjang pun, aku bukan ke mana. Anyway, kalau korang berminat untuk mengetahui aktiviti aku di Langkawi semasa trip sebelum ni, boleh klik post di bawah ni.

Sebelum beredar, JANGAN LUPA SUBSCRIBE, LIKE & SHARE Youtube aku ya. Show me love! Hahahaha. Till then, jumpa lagi di post akan datang. Bye!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.