Langkawi 2022
Pada Sabtu lepas, aku ke Langkawi sempena meraikan birthday member aku, Jay. Kami stay di Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi. Jay dan Fariha telah datang ke sini hari sebelumnya (Jumaat) tetapi aku cuma stay semalam je. Pakej percutian ni aku booked melalui Snap Airasia dengan harga lebih kurang RM700 untuk 2 orang. Kiranya RM350 seorang untuk bilik Deluxe Premium (1 malam) termasuk breakfast buffet dan tiket penerbangan. Not bad la kan?
Hotel
Holiday Villa Beach Resort & Spa – Deluxe Premium
Untuk masa penerbangan, aku memilih flight awal pada jam 7 pagi tapi dipercepatkan ke 6.25 pagi. Kira okaylah tu. Better awal daripada dilewatkan. Dan waktu balik ke KL pula aku ambil flight sebelah malam (waktu asal 8.30 malam, tapi ditunda ke 9.30 malam). Aku pilih sebelah malam so that siangnya selepas check-out hotel, kami boleh merayap ke mana-mana memandangkan aku hanya stay semalam sahaja di Langkawi ni.
Bilik dan kemudahan
Aku stay di bilik 227, di tingkat 2 mempunyai balkoni dan menghadap swimming pool, nampak sipi-sipi view pantai.
- Bilik deluxe premium yang aku stay ni luas, selesa dan cerah. Aku suka bilik macam ni sebab aku kureng sikit kalau bilik warnanya malap.
- FREE wifi dan boleh tahan laju.
- Keperluan asas semua ada: mini fridge, iron & ironboard, deposit box, sejadah, smart TV dan sebagainya.
- Cuma air mineral sahaja diberi 1 botol untuk setiap bilik.
- Aircond terbaik! Memang sejuk. Balik beraktiviti dengan badan berlecak, memang aku nak bilik yang sejuk dan nyaman.
- Hot shower berfungsi dengan baik. Tekanan air pun kuat.
- Ada bathtub kalau korang nak berendam.
- Bantal dan tilam yang sangat empuk dan selesa serta tidak berbau.
- Outdoor swimming poolnya sangat besar dan mempunyai kedalaman 2.49 meter!. Ini antara swimming pool hotel yang terbesar aku pernah jumpa. Outdoor jacuzzi pun ada.
- Terdapat sebuah lagi pool di Lavilla Poolbar yang menghadap pantai.
- Villa Kidz untuk aktiviti kanak-kanak.
- Terdapat rak di sebelah bilik simpanan luggage yang menempatkan sejumlah buku/novel. Kalau korang suka membaca, maybe boleh pinjam kat sini untuk dibaca di tepi pantai atau kolam. Flyers tentang Langkawi pun ada. Boleh ambil kalau perlu.
- Terdapat spa, fitness center dan banyak lagi kemudahan lain.
- Garden di tengah-tengah hotel terdapat laluan berbatu untuk refleksologi.
- Salah satu yang paling aku suka kat hotel ni ialah mempunyai direct access ke pantai.
- Terdapat banyak seating di kawasan pantai. Best lepak sambil mendengar desiran ombak dan menikmati angin laut.
- Ada luggage room, so kalau korang dah check-out tapi malas nak berangkut beg ke sana-sini, boleh simpan kat sini.
Restoran dan makanan
Terdapat beberapa restoran/cafe di hotel ni antaranya Lagenda Restaurant, Kafe Ole, Lavilla Poolbar dan lain-lain.
- Breakfast buffet di Lagenda Restaurant. Pilihan makanan boleh tahan banyak. Ada nasi lemak, bubur, pastri/roti dan lain-lain. Bagi aku dah mencukupi. Aku macam biasa, pekena croissant dengan cheese semua tu cepat je kenyang.
- Masa aku stay ni, aku rasa depa kekurangan staff kot sebab agak lama juga tunggu depa nak clearkan pinggan mangkuk. Endup letak kat meja-meja sebelah yang kosong je. Servis ni boleh diperbaiki lagi.
- Kafe Ole tempat yang sesuai kalau nak lepak-lepak minum kopi atau makan kek. Dibuka 24 jam menurut staff yang bertugas.
- Lavilla Poolbar pun best kalau nak lepak sambil menikmati pemandangan laut.
Aktiviti
Aku kira macam tour guide la sebab ketiga-tiga orang ni memang first time nak pi Langkawi. Aku just plankan aktiviti seperti berikut:
Island hopping via Klook.com
đź“Ť Book this tour via Klook.com
Pakej berharga RM40 seorang ni termasuk pickup dan hantar ke hotel, aktiviti pergi ke Pulau Beras Basah, eagle-feeding dan Tasik Dayang Bunting. Entrance fee di Pulau Dayang Bunting ni ialah RM3 untuk warganegara Malaysia/dewasa dan RM1 untuk kanak-kanan 7-12 tahun. Anggaran masa aktiviti sekitar 3-4 jam. Di Pulau Beras Basah tu aku sewa life jacket untuk mandi laut dengan harga RM20. Terpaksalah weh sebab aku bukannya tahu berenang. Setakat floating kat pool tu tahu la.
Pakej ni mula-mula aku booked untuk afternoon session (jam 2.00 petang) sebab flight asalnya jam 7.00 pagi. Takut tak dan nak sampai hotel jam 8.30 pagi. Tapi sebab flight dah reschedule lagi awal, so aku minta tukar ke sebelah pagi dengan tambahan RM20 per person. Kira halal la sebab daripada nak tercongok kat hotel sampai tengahari. Better buat aktiviti belah pagi, tak panas sangat dan petang tu boleh qadha tidur sebab aku dan tidur 3-4 jam je sebab 4.00 pagi dah bangun bersiap. 4.45 pagi dah gerak pi airport.
Pantai Tanjung Rhu
Aku bawa mereka ke sini sebab aku rasa pemandangan pantai kat sini cantik. Mula-mula plan nak pi Pantai Pasir Tengkorak tapi last minit tukar. At least kalau tetiba decide nak pi Kilim Mangrove Tour tu boleh nak beli tiket kat sini. Lepak dalam sejam lebih je untuk ambil gambar dan makan tengahari di gerai berdekatan.
Borong coklat di Kompleks HIG, Kuah
Aktiviti wajib kalau berada di Langkawi. Aku yang mulanya tak nak beli pun, terbang RM150 beli coklat Daim, Hershey’s dan Whittakers. Beli sikit untuk officemates, selebihnya untuk diri sendiri.
Langkawi Skybridge
Aktiviti ke sini cancel sebab dapat info yang skybridge ni ditutup untuk kerja-kerja maintenance dan akan dibuka semula pada 20 Ogos 2022. Takpelah.. next trip pula.
Dinner seafood di Restoran Lubok Buaya
Aku tak tahu sangat nak makan kat mana, so bila Google dan tanya Grab driver, depa kata sini okay dan sedap. Harganya pun okay walaupun terletak kat area Cenang. Betul la tu. Masakannya memang sedap. Kami order ikan siakap stim limau, tomyam campur (besar), udang kunyit (besar), kailan ikan masin (kecil), telur dadar, 4 nasi dan 2 air barli, semuanya berharga RM110. Not bad la kan? Maybe next time boleh makan kat sini lagi.
So, basically tu je la aktiviti kami di Langkawi kali ni. Nak pi night market pun tak dan sebab night market hari Sabtu kat Kuah sana. Agak jauh juga nak pi. Yang berdekatan kat sini pula pada hari lain. Dah tua-tua ni nak pi Pantai Cenang lepak-lepak tengok fire show semua tu dah takde dalam list. Lepas Isya’ mata dah layu. Hahahaha…
Secara keseluruhannya, aku suka stay di Holiday Villa Langkawi ni. Salah satu sebabnya ialah aku suka pool yang luas tu. Memang puas hati berenang selain daripada ada direct access ke pantai. Staffnya pun baik. Masa aku sampai awal pagi tu, staff dia nak offer early check-in tapi disebabkan bilik tak available dia takdan nak buat. Apapun memang aku puas hati stay sini.
Dan happy birthday juga kepada Jay. Selamat menempuh 4 series! Semoga usianya diberkati Allah dan bahagia dunia akhirat. Berjumpa di post seterusnya. Till then!
Leave a Comment