Solo travel to Rebak Island
Pada minggu yang lalu, jiwa aku memberontak untuk pergi somewhere. Puas la aku cari-cari tempat yang terdekat, tapi takde yang berkenan di hati. Tetiba teringat Jay pernah bagitau aku pasal MAS Fly Pass. Bagi yang tak tahu, Fly Pass ni mempunyai 3 zon yang korang boleh pilih. Bayar one time dan boleh guna untuk 6 kali oneway trip atau 3 kali return trip. Menarik sebab dia takde blackout date. Tapi tertakluk pada terma dan syarat lah. So, aku pun decide untuk beli FP Zone 1 iaitu trip within Semenanjung. Tapi tak decide lagi nak pi mana… dok terfikir maybe boleh pi Penang atau Langkawi atau mana-mana lah.
Tapi sebelum aku bercerita panjang, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Semoga tercapai cita-cita aku untuk dapatkan silver button satu hari nanti. Hehehe…
So, hari Rabu tu lepas apply leave untuk next Monday, aku pi beli via website Journify tu. Molek semua transaction… akaun bank aku pun dah tolak RM699 tapi hujung-hujung tu macam ada error on their site. Sudahnya, FP tu pun tak masuk kat Enrich akaun aku. Maka terpaksalah aku dok call, email customer service bagai sehingga berjaya dapat refund within 24 hours. Thanks Malaysia Airlines! Walaupun sebenarnya aku prefer depa uruskan FP aku tu sampai dimasukkan ke akaun Enrich. Takpe la.. settle that part. So.. nak pi mana???
Aku pun dok tengok-tengok hotel kat Booking, Agoda semua. Ingat macam nak stay somewhere yang dekat dengan park, so that aku boleh buat morning walk dan buat nature photography. Tengok hotel kat KL Sentral.. Hilton dan Le Meridien tu macam menarik untuk stay selama 2 malam. Tapi dia punya harga aku macam boleh beli tiket flight juga. Puas la juga check sana sini, then ternampak package SNAP Air Asia (flight + hotel). Dalam banyak-banyak hotel tu, aku tertarik dengan Rebak Island, Langkawi. Sebelum ni namanya Rebak Island Vivanta by Taj. It’s a private island yang terletak berhadapan Pantai Cenang. Lama dah aku ushar hotel ni cumanya tak tahu bila dan waktu yang sesuai nak pergi. Berjaya Langkawi pun menarik, tapi sebab aku dah pergi dulu. Dan aku sebenarnya nak cari hotel yang bila buka pintu terus nampak pantai sebab aku plan nak shoot bintang pada malam hari. Berjaya tu ko kena jalan jauh. Anyway, bila aku tengok packagenya agak berpatutan, hotel (2 malam, termasuk breakfast) dan ticket flight dengan harga RM1,050 seorang… aku terus book. Lagi lama aku tunggu, harga makin naik. Maka.. ke Rebak Island la aku esoknya selama 2 malam. Sabtu sampai Isnin. Last minute punya plan.. Hahaha.
Berikut ialah budget aku untuk trip kali ni.
Rebak Island Resort & Marina, Langkawi via Snap AirAsia – 2 night deluxe room – including breakfast – including return ticket KUL-LGK-KUL – for 1 person | RM 1,050.00 |
Room upgrade to Rebak Suite – RM 175 per night x 2 nights | RM 350.00 |
Hotel room service – lunch x 2 – dinner x 1 | RM 111.20 |
Grab fare – return airport-jetty-airport – RM 10 one way x 2 | RM 20.00 |
Total spent roughly | RM 1,531.20 |
Flight aku ke Langkawi pada jam 9.35 pagi. Smooth flight. Ramai family bawa anak-anak bercuti sebab cuti sekolah. So, sementara menunggu next boat transfer aku pada jam 11.30 pagi ke Rebak Island tu, aku brunch siap-siap di airport. Terlupa plak, sepatutnya aku plan nak beli makanan seperti roti atau tuna dan lain-lain sebagai kudapan kat sana. Ye la.. makanan hotel ko tahu la harganya macam mana kan? Tak ingat langsung. So, sampai di jeti, tepat 11.30 pagi, aku pun naik bot ke Rebak Island. Dalam bot cuma ada aku, 2 orang minah saleh yang memang stay situ dan beberapa pekerja hotel.. aku rasa la. Dari jeti nak ke Rebak lebih kurang 10-15 minit je. So, bila nak naik buggy ke hotel, aku dapati cuma aku sorang je guest yang nak check-in. Awal lagi la kot sebab check-in jam 3.00 petang.
Sampai di Front Desk aku disapa oleh Julia, penolong pengurus front office di situ. Alhamdulillah dia benarkan aku untuk check-in awal and the best part, dia offer aku untuk upgrade room kalau aku berminat. Satu sea view room dan lagi satu Rebak Suite. Rebak Suite tu memang la menarik sebab buka pintu boleh terus ke pantai. Bilik pun besar. Lagi la untuk solo traveller cam aku ni. Actually bilik ni boleh memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. So lepas kawtim harga semua aku tambah RM350 untuk stay di Rebak Suite. RM175 x 2 malam, tanpa 10% service charge. Bilik aku pun terletak di hujung, berhampiran dengan Moon Deck. Memang tenang dan sunyi giler. Dan bestnya juga, aku dibenarkan untuk checkout lambat sehingga jam 3.00 petang, sebab flight aku pada jam 6.00 petang.
Bagi aku Rebak Island ni memang sangat sesuai untuk yang inginkan ketenangan. Masa aku kat sini cuma ada beberapa 2-3 family je. Tak ramai orang. Menurut Julia, hotel ni baru juga dibuka semula sejak 2 hari sebelum aku checkin sebab ada masalah air.
Sebenarnya aku teruja nak ke sini sebab tengok di internet terdapat hutan di pulau ni. Aku macam plan nak hiking juga. Dulu depa ada sediakan package, tapi sekarang ni takde. Diorang pun tak galakkan kita hiking sebab trail di situ tak terurus. Takut merbahaya. Tapi kalau aku pi ngan Sham ni, memang aku dah heret dia dah. Bila sorang-sorang ni risau la juga. Masa last day tu, aku masuk separuh jalan je sebab nyamuknya banyak sangat. Silap tak pakai insect repellant walaupun aku dah masukkan dalam bag!
Swimming poolnya pun luas, so puaslah kalau korang nak berenang. Di sini pun ada fitness centre untuk korang workout dan spa kalau korang nak buat massage.
Food service pula sentiasa ada, so korang tak perlu risau. Cuma sediakan ongkosnya aja. Tapi kalau nak berjimat, boleh la bawak food sendiri untuk lunch atau dinner. Pilihan breakfast kat sini sederhana saja. Bagi aku mencukupi sebab aku pun bukan makan banyak sangat sekali hadap. Cuma bagi sesetengah yang suka sangat makan buffet breakfast ni, mungkin agak kecewa sedikit. Kalau korang order room service, then angkut pergi makan kat tepi laut pun best. Dengan angin laut, berteduh di bawah pokok… menarik ya. Tapi korang kena berhati-hati lah. Takut tiba-tiba sekumpulan monyet pula muncul.
Oh, lagi satu, di Rebak Island Resort ni ada satu spot yang dinamakan “Moon Deck”. Ada satu wakaf di sini lengkap dengan kerusi dan meja. Kalau korang nak celebrate something dengan pasangan masing-masing, boleh la dinner dalam suasana yang romantik di sini. Pakej ada disediakan hotel. In my case, aku date dengan batang tripod je la… sedih!!! Hahaha..
By the way, Wifi hotel ni pun laju even ko pakai yang free. Tapi tak sure la sebab masa aku stay ni tak ramai guest. Cukup la setakat nak upload kat social media, browse internet dan tengok Youtube.
Overall, aku memang puas hati stay di sini sebab tempatnya sangat sesuai dengan jiwa aku. Aku tak pernah duduk di tepi pantai selama 2 jam, tapi kat sini aku boleh diuduk di kerusi malas, dibawah pokok mendengar desiran ombak dan menikmati angin pantai. Boleh bayangkan tak betapa relaksnya suasana tu?
Cadangan aku, mungkin pihak pengurusan boleh memperbaiki beberapa barangan di bilik ni seperti tombol pintu dan bilah kipas di balkoni. Dan aku sangat berharap diorang maintain keseluruhan kawasan pulau ni terutamanya trail hiking sebab aku rasa ini adalah aset yang mereka ada. Menarik bagi aku kalau boleh tour island ni dengan berjalan kaki, pergi ke pantai kat the other side, menikmati keindahan alam… best weh!
Apapun, thanks to Julia dan staff Rebak Island. Insyallah ada rezeki aku akan repeat ke sini lagi. Tak kira la seorang diri ke atau bawa umi ke… janji leh spend masa berehat dengan tenang.
Akhir kata, bagi sesiapa yang nak ketenangan, silalah ke sini. Tapi kalau jenis takut sunyi-sunyi pada waktu malam (memang sunyi gile weh!) datanglah berteman. Orang jiwa kental cam aku je boleh survive! Tu dia riakkkk.. Tapi jangan risau, takde benda-benda pelik yang aku experience pun. Aku pun jenis tidur mati.. malas nak fikir. Hahaha.
Dan, Alhamdulillah juga sebab keputusan aku untuk ke Langkawi memang tepat. Cuaca pun elok walaupun diramalkan hujan. Kalau aku stay kat KL hari tu, sure aku sendu sebab masa tu KL hujan lebat, siap dengan banjir bagai. Cumanya, masa flight balik tu first time aku experience short of breath dan kebas-kebas tangan. Dekat 25 minit juga aku bertahan, bernafas slow-slow, selak mask dan buka genggam tangan sehingga aku rasa okay. Kalau aku tak kuat, memang for sure aku dah pengsan sebab aku memang rasa nak nak pengsan. Aku pun dok diam-diam, tak bagitau crew sebab tak nak menyusahkan diorang semua. Alhamdulillah takde apa-apa..
Okay.. till then.. stay safe!
Leave a Comment