Sharing is caring

Hello semua! Selamat berhujung minggu. This weekend, aku berkesempatan untuk pergi ke Farmers Market di Cyberjaya ni. Walaupun market ni dah lama ada kat sini, tapi dari minggu ke minggu nak pergi.. tak sempat-sempat juga. But this week macam takde apa nak buat, so dapat la sampai ke sini.

Cyberjaya Farmers Market ni terletak di RekaScape, di Persiaran Apec, Cyberjaya. Berhadapan dengan bangunan MaGIC. Aku ada share location map di bawah tu.

Apa yang ada kat sini ya? Di sini terdapat banyak gerai-gerai kecil yang menjual makanan like satay, nasi kerabu, kuih-muih, kek dan pelbagai lagi. Selain makanan dan minuman, terdapat juga pokok-pokok hiasan, bunga-bunga, buah, herba dan succulent yang dijual di sini.

Ada juga gerai-gerai yang menjual barang-barang kraf dan perhiasan. Korang boleh usha di bahagian dalam bangunan ni.

Tempat ni bagi aku agak happening dan best juga kalau nak lepak atau mencari breakfast di hujung minggu. Bagi yang membawa anak-anak, korang boleh biarkan mereka bermain dengan belon air (ada gerai yang sewakan peralatan ni). Dan kalau tak cukup tempat nak menikmati makanan, di bahagian tengah bangunan ada disediakan ruangan bersantai yang korang boleh duduk bersila untuk makan atau bermain congkak! Santai giler beb! Aku memang tersadai kat situ tapi lepas kenyang membedal begedil tauhu. Boleh tahan sedap!

So…bagi korang yang stay di Cyberjaya atau area yang berdekatan, bolehlah try berkunjung ke sini pada hari Sabtu. Untuk pengetahuan korang, Cyberjaya Farmers Market ni hanya diadakan pada 1st & 3rd Saturday setiap bulan. Tapi some of the gerai kat sini dibuka setiap hari kecuali Ahad kalau tak silap aku.

Happy weekend guys!!!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.