TAPAK Urban Street Dining @Cyberjaya


Berita baik untuk warga Cyberjaya!

TAPAK Urban Street dining telah membuka cawangannya yang baru di sini. Kat mana??? Di Park & Ride Cyberjaya, di belakang Kanvas Soho. Google sajorrr lokasi tu.

This is actually first time aku ke sini.. ke TAPAK Dining ni. Tak pernah jejak pun kat mana-mana. Yang dekat di Putrajaya tu pun aku tak pernah pergi. Aku skeptical sikit bab makan kat tempat-tempat hipstur macam ni.

Bila aku posted kat Twitter… ada yang bertanya harga Yahudi ke a.k.a mahal ke kat sini. But for me… biasa-biasa je harganya. Average harga makanan dan minuman yang aku try antara RM5.00 – RM7.00 satu. So.. bagi aku okay la kot. Dari segi rasa.. okay sajor dan ada yang so-so juga. Tapi okay la boleh makan je. Aku jenis tak cerewet sangat bab makan ni.

Apapun, it is a great place kalau korang nak bawa family atau lepak dengan member-member waktu malam di Cyberjaya ni.. asyik dok lepak mamak je.. bosan kot! Hahahaha… Kalau belah malam, katanya ada live band. Aku tak sure sebab masa datang on the first day semalam, lepas maghrib camtu aku terus balik. Takdan nak tunggu lama.

So, bagi sesiapa yang nak datang ke sini, aku letakkan sekali location map TAPAK ni. TAPAK ni dibuka pada setiap hari dari jam 6 petang hingga ke tengah malam.

Till then, selamat menjamu selera!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer