Sharing is caring

Ya Rabbi! Punyalah lama aku tak update blog kan? Sorrylah sibuk dan malas yang amat! Banyak yang aku nak update.. nantilah. One by one.

Anyway… berita baik untuk peminat pameran buku BigBadWolf (BBW) di luar sana. Pameran buku ni telah kembali untuk tahun ni bermula pada 8 December yang lalu di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan. Pameran yang berlangsung 24 jam setiap hari ni akan berakhir pada 18 December 2017 pada jam 10.00 malam.

Thanks Bai sebab bagitau aku.. tak perasan langsung!

Aku berkesempatan pergi pada malam Jumaat yang lepas sekitar jam 11 malam. Hampir jam 3.00 pagi baru kami balik.

Bawa luggage.. senang nak angkut. Semua ni RM259. Puas hati!

Dapat jugalah menyambar beberapa buah buku untuk diri sendiri, Erol dan anak buah. Aku seperti biasa suka buku-buku sejarah, agama, interior design, masakan dan photography.

Anything pasal sejarah memang aku suka.
Buku sejarah Islam, interior desogn, masakan dan fotografi memang sentiasa ada dalam list.
Nak sado bagai ni si Erol punya lah.
Untuk anak buah aku. Frozen tu untuk yang paling kenit yang kuat berangan jadi Elsa.

Aku spent sebanyak RM259.00 dan dapat 23 buah buku. Berbaloi gila rasanya.

So.. kepada bookworm kat luar sana.. jangan lepaskan peluang. Pi lah serbu sebelum 18 December ni. Selamat shopping!!!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.