Nasi Oseng Cumi Mercon pedas namateyyy!!!


Bagi penggemar masakan pedas kat luar sana, boleh try plak hidangan yang pedas hazab ni iaitu Nasi Oseng Cumi Mercon di Am-Mubakarah Nasi Dulang Daun Pisang, Sg. Ramal Dalam, Bangi.

Hidangan ni menampilkan sotong yang dimasak dengan cilipadi, petai, serai dan pelbagai ramuan lagi yang bakal membuatkan korang berpeluh-peluh nak menghabiskannya. Aku yang hantu pedas ni pun agak merana juga la nak habiskan. Selain dari menu ni, banyak lagi hidangan lain yang korang boleh cuba. Antaranya set sotong bakar, ikan talapia/keli/ayam goreng, udang masak lemak dan pelbagai menu lagi.

Menu airnya juga pelbagai dan yang sempat aku try ialah teh tarik madu. Boleh tahan juga rasanya dan bolehlah membantu mengurangkan kepedasan cumi mercun tu.

So.. kalau korang hantu pedas, mungkin boleh masukkan restoran ini di dalam list hidangan pedas yang mesti dicuba! Just make sure korang tak tersedak masa makan nanti. Hazab weh…

Alamat: Pt 75024 Jalan Besar, Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.
Telefon: 012-323 0220
Waktu operasi: 10.30 pagi – 4.00 petang (setiap hari)

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer