#JomNaikMRT

Semalam (Sabtu, 22 July 2017), aku ajak Erol & Bai pi try naik MRT yang baru dilancarkan minggu lepas. Memang dah lama aku excited menunggu MRT ni siap sebab aku selalu dok usha kat YouTube dia punya concept, design dan 3D nya tu. Excited sebab negara kita mampu membina facilities setanding dengan those yang kat luar negara. First time masuk.. terus aku terasa macam berada kat dalam Seoul subway!

Bukit Bintang Station

Kami naik dari Semantan Station sebab station yang dekat ngan rumah ni, Pusat Bandar Damansara belum dibuka lagi. So, dari Semantan kami ke Bukit Bintang.. lepak situ kejap pi minum coffee.. then pi ke Merdeka Station (sebab dok tengok kat IG ramai post dengan latar belakang rukun negara yang macam menarik je tu..) then back to Bukit Bintang… sebab si Erol nak shisha.. but at the same time best gak layan dok minum-minum kat sini sebab dah macam kat Mid East, Cam biasalah.. area BB memang tumpuan warga Arab. Ada plak time tu sorang mak hayam dok berbelly-dancing! Hahaha.

Featured wall @Merdeka Station
Panjang laluan pejalan kaki di Merdeka Station ke Plaza Rakyat

Anyway.. frankly.. aku bangga dengan kemudahan MRT ni. Hopefully, we as Malaysian menggunakan kemudahan ni sebaik mungkin… menjaga kebersihan.. pandai beratur. Ni paling penting sebab so far aku tengok kita masih tatau nak beratur lagi.. compared to those in Tokyo and Seoul.. masing-masing pandai beratur.. tak payah nak kena suruh.

Dan pada korang yang masih belum naik.. pi la try sementara masih dan 50% discount ni. Dari Semantan ke Bukit Bintang cuma RM1.60 sehala. Murah, cepat dan sangat efisien. So.. apa lagi… #JomNaikMRT!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer