Sharing is caring


Akhirnyaaaaa!!! Setelah sekian lama menunggu, MRT Cyberjaya telah dilancarkan dan beroperasi pada hari Khamis, 16 Mac 2023 yang lalu. Menariknya, orang awam boleh menggunakan perkhidmatan MRT Putrajaya Line ini secara percuma bermula 16 sehingga 31 Mac ni. So, jangan lepaskan peluang untuk mencuba!

Terdapat 2 buah stesen MRT di Cyberjaya ni iaitu:

  • Cyberjaya Utara (di hadapan SkyPark) – tempat letak kereta disediakan, 228 parking bays
  • Cyberjaya City Centre (berhampiran Lim Kok Wing) – tiada tempat letak kereta

Pulse MyRapid App

Pihak MRT/MyRapid juga menyediakan perkhidmatan feeder bus setiap 30 minit bagi memudahkan pengguna bergerak dari destinasi masing-masing ke stesen MRT. Aku cadangkan korang download app Pulse MyRapid bagi memudahkan korang untuk mengetahui schedule feeder bus tersebut. Dari kediaman aku di area Cyber 10 nak ke Cyberjaya Utara, masa perjalanannya ialah 27 minit.

Bas pengantara (feeder bus)

Feeder bus atau bas pengantara MRT di Cyberjaya ada 4 iaitu:

  • T504 dan T505 (untuk stesen Cyberjaya Utara)
  • T506 dan T507 (untuk stesen Cyberjaya City Centre)

Korang boleh check laluan keempat-empat bas ni untuk tahu bas yang mana satu lalu di kawasan kediaman korang. (klik imej untuk besarkan).

My50 & MyCity Travel Pass (Malaysian only)

My50 dan MyCity travel pass disediakan oleh pihak MyRapid bagi memudahkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan MyRapid dan ia juga sangat menjimatkan. Ia merangkumi perkhidmatan di bawah MyRapid iaitu bas, MRT, LRT dan Monorel. Walau bagaimanapun, kedua-dua pass ini hanya untuk warganegara Malaysia sahaja dan boleh dibeli di kaunter stesen.

  • My50 – unlimited travel pass berharga RM50 untuk 30 hari.
  • MyCity – unlimited travel pass berharga RM5 untuk 1 hari. Pass ni korang boleh gunakan kad TnG atau MyKad (ic) korang. Sama ada korang topup nilai tersebut atau memilih untuk ditolak nilai tersebut dari kad TnG atau MyKad korang. Dua-dua kaedah pun boleh.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh melayari laman web MyRapid.

Masa perjalanan dari stesen MRT Cyberjaya Utara ke stesen MRT Persiaran KLCC ialah selama 40 minit, which is bagi aku not bad juga. Dari Persiaran KLCC, kami berjalan kaki ke KLCC melalui Masjid As-Syakirin. So, lebih kurang 10-15 minit dah sampai KLCC. Laluan pejalan kaki masih dalam pembinaan. Maybe, korang boleh bawa payung in case tak tahan panas atau takut hujan. 10-15 minit walk tak jauh sangat pun. Ramai komplen kata jauh la apa la.. exercise la sikit. Tahu tak Malaysia ialah negara tertinggi kadar obesiti di Asia! Ngeri tak?

Kemudian, dari KLCC kami ke Lalaport menggunakan pas perjalanan MyCity yang berharga RM5 untuk 1 hari. Bagi aku pas perjalanan ni sangat menjimatkan sebab korang boleh naik bas, MRT, LRT dan monorel tanpa had selama 1 hari. Try la, kalau sesekali korang pi jalan-jalan naik pengangkutan awam ni.

Kesimpulannya, pada aku, perkhidmatan MRT ni sangat bermanfaat terutamanya bagi mereka yang bekerja di luar Cyberjaya, atau yang malas nak drive masuk KL. Masa perjalanan boleh dimanfaatkan dengan membaca, berehat, sosial media dan sebagainya, tanpa perlu merasa stress menghadap traffic jam.

Semoga perkhidmatan awam ni dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat dan terjaga kebersihannya. Till then, SELAMAT MENAIKI MRT!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.