Sharing is caring

Hello semua! Okay la ni aku akan ceritakan tentang perjalanan hari pertama dan kedua kami ke Slovenia ni. Memandangkan flight kami adalah pada jam 11.45 malam, maka selepas maghrib, kami terus bergerak ke airport. Settlekan awal-awal senang sikit, then terus lepak kat dalam. Selesai urusan check-in luggage semua, kami pergi dinner… pekena nasi lemak kat dalam terminal. Ye lah… beberapa hari nanti mana nak jumpa nasi lemak kan? Hahaha.. By the way, masa kat waiting hall.. kami bertiga je Asian. Lain semua mat saleh. Hahaha. Maybe depa balik Germany atau transit to other places juga.

We’re excited for this trip!
Nasi lemak la weh sebelum berlepas.

Flight kami berlepas seperti yang dijadualkan dan Alhamdulillah perjalanan ke Frankfurt smooth sahaja. Masak weh almost 13 jam mereput kat seat. Aku seperti biasa memang tak boleh nak tido sangat sebab tak selesa kan. Anyway, this was the first time kami naik Condor. Not bad la flight dia. Ada la juga entertainment walaupun tak banyak mana.

Kami touched down di Frankfurt Airport lebih kurang jam 6.20 am waktu tempatan dan connecting flight kami ke Ljubljana adalah pada jam 10.05 pagi. So ada few hours mereput kat sini. Makanya terus ke Starbucks mencari coffee. Setelah hilang sedikit kepenatan dan dah tahu gate mana nak dituju, kami terus menuju ke immigration untuk urusan cop pasport dan clearance.

Lepak Starbucks masa tengah transit di Frankfurt Airport.

Sebelum boarding, krew Adria (oh lupa nak mentioned, flight ke Ljubljana ni adalah dengan menaiki Adria Airways), ada announced offer untuk sesiapa yang berminat sebabnya flight pagi ni dah overbooked. So, siapa yang berminat nak tukar flight ke Ljubljana pada jam 10 pagi ni ke flight berikutnya melalui Austria akan diberi compensation sebanyak €250!! Banyak kan? Almost RM1000 lebih. But memandangkan kami dah booked taxi dan apartment semua, so takde maknanya nak delay. Kalau takde book apa-apa boleh je kot. Siapa nak bagi RM 1000 lebih bodo-bodo camtu. Lagipun, dah tak sabar nak sampai ke Bled. Tak sabar nak rest baring kat katil! Hahaha..

Frankfurt Airport yang besar dan sibuk!

Aircraft Adria yang membawa kami ke Ljubljana ni kecil je… CRJ900. Lebih kurang macam Firefly kot. Perjalanan pun smooth. Alhamdulillah! Dan yang paling best, sepanjang perjalanan dari Frankfurt ke Ljubljana ni akan melalui kawasan pergunungan di Slovenia.. antaranya Triglav National Park. Dan pemandangannya sangat cantik. Masyallah!

Melalui pergunungan di Triglav National Park aku rasa.

Dan yang membuatkan aku excited lagi.. apabila ternampak pemandangan Lake Bled dari atas flight ni. Dengan berlatar belakangkan Julian Alps.. membuatkan hati tak sabar nak sampai ke sana.

Lake Bled kelihatan dari dalam flight!

Perjalanan dari Frankfurt ke Ljubljana ni lebih kurang 50 minit ke 1 jam. Tak la lama sangat. So, bila dah sampai airport tu, selesai ambil baggage semua, kami pun duduk menunggu driver kami iaitu Marko yang akan menghantar kami terus ke Lake Bled.

Alhamdulillah… cuaca baik menyambut kedatangan kami.

By the way, airport Ljubljana ni kecik je. So, kalau korang macam nak bermalam kat airport ni untuk menunggu flight (let say flight kau awal pagi..) macam kureng la sikit. Sebab sure mati kutu nak buat apa. So, bila melihat keadaan airport sekecil ni, kami pun terus plan untuk extend our stay kat apartment di Ljubljana tu dan rearrange pickup time dengan driver kami minta dia ambil awal pagi sebelum flight balik. Luckily driver yang akan pickup kami ke airport masa balik nanti ialah the same driver yang pick up kami di airport menuju ke Bled tu… the same handsome and friendly, Marko. Hahaha.

Semasa dalam perjalanan menuju ke Bled tu, kami banyak berborak dengan Marko tentang our plan sepanjang berada di Slovenia ni. He’s very resourceful dan banyak membantu… to make sure kami enjoy our trip di negaranya ni.

Anyway, perjalanan dari Ljubljana Airport ke Sebanc Apartment di Bled ni mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sampai sahaja di Sebanc, kami disambut oleh the owner, Maya dan anaknya Gasper. Diorang ni pun very friendly especially Maya.

Sebanc Apartment by The Lake @Lake Bled.

Apartment Sebanc yang kami book ni terletak kat the other side of the lake.. bukan dekat kawasan pekan Bled. So, lebih tenang dan kurang sibuk. Di hadapan apartment ni terdapat sebatang anak sungai yang sangat jernih yang mengalir masuk ke dalam Lake Bled. Sunyi.. tenang.. dengan deruan air sungai… I think we made the right choice here!

Anak sungai yang jernih gilerrr mengalir depan apartment ni.

Cuma kalau nak ke pekan tu.. kena berjalan kaki lebih kurang 20 minit la. Nak ke kedai atau restoran kebab tu. Tapi takde hal pun sebab time winter.. kau jalan jauh mana pun.. ketiak tak basah pun.. tak berpeluh. Tu yang aku suka winter travel ni. Hahahaa..

Laluan di pinggir tasik untuk ke pusat bandar Bled.

So, untuk first day kat Lake Bled ni kami tak buat apa pun. Sampai-sampai bilik, letak barang dan terus cabut ke pekan untuk mencari kebab dan grocery store membeli telur, roti, buah-buahan dan lain-lain. Kami beli semua tu di Mercator di Bled Shopping Center (Trgovski Center Bled) yang terletak berhampiran dengan Tourist Information Center. Kat sini pun ada halal kebab stall, Lavender.. tapi sepanjang kami datang sini tak beroperasi pun.

Magusar Pekarna di Lake Bled.
I came all the way for this view!
Lake Bled… sangat tenang…
Laluan di pinggir tasik untuk ke pusat bandar Bled.

Bekalan ready-to-eat-meal Brahim’s dah ada… so kami akan masak je la untuk breakfast or dinner nanti. Oh.. tak lupa, sabun sertu Taharah… untuk sertu pinggan mangkuk, pisau, sudip, periuk yang nak digunakan tu. Hehehe…

Pasal simcard pulak, kami dok mencari juga kedai telefon tapi tak jumpa (padahal ada kat area Bled bus station tu). Dok tanya sape ntah dia kata ada dijual kat post office. Bila sampai kat sana dan bertanya, takde jual pun. The lady bagitau suruh beli kat area bus station tu. And nak pergi ke sana dah malas dan keletihan.. so kami decided untuk balik saje dan beli keesokkan harinya je.

Župnijska Cerkev Sv. Martina.
Bled Castle yang tersergam di atas bukit batu.

So, demikianlah serba sedikit catatan pada hari pertama dan kedua kami untuk trip ke Slovenia ni. Kita sambung untuk hari yang berikutnya. Till then.. thanks for reading.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.