Sharing is caring

Untuk post kali ni, aku akan bercerita tentang perjalanan hari ke-3 di Lake Bled ni.

Tenang betul pagi kat sini…

Pada hari ke-3 ni, kami hanya melawat 2 tarikan utama di Lake Bled ni iaitu Bled Island (Blejski Otok) dan juga Bled Castle (Blejski Grad).

Route kami untuk hari ni

Selepas breakfast, kami keluar lebih kurang jam 8.00 pagi melalui opposite route dari kediaman kami sebab seingat aku ada satu boat pier yang terletak kat situ. Tapi jalan punya jalan.. tak nampak satu apa pun. Adalah satu.. tapi tak buka. Maybe sebab winter (low season) so, dia memang tak beroperasi kot. Luckily perkhidmatan boat yang satu lagi tu buka. This one berhampiran dengan town. Mlino Port for Pletna Boat namanya.

Mlino Port for Pletna Boat.

Menariknya, bila lalu route on this side, korang dapat menyaksikan pemandangan yang sangat indah… Bled Island dan Bled Castle dengan berlatar-belakangkan Julian Alps yang puncaknya dilitupi dengan salji. Cantik wehhhhh!!!! Macam dalam lukisan!

Cannot tahan.. berhenti pose kejap!
Bled Island.
Kelihatan Bled Castle dengan Julian Alps.

But actually katanya kalau nak naik boat ni kena book dulu. kami bertiga dengan sorang lagi our new friend dari Hungary, Sylvia.. main redah je. Aku pun tak sure nak book kat mana. Nasib baik time tu tak ramai orang and mamat pendayung yang baik hati tu pegi call kawan dia yang berada kat Bled Island tu untuk ambil kami. Sebab tu kena ringan mulut bertanya kalau tak tahu sebab sebab ada one Arab family (kalau tak silap aku) yang dok menunggu dengan kami, still menunggu even kami dah balik dari Bled Island tu. Tapi tak sure la apa yang diorang dok tunggu. Hahaha.

Anyway, aku jumpa info ni yang mungkin berguna untuk korang kalau nak book boat ni.

http://www.bled.si/en/what-to-see/symbols-of-bled/pletna/Information

Korang sebenarnya ada pilihan untuk dayung sendiri atau menggunakan khidmat pendayung macam yang kami buat tu. Harga untuk seorang ialah €15. Masa diberikan ialah 1 jam (10 minit pergi dan 10 minit balik). So korang ada masa 40 minit untuk melawat sekitar Bled Island tu.

Expenses:
€15 : Boat ride to Bled Island (20 mins return, 40 mins on the island)
€6 : Bled Island Church entrance fee

Bled Island (Blejski Otok)

Bled Island ni sebenarnya sebuah pulau kecil je yang menempatkan sebuah gereja, Cerkev Marijinega Vnebovzetja (the Church of the Mother of God). Gereja yang ada sekarang ni sejarah pembinaannya bermula sekitar abad ke-17, dibaik-pulih selepas gempa bumi sebelum ni. Altar utamanya dengan ukiran keemasan bertarikh 1747.

Bled Island di tengah-tengah Lake Bled.
99 anak tangga untuk memasuki Bled Island ni.
Cerkev Marijinega Vnebovzetja.

Menara locengnya dibina pada abad ke-15, telah beberapa kali diperbaiki kerana rosak disebabkan gempa bumi sebanyak 2 kali dan pada 1688 ia telah dipanah petir. Menara yang ada sekarang ni berketinggian 54 meter dan mempunyai 3 loceng yang dibuat oleh Samassa dan Franchi, pembuat loceng terkenal di Ljubljana.

Untuk menaiki Bled Island menuju ke gereja ni terdapat 99 anak tangga. Antara tradisi yang masih diamalkan sehingga kini ialah bagi pasangan yang ingin berkahwin, pengantin lelakinya kena mendukung bakal isterinya menaiki 99 anak tangga tu naik ke atas untuk ke gereja tu. Matilah kau kalau bakal bini tu “sihat walafiat” orangnya!! Hahaha.

Kau tak pitam nak angkat orang naik tangga setinggi ni?

Legenda Loceng Tenggelam (The Sunken Bell)

Selain daripada sejarah gereja ni sendiri, di Bled Island ni tak kurang juga dengan kisah lagendanya. Yang paling terkenal di kalangan masyarakat tempatan ialah kisah loceng tenggelam ni. Alkisahnya, pada masa dulu, ada seorang janda muda, Poliksena yang tinggal di Bled Castle tu. Suaminya mati dibunuh oleh perompak dan mayatnya dicampak ke dalam tasik. So, demi memperingati suaminya yang tercinta, dia mengumpulkan semua barang emas dan perak miliknya untuk ditempa menjadi sebuah loceng gereja kecil (chapel). Tapi sayangnya, loceng yang dah siap tu tak sempat nak diletakkan di gereja disebabkan bot dan pendayungnya tenggelam bersama-sama dengan loceng tu kerana dipukul ribut. Ada yang mengatakan loceng tu still berbunyi dari dasar tasik. Anyway. bila dia dah kecewa dengan insiden tu, dia pun menjual keseluruhan hartanya untuk membuat gereja baru di Bled Island tu, dan meninggalkan Bled untuk menjadi rahib seumur hidup di Rome. Selepas kematiannya, Pope membuat keputusan untuk membuat loceng yang baru demi memperingati kisah sedih dan kebaikan semasa hidupnya sebagai seorang rahib. Begitulah kisahnya…

Masyarakat sini percaya kalau sesiapa yang rings the bell sebanyak 3 kali, permintaannya akan dikabulkan. Depa la dok kata.. korang jangan beriya nak percaya plak! Hehe..

Okay.. demikianlah serba sedikit cerita pasal gereja kat Bled Island ni.

Selain gereja, di sini juga terdapat sebuah cafe yang menjual pelbagai cenderahati, minuman, biskut dan kek tradisional Slovenia iaitu “potica” (sebutan: po-tit-sa). Potica ni diperbuat daripada adunan yeast, butter dan kekacang seperti walnut dan lain-lain. Aku cuma rasa sesudu kecil je sebab don’t feel like eating. Lebih rasa nak minum coffee lagi-lagi dalam cuaca sejuk kan.

Potica dengan 3 flavours.

Selesai minum di cafe ni, kami menuruni anak tangga menuju ke boat untuk balik ke pier. Sepanjang perjalanan pulang, kami dok berborak dengan Sylvia dan pendayung boat tu (namanya aku tak ingat!). Both of them pernah ke Malaysia. Sylvia pada November tahun lepas dan mamat tu pada tahun 2006. Sempat pergi ke Pulau Perhentian, Borneo bagai. Excited betul dia bercerita.

That’s Sylvia dengan mamat boat tu.

Oh, kalau korang nak tahu, kat Bled ni setiap pekerjaan dilakukan turun-temurun. Kalau ko nak jadi pengusaha boat ni, ko tak boleh simply nak buat je. Kena dari family, maksudnya family ko dari tok nenek mesti mengusahakan bisnes ni, then baru ko boleh buat. Kira perniagaan turun-temurun lah. Sebab tu tak banyak bisnes boat kat Bled ni. Macam tu juga yang lain-lain.. perusahaan ladang, tanaman dan sebagainya. Itu seperti yang diberitahulah. Kalau depa bagi ajaran sesat, maka ajaran sesat juga la yang aku sampaikan ni. Hahaha..

Anyway, selepas mengucapkan selamat tinggal pada Sylvia dan mamat boat tu, kami pergi mencari cafe untuk lunch. Kami memilih The Panorama Restaurant yang terletak di pinggir tasik ni. Dan korang boleh menyaksikan pemandangan Bled Castle dan gunung-ganang di belakangnya. Dine with a view la kata orang.

Sambil makan, sambil tengok view.
Feeling ke tidak minum kopi sambil tengok view camtu?
Cuaca sejuk.. pekena kopi panas memang best!

“Kremsnita” The Original Bled Cream Cake

The Panorama Restaurant ni adalah dibawah Sava Hoteli Bled. Begitu juga dengan Park Cafe & Hotel Park.. semuanya beroperasi dibawah Sava. Dan istimewanya hotel ni ialah di sinilah lahirnya resepi original “Kremsnita”, Cream Cake yang terkenal kat serata Bled dan Slovenia ni. Kremsnita ni merupakan kek kastard yang diperbuat daripada telur, tepung, krim, gula dan butter. Resepi asal ni tak mengandungi pewarna, perasa atau bahan tambahan dan dibuat fresh setiap hari. Kalau korang tengok resepi lain, depa dok masukkan rum sebagai perasa tambahan, but kat Sava ni, based on its website takde plak mention. Kalau korang teringin sangat nak makan tapi was-was, try la ringan mulut bertanya… tak salah pun kan? Aku tak jamah, so aku tatau nak describe rasanya. But, pada pemerhatian aku, memang kastardnya nampak sangat lembut dan sedap!

Ni dia rupa cream cake Bled yang famous tu.

Some info about Bled cream cake kalau korang nak tahu:
https://www.sava-hotels-resorts.com/en/sava-hoteli-bled/gastronomy/the-original-bled-cream-cake

Selesai mengalas perut, kami menuju ke Bled Castle yang terletak di atas bukit tu. Jenuh la juga nak menapak. Asalnya nak ikut route kat celah-celah bukit yang aku nampak hari tu, tapi mamat boat tu kata better ikut jalan dekat gereja tepi tasik tu sebab kat situ adalah laluan mudah. Dalam 10 minit naik tangga dah boleh sampai ke entrance castle.

Bled Castle nun di atas bukit sana.
Lalu kat depan church ni, Župnijska Cerkev Sv. Martina.

Slow-slow jalan, akhirnya sampai juga. Tapi dia punya mengah… toksah cakap bhai.. macam nak putus nyawa! Bila lalu kat tangga-tangga ni tetiba teringat kat Namsan Hill nak naik ke NSeoul Tower tu. Sebijik! Mujur la winter.. takdelah ketibas sangat. Hahaha.

Expenses:
€11 : Bled Castle entrance fee
€14 : Bled Castle print (souvenir)

Bled Castle (Blejski Grad)

Bled Castle yang terletak di atas lereng bukit setinggi 130 meter ni merupakan salah satu istana yang tertua di Slovenia. Bled Castle ni pernah disebut di dalam catatan bertarikh 22 Mei 1011 apabila Henry II, King of Germany, mengurniakan tanah kepada Bishop Adelberon of Brixen.

Tiket masuk ke Bled Castle berharga 11 Euro.
Di perkarangan Bled Castle.

Kedudukan istana yang tersergam indah di atas puncak mengadap tasik Bled dalam suasana yang romantik menjadikan kawasan ni terkenal di kalangan pelancong tempatan dan luar negara.

Perkarangan istana ni menawarkan pemandangan Gorenjska region yang sangat cantik di mana ia terletak di antara tanah tinggi Karavanke dan banjaran pergunungan Julian.

View bandar Bled dari atas istana.
Pemandangan dari courtyard di bahagian atas.
Pemandangan memukau Lake Bled dan kawasan persekitarannya.

Kompleks istana ni mempunyai 2 courtyard pada level yang berbeza. Di courtyard bahagian bawah menempatkan Castle Printshop (korang boleh tempah special souvenir kat sini.. nanti aku cerita). Primoz Trubar’s memorial room, the Stolp (Tower) Gallery, Castle Beehive (kedai menjual madu Slovenia) dan sebuah cafe. Cafe masa kami datang ni tak beroperasi sebab dalam proses renovation. Courtyard di bahagian tengah pula menempatkan wine cellar.

Another courtyard in Bled Castle.

Struktur yang paling menarik di courtyard bahagian atas Bled Castle ni ialah sebuah chapel kurun ke-16 dan sebuah muzium yang menceritakan sejarah Bled seawal zaman gangsa (Bronze Age) hinggalah sekarang. Di sini terdapat juga sebuah restoran dan the Castle Forge.

Kedua-dua courtyard ni dilindungi oleh Roman defense wall, gate tower dan sebuah menara kawalan dengan senibina Gothic yang besar yang sekarang ni menempatkan memorial room of Arnold Rikli dan sebuah bilik khas untuk Museums of Gorenjska.

Ni bahagian defense wall.

Begitulah serba sedikit tentang sejarah dan info berkenaan dengan Bled Castle ni.

Bled Castle Printshop

Selepas puas keluar masuk ceruk istana ni, kami singgah di Castle Printshop untuk membuat satu cenderamata khas yang hanya terdapat di Bled Castle ni iaitu mencetak sekeping certificate dengan nama korang menggunakan teknik percetakan tradisional ala-ala Gutenberg printing tu. Tahu tak Gutenberg print tu apa? Gutenberg printing tu merupakan teknik percetakan pertama diperkenal oleh Johannes Gutenberg sekitar tahun 1439 dahulu. Ala-ala printer zaman moden ni la. Tapi printing kat istana ni yang berskala kecil berbanding dengan Gutenberg yang sebenar tu.

Ervan menunjukkan cara-cara mencetak menggunakan kaedah tradisional.

So, mamat yang entertain kami masa ni namanya Ervan (tak sure ejaan camne). Memang peramah dan ya Rabbi… loyar buruk boleh tahan. Tapi dia sangat informative dan seronok dengan penerangannya tentang Bled dan Slovenia. Untuk proses percetakan ni, korang boleh tengok kat dalam Youtube tu. All three of us buat cert yang sama sebagai kenang-kenangan. Ala-ala sijil zaman Medieval dulu. Ada beberapa pilihan gambar yang korang boleh pilih untuk diletakkan bersama nama. Harga untuk sekeping cert tu bergantung pada size. Yang kami buat ni bersaiz besar dengan harga €14, siap dengan wax seal lagi. Interesting la.

Inilah hasilnya…

So, itu je lah aktiviti kami pada hari ketiga ni. Bled Island dan Bled Castle. Tu pun ambil masa separuh hari. Seronok jalan perlahan-lahan kat area tasik ni walaupun kaki punya lenguh tu… tak payah cerita lah.

Tak jemu mata memandang…

Okaylah… bersambung untuk hari seterusnya. Esok kami ke Bohinj untuk pergi ke Vogel Ski Center. Till then.. tata!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.