Sharing is caring

Dizin is one of the largest Iranian ski resorts in the Alborz mountain range, near Tehran and also the city of Karaj. It was established in 1969. The ski season in Dizin lasts longer than in European ski resorts, from December to May, due to the resort’s high altitude. The highest ski lift reaches 3,600 m (11,800 ft), making it one of the 40 highest ski resorts in the world.

Slope di Dizin Ski Resort.
Day 3: Dizin Ski Resort

Hari kedua kami di Dizin. Hari ni plan nak ke Dizin Ski Resort untuk bermain ski. Tapi bukan aku dan Firr.. Erol dengan Eric yang beriya nak main. So, lepas breakfast, kami tunggu shuttle bus hotel untuk ke Dizin pada jam 9.00 pagi. Free je naik bus ni. Dan dekat.. dalam 3 km camtu. Tapi kami tak naik the first trip sebab penuh dengan mat/minah saleh dengan alatan ski derang. Makanya, kami naik the second one. Mujur dapat seat belakang sekali. Kalau tak bersesak-sesak dengan derang ni.

Hari ni barulah nampak langit biru dan matahari. Good day for skiing.

Memandangkan kami berempat je yang takde alatan.. maka si driver Iran tu tanya kami dulu nak singgah tak sewa alatan ski. Terdengar suara-suara sumbang mereka ni like “Nooo….. straight to ski…” Hahahaha.. Dah tak sabaq la kan nak berski pungkoq-pungkoq nih. So, aku just bagitau driver straight je la pi Dizin Ski tu. Nanti tahulah kami nak pi sewa kat mana.. somewhere kat area tu jugak.

Pemandangan menuju ke Dizin Ski Resort (DSR) memang cantik. Velayat Rud ni diapit di kiri kanannya dengan bukit-bukit batu yang penuh dengan salji. Agak berbahaya juga jalan ni terutamanya ketika salji tebal. Kejadian salji runtuh tu rasanya dah biasa kat area ni. That’s why kadang-kala jalan ni ditutup ketika keadaan cuaca yang tidak baik. In fact masa kat hotel pagi tu, receptionist kata DSR ni tutup sebab cuaca tak elok. Then this uncle confirmkan ngan kitorang and the rest that the resort is open. Dia sekejap tutup sekejap buka.. bergantung pada cuaca.

Velayat Rud yang diapit oleh bukit-bukit/gunung-gunung batu yang bersalji.
Cantik view bila lalu jalan ni.

Sampai je kat Dizin Ski Resort ni, kami pergi terus ke kedai menyewa baju dan peralatan ski yang terletak berhampiran dengan pintu masuk resort. Erol dengan  Eric je la yang sewa. Aku dengan Firr malas. Aku lagilah.. teringat azabnya masa kat Yamagata. Japan tahun lepas. So, this time aku nak naik cable car and enjoy the view je.

Dizin Sport/Lark Sport yang terletak berdekatan dengan pintu masuk Dizin Ski Resort.
Di hadapan Dizin Ski Resort School.. sape nak belajar ski boleh pi sini.

Harga sewa jacket, pants, boots, goggle, pole dan yang lainnya adalah USD50.00 per day. Oh by the way. DSR ni dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Then kami ke ticket info bertanyakan tentang harga ticket dan entrance fee. Tapi time ni depa cakap cable-car dihentikan seketika sebab cuaca tak elok. Kena tunggu like 30 minit or sejam camtu. Tapi those yang ada peralatan ski dibenarkan masuk dan boleh ski kat area berdekatan ni dan naik cable car bila dibuka. So, Erol dengan Eric masuk dulu dengan bayaran 880,000 rial seorang.

Dizin Ski Resort Hotel.

Aku dengan Firr lepak kat lobby Dizin Hotel dulu pekena hot choc sementara menunggu cable car kembali beroperasi. Sedap hoc chocnya ya. Pandai si Iran elok yang membuat air ni. Anyway, dalam setengah jam macam tu, aku pergi semula ke ticket counter dan Alhamdulillah dah boleh masuk. So, aku dan Firr bayar 340,000 rial seorang for entrance fee dan guna cable car. Actually these tickets yang dibayar ni sebenarnya ada deposit. Kalau korang pulangkan balik then korang akan dipulangkan balik nilai deposit tu. Cuma bila dah keluar tu kami malas nak pi ke kaunter lagi. Kiranya those yang masuk dengan alatan ski tu, tag yang mereka berikan tu bolehlah disajikan sebagai souvenir.

Pass untuk masuk ke cable car and skiing area. Ni yang without ski equipment.
Beratur menunggu giliran naik. Ramai international and local skier kat sini.

Time ni aku dengan Firr je. Si Erol ngan Eric ntah ke mana halanya. So, aku ngan Firr beratur untuk naik cable car ke station yang kat atas tu. Selang beberapa orang sebelum kami naik, operasi cable car terhenti disebabkan oleh bekalan elektrik. Dalam 10 minit camtu la kot menunggu. Then bila dah dapat naik, sampai di tengah-tengah, terputus lagi elektrik. Kenalah menunggu lagi dalam ketinggian dan tergantung di tengah-tengah cable tu. Ngeri okayyyyyyyyy!!!! Tak pernah aku rasa sengeri ni. Mujurlah angin bertiup tak berapa kuat. Kalau terhuyung-hayang kat atas cable tu.. mau terkencing aku. Hahahaha. Adalah dalam 10-15 minit menunggu elektrik bersambung semula.

Dia tergantung kat situ baiii..tunggu la kau. Kalau weather baik sure cantik view kat sini.

Viewnya aku takleh nak appreciate sangat sebab bersalji tebal. Tak nampak langit biru. I bet kalau weather cantik.. mesti menarik view kat sini. Dalam cable car ni aku lebih teringat keindahan di Yamagata, Japan dulu. Lagi breathtaking viewnya semasa naik cable car camni.

Bila dah sampai kat station atas tu, dia punya windchill… ya ampunnnnnnnnn.. kemain membunuh!!! Dengan angin kuat dan salji berterbangan, memang takdan la kami nak berposing sakan. Kalau ikutkan Accuweather, cuaca hari ni macam sunny. Tapi macam tak berapa nak sunny sangat. Sekejap je matahari muncul then berkabut semula.

Angin kat atas ni kuat gile. Ko tak mampu nak buat apa-apa.
Dok panaskan badan kejap.. minum coffee.. then turun bawah semula.

Sudahnya, aku dan Firr lepak kat dalam cafe kat puncak atas tu, pekena hot coffee sesambil mengecaj handphone. Nak naik ke atas lagi memang terpaksa dilupakanlah sebab tak boleh. Cuaca tak mengizinkan. Jadi, selesai memanaskan diri seketika, kami turun semula ke bawah. Menghampiri station kat bawah tu, kelihatan dua kelibat manusia yang tengah beriya-iya bermain ski. Sah! Erol dengan Eric. Kat situ je mereka main. Hahaha.. beginner katanya….. ingatkan dah selamat menuruni gunung dengan berski… ceh!! Hahahaha.

Ada kelibat 2 entiti sedang berski di situ. Yang pro semua di atas gunung. Hehehe.
Berposing sat kat area ni sebelum pulang.
Di hadapan slopes Dizin Ski Resort.

So, tunggu derang betul-betul puas bermain… then dalam 3.30 petang camni, kami pi pulangkan peralatan ski tu dan menunggu shuttle bus untuk pulang ke hotel.

Sempat juga la merakamkan Hotel Dizin yang mula-mula aku plan nak book dulu. Cantik kedudukannya especially those cottages. Takpelah.. maybe next time kan.

Hotel Dizin. Suka betul tengok cottages tu. Comel sungguh!

Balik hotel.. seperti biasa, mundar mandir kat area hotel ni. Dan mereput dengan line wifi yang slow macam siput babi nazak. Merasalah nak upload satu video Instagram pun tak lepas-lepas. Tension pakcik!!!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.