Day 4: Dizin
Hari ni merupakan second last day kami di Dizin ni. Sebab lepas checkout sekitar jam 12.00 tengahari esok, kami akan stay di bandaraya Tehran pula. So, selesai breakfast tu ingatkan nak pusing-pusing sekitar hotel ni bergambar. Sekali, dia punya angin kemain lagi kuat. So, cancel nak keluar. Tunggu tengahari sikit nanti baru keluar semula.
So, around 1.30 pm, kami bercadang nak makan kat restoran di luar hotel ni. Macam bosan la pulak dengan menu yang sama kan. Hopefully bukak lah. Gigih la meredah kesejukan sambil berhenti seketika bergambar di spot-spot yang kami rasa menarik.
Alhamdulillah restoran kat luar hotel tu bukak. Lotus Cafe namanya. Ingatkan biasa je kat dalam tu. Sekali elok ya interiornya. Setiap restoran ni ada ruang-ruang yang dihias cantik dengan sofa-sofa mirip kepada ruang tamu. Terdapat juga bar counter, ruang bermain snooker dan ruang makan bersebelahan tingkap dengan view snow di luarnya. Very cosy! Sangat sesuai kalau nak feeling-feeling minum hot mocha ke sambil melihat snow turun di luar sana. Ahhh!! Aku suka moment camni.
Jadinya, letak je punggung, derang ni tak tanya apa dah.. wifi password dulu yang penting ya! Hahahaha. Kemaruk sangat. Lepas siap order, masing-masing semua diam tak berbunyi sebab busy mengupdate di social media.
By the way, menu kat sini variety lah sikit daripada menu kat hotel tu. Macam-macam pilihan main course dan side dishes selain daripada pilihan air yang pelbagai.
Aku sebab dah kebuluq nasi.. maka tetap mengorder chicken kebab with rice. In fact, kami bertiga semua order menu yang sama kecuali Erol yang dok order chicken schnitzel, ala-ala fried chicken chop dengan breadcrumbs tu. Air pulak masing-masing memilih hot drinks like latte, hot choc etc. Harga kat cafe ni boleh tahan gak. Sama je macam kat restoran di hotel tu.
Derang ni punya sakan bergambar. Maklumlah masing-masing semuanya masih bergetah. Aku ni je dok melangut depan meja melantak air memikirkan pusing kiri.. pusing kanan.. tetap bentuk tong dram. Hahahaha. Bak ayat makcik bawang.. kalih ikut ni besaq.. kalih ikut tu besaq… Huhuhuhu!
Dah habis makan pun, derang ni tak bergerak-gerak lagi. Aku tengok makcik waiter tu muka dah macam nak tikam orang je, so betterlah beredar. Hahahaha.. Takde lah. Orang sini semua muka ganas-ganas, tapi hati mereka ada taman. Macam makcik cleaner kat hotel tu. First time jumpa, seram nak tegur. Tapi bila sekali kita senyum, setiap kali berselisih mesti dia membalas dengan senyuman yang paling menawan yang dia boleh bagi. Hahaha.
Anyway, selesai bayar semua, around 3.30 pm camtu, kami dok merayap di sepanjang jalan berhampiran dengan hotel ni. Tak jauh mana pun. Aku dengan Eric je la berjalan paling jauh. Lagi 2 Abdul tu dok sibuk bergambar around that cafe.
Cantik view sini. Kiri kanan ada bukit bersalji. Dan actually kat tepi jalan ni ada anak sungai yang jernih mengalir.
Lama juga kami berjimba kat kawasan ni. Angin demi angin dok bertiup.. sesejuk mana pun kami masih tabah berdiri. Walaupun kulit muka, telinga, kaki, tangan dah rasa kebas semacam takde rasa apa dah.
Dah puas hati bergambar ambil video semua, kami bergerak balik ke hotel. And our bodyguards, si anjing-anjing jinak tu dah siap sedia menunggu kami di entrance hotel. Punyalah taat! Suruh berhenti dia berhenti.. suruh duduk dia duduk. Rasa nak belai-belai je… pakkal je kau najis mughallazah!
So.. petang tu kami banyak habiskan masa bergambar dan bermain salji di sekitar hotel ni saja. Sempat juga la buat snow angel. Ingat Faizdickie je leh buat. Hahaha. Lama nak buat dulu tapi segan. La ni kat hotel ni lengang takde orang. So takde hal la kan.
Malamnya kami tak dinner sebab aku masih kekenyangan makan kat Lotus petang tadi. Eric ngan Erol je la yang pi makan. Malam last di Dizin. Sedih pulak bila mengenangkan…
Leave a Comment