Sharing is caring

Day 3: Dongdaemun – N Seoul Tower – Insadong

Hari ke-3 ni dimulakan dengan aktiviti mengisi perut di Dongdaemun, iaitu mencuba ikan bakar sebagaimana yang dimaklumkan di dalam blog-blog yang ada di alam maya. Dan kemudian, destinasi seterusnya adalah NSeoul Tower yang terletak di Namsan.

Grilled Fish @Dongdaemun

Hajat untuk mencuba makanan Korea bermula di Dongdaemun. Setelah membaca blog-blog di internet, banyak maklumat tentang ikan bakar di sini. Berpusing-pusing masa nak mencari lokasinya. Bila dah jumpa lorong tu, memang kat situ semua berderet menjual ikan bakar selain menu-menu yang… ehemmm… So, mata kami melilau la mencari kedai yang tidak menjual “binatang itewww”. Bila dah jumpa, tanya lagi.. siap tunjuk perkataan “binatang itewww” dalam tulisan Korea (aku dah tulis menda ni siap-siap sebelum pergi). Jadi, bila makcik penjual tu kata takde, yakin la sikit. Tengok pun kat kedai dia ikan sahaja. So okay la kot.

Ikan bakar di Dongdaemun

Makan kat sini kena order set. Setiap satu set akan dapat nasi + side dishes iaitu kimchi, taugeh dan sawi serta sotong kering. Air kat sini free. So kami order satu set ikan bakar, satu 2 set galchi jorim a.k.a asam pedas Korea. Memang lebih kurang rasa asam pedas pun, yang jenis kalau kita letak sawi jeruk tu. Ikan bakar tu jenis mackerel. Lebih kurang cam tenggiri dan yang kat dalam galchi jorim tu adalah spesis ikan timah.

Tastenya pula… personally aku memang suka gile! Sebab aku memang suka pun Korean food. Ikannya memang fresh. Dan dari segi harga pulak sorang dalam 6,000 won – lebih kurang RM17.00. Cukup puas hati dan kenyang.

Tak berbunyi makan…

N Seoul Tower

Selepas mengisi perut di Dongdaemun, kami terus ke Namsan untuk ke N Seoul Tower. Dari Dongdaemun, kami ambil subway Line 4 ke Chungmuro. Di bus stop Chungmuro ni, kami ambil bas kuning no. 02 terus ke Namsan. Bas ni berhenti di bus stop berhampiran dengan tower. So, nak naik ke N Seoul Tower plaza kena jalan mendaki sikit lebih kurang 5-10 minit. Dekat je. Di kelilingi pokok-pokok, so pemandangannya redup dan tak terasa sangat penat.

Mendaki jalan berbukit naik ke Seoul Tower

By the way, N Seoul Tower adalah menara komunikasi dan tinjau yang terletak di Gunung Namsan. Nak ke sini naik cable car pun boleh. But we choose to naik bas dan jalan kaki saje. Ekonomi sikit. Kat sini ada Teddy Bear Museum, revolving restaurants, gift shops, observation deck dan lain-lain. Nak naik ke tower ni harga tiketnya 7000 won (ke 9000 won… tak ingat dah..). Manusia kat sini memanglah tersangat ramai especially pasangan yang bercinta atau yang mencari cinta, yang datang untuk mengabadikan perjanjian cinta mereka di sini. Mangga/padlock/blok kayu yang bertulis ayat-ayat cinta memang berlambak. Pendek kata, anda boleh merasa aura cinta di sini… ahaksss! Tapi aku takde masa pun nak buat benda-benda tu. Tengok, ambil gambar sudah.

View Seoul dari Tower
Sunset dari N Seoul Tower

Bila dah puas bergambar kat sini, kami pergi mencari entrance untuk ke lif naik tower. Menggagau cari tak jumpa.. Bila dah jumpa dan beratur nak naik ke lif, ada pula service untuk kita ambil gambar berlatar-belakangkan gambar N Seoul Tower. So kami 6 orang pun sumbat selagi boleh asal dapat amik gambar sama-sama. So bila dah kat atas tower tu, dapatlah tengok pemandangan Seoul secara keseluruhannya. Memang cantik! Tapi lebih cantik lagi bila ternampak “pemandangan” yang lebih cantik dari Seoul (mode: stalker kejap!! hahaha). Pusing-pusing kat atas tu, minum ice-blended sambil melihat view.. memanglah tersangat ngam!!

Gambar yang diambil masa beratur nak naik ke lif

Dah puas berjimba kat N Seoul Tower, kami balik naik bas yang sama, turun ke Chungmuro, ambil subway balik ke Anguk Station dan singgah di Insadong lagi untuk jalan-jalan ambil angin malam sebelum balik bilik. Sempat juga aku sambar satu dua barang kat Insadong ni.

Usha-usha dulu.. pastu beli

Day 4: Nami Island

Hari ke-4 ni kami gerak lagi awal sebab memandangkan nak ke Nami Island kena naik train yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Dari Anguk Station, kami ambil subway Line 1 ke Cheongnyangni Station. Di station ni kami beli tiket ITX train ke Gapyeong yang berharga 4000 won (lebih kurang RM11.00) one way. Bertolak jam 9.45 pagi dan perjalanan dalam 45 minit, so kami sampai Gapyeong sekitar jam 10.30 pagi. Sampai Gapyeong kami ambil cab untuk ke jeti pergi ke Nami. So naik 2 cab. Harga cab 3000 won je. So sampai sana terus beratur beli tiket feri/pass nak masuk ke Nami yang berharga 8000 won /seorang (lebih kurang RM22.00). Dari jeti nak ke Nami dekat je.. 5 minit dah sampai.

Atas feri ke Nami Island

So, bila dah sampai kat sana.. apa lagi. Semua on mode supermodel! Gasak bergambar bagai nak rak sebab pemandangannya memang sangat cantik!!! Dengan pokok-pokok yang dah start bertukar warna keemasan.. terasa jakun sekejap. Di Nami ni banyak aktiviti kita boleh buat selain daripada spot-spot dari drama “Winter Sonata” yang kita boleh pergi untuk mengabadikan gambar kenangan. For us, kami duduk berpiknik di atas padang selain daripada menyewa basikal untuk bersiar-siar di sekitar Nami. Memang best! Terasa macam buat filem ala-ala Maria Mariana plak dengan berbasikal bagai. Tapi semput mengayuh tu, toksah cakap la.. Lagi pulak kalau si Azz naik ngan aku.. Pemalas gile nak kayuh kan??? Mati le…

Parasit ni memang takleh tengok orang lain bergambar!

Memang banyak la gambar kami ambil kat Nami ni.. semua berangan supermodel kan! We spent like more than 4 hours kat pulau ni. Oleh sebab nak cari makanan halal kat sini cam susah (ada yang kata kat sini ada tapi kami tak jumpa) so kami decided untuk balik ke Seoul dan singgah di Dongdaemun untuk makan. Tempat yang dituju sudah tentulah kedai makcik ikan bakar semalam. Mabuk asam pedas katanya. Kami bergerak balik dari Nami dalam jam 2.00 petang. Dari Gapyeong, train jam 3.30 petang, so sampai Cheongnyangni Station dalam 4.30 petang. By the way, kat Gapyeong sebelum train sampai kami sempat ditemubual oleh pakcik Gapyeong officer yang mempromote pergi ke Seoraksan National Park. Memang cantik tempat tu, tapi takdan nak pergi. Budak-budak ni bantai gelak tengok cara pakcik ni cakap. Apa lagi si Bai yang berbual merapu-rapu; tanya ada anak lelaki ke tak.. itu la, ini la.. Farni la kau Bai! Oh… kami juga sempat shopping kat luar Cheongnyangni Station tu. Ada kedai tengah buat sale. Sempat sambar satu sweater yang tebal kainnya, cuma 15,000 won after 70% discount! Semua pakat beli sweater jugak. Hehee..

Pakcik “Ais-se-pis-sing” (Ice fishing)
Ikan bakar lagi for dinner

Dan bila dinner time, kami sampai di Dongdaemun, kedai makcik asam pedas tu dah nak tutup sebab dah habis. So kami singgah di kedai yang satu lagi. This auntie dok mentioned “Malaysia” so dalam hati terdetik mungkin ramai Malaysian makan kat sini dan dia tahu kot orang Malaysia (or Malays) makan camne. Tanya gaks pasal “binatang itewww”, so katanya takde. Okay lah. Kami order ikan bakar cam biasa, plus extra menu dia bagi – sotong sambal. Memang ngam sotongnya. Besar dan kenyal, tak macam sotong kat Malaysia. Plus ada satu lagi side dishes yang takde kat kedai sebelum ni iaitu “kkaenip kimchi” atau “perilla leaf kimchi” atau kimchi daun bijan. Memang sedap bila makan dengan ikan bakar ni. Mana la aku nak cari kimchi ni kat KL????  Tak sempat nak shoot menu makanan masa ni sebab semua kelaparan!

Lepas habis makan, singgah beli buah kat gerai tepi jalan kat Dongdaemun ni. Aku borong peaches, yang lain beli apples dan Eric beli rocky melon berharga 10,000 won. Bila fikir balik.. bapak harga melon tu adalah sekitar RM27.00 sebijik!!! Tapi sebab ia manis dan juicy.. kira puas hati lah.. 😛


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.