Sharing is caring


Hi semua. Apa khabar? Lama pulak tak update blog kan? Ye la mana nak sempat. Sibuk bersilat dengan kerja-kerja office semua. Second part pasal Japan trip pun aku tak upload lagi.

Anyway, dalam kesibukan ni, aku sempat juga mencuri masa untuk merehatkan diri. Since weekend lepas “agak free” sedikit.. so aku mengambil kesempatan untuk pergi bercuti ke Cherating. Dari dulu, Cherating menjadi favorite spot aku untuk weekend getaway atau short vacay ni. Nak pi PD?? Ah… bosan nak mati kat situ. At least Cherating ni pantai dia best sikit. Selain tu, boleh singgah Kemaman pekena satar, otak-otak dengan pulut panggang kan?

Suasana awal pagi di Tanjung Inn Villa de Fedelia. Cherating.

Agoda.com, plannya macam nak stay kat Impiana sebab sebelum ni aku pernah stay kat sana dan berpuas-hati dengan hotelnya. Tapi masa tengah scroll hotel list ternampak nama Tanjung Inn ni. So, bila aku buka pagenya, rasa macam menarik pula tempatnya. First yang buat aku tertarik adalah gambar landskap dan kolamnya tu. Dan bila tengok harga bilik, takdelah mahal mana dan sangat affordable. Harga bilik tersebut termasuk breakfast adalah RM283.00 semalam but lepas tolak dengan Agoda point aku, harga bilik tersebut jatuh less than RM200.00. Kira murah la tu kan? Tanpa membuang masa, aku terus book family room yang boleh memuatkan 4 orang sebab cadangnya nak pergi dengan Erol, Bai dan Eric.. but end-up Eric cancel last minute sebab ada company dinner.

Suasana kampung yang menyebabkan aku tertarik dengan Tanjung Inn.

So, pada hari Sabtu tu, kami bergerak dari rumah sekitar jam 9.00 pagi. Asalnya nak bertolak seawal jam 7.00 pagi tapi dah bangun lewat dan settlekan kerja sedikit, barulah kami gerak. Alhamdulillah jalan tak sesak.. mungkin bukan public holiday atau cuti sekolah.

On the way tu, kami singgah di R&R Maran untuk lunch. Nak singgah di Temerloh macam tengah kenyang. Kalau aku dah sampai Pahang ni, mestilah pekena ikan patin tempoyak kan? Seketul besar tu berharga RM12.00. Dah naik harga kot memandangkan la ni ikan patin sangkar banyak yang mati sebab Sungai Pahang semakin kering. Apapun, Alhamdulillah puas hati dapat makan hidangan famous negeri Pahang ni.

Sampai Pahang, kena la try ikan patin tempoyak dulu.

Kami sampai di Tanjung Inn, Cherating sekitar jam 1.30 petang. Tak susah nak cari lokasinya… walaupun Google Map tu tag location yang sedikit berbeza (but Google Map yang aku letak kat bawah tu betul kedudukannya). Selesai check-in dan ambil kunci, kami terus pergi ke “teratak” kami yang terletak beberapa meter dari main entrance. Chalet kami terletak di bahagian tengah dan verandahnya menghadap ke kolam buatan. Viewnya memang sangat menarik. Penuh dengan pokok-pokok, memang sejuk mata memandang.

Signage Chalet Tanjung Inn, Cherating.
Main entrance ke kaunter.
Area lobby… wifi kat sini ada la. Kat bilik aku cam takde je.
Inilah chalet kami: family room yang boleh memuatkan 4 orang.

Seriously kalau aku tahu kewujudan resort ni, dah lama aku stay sini setiap kali berkunjung ke Cherating. Aku sempat berbual dengan boss atau anak boss resort ni masa tengah merayap mengeliling resort ni. Namanya Selena.. ke Serena.. aku tak sure. Hahaha. Katanya resort ni memang kurang dikenali di kalangan pelancong tempatan tetapi tetamunya banyak dari kalangan pelancong luar negara kerana resort ni banyak mendapat recommendation/feedback yang baik dari TripAdvisor dan Lonely Planet. So, tak hairan la kalau kelibat pelancong luar selalu kelihatan kat sini.

Sangat tenang!
Kolam buatan.. sesekali muncul biawak kat sini memeriahkan suasana. Hahaha.
Best lepak kat verandah ni.
Boleh tahan kelakar…

Oh! Lupa nak bagitau, chalet kami merupakan sebuah rumah yang berkonsepkan rumah tradisional Melayu yang diperbuat daripada kayu. Rekabentuknya menarik dengan tumbuhan yang menjalar di dinding chalet. Family room ni agak luas dengan menempatkan 2 buah katil queen size. Bilik airnya juga bersih dan selesa, terdapat kemudahan hot shower, air-cond, kipas dan peti sejuk (walaupun tak berapa nak berfungsi sangat). TV ada tapi kami tak tengok pun sebab siarannya tak berapa clear. Wifi kat bilik aku tak sure ada ke tak… tapi rasanya takde. Cuma ada di bahagian reception sahaja.

Cannot move on dengan viewnya.
Katil dengan tilam yang empuk.
TV ada tapi tak tengok pun…
Tandasnya yang agak selesa. Hot shower pun ada sekali.

Dan yang menariknya, di sini juga disediakan mini library. So, kepada sesiapa yang ulat buku tu, boleh spend masa membaca dengan tenang di sini.

Baca-Baca Library untuk ulat buku.
Cafe berdekatan dengan library.

Di Tanjung Inn ni juga menawarkan pelbagai jenis penginapan yang lain antaranya villa (yang boleh menempatkan kumpulan yang lebih besar), director chalet, family chalet, deluxe chalet, fan chalet, new chalet yang menghadap laut, digs serta khemah.

Chalet jenis villa di seberang kolam.
Deretan chalet jenis lain.
Chalet baru yang mengadap pantai.

Aku agak tertarik dengan khemah yang sedang dalam pembinaan tu. Harganya sangat murah, RM50.00 semalam untuk 2 orang. Dan ruangan tidurnya juga selesa dengan tilam yang tebal dan pelbagai kemudahan yang lain. Menurut Selena (or Serena) lagi, khemah ini akan ditambah dengan drawer bagi memudahkan tetamu menyimpan barangan mereka dengan lebih selamat.

Khemah baru yang ditawarkan di Tanjung Inn.
Ruang rehat dengan tilam yang selesa.

Menurutnya juga, kawasan di sekeliling khemah ni akan dilengkapi dengan kolam dan pancuran air buatan serta keseluruhan kawasan ini akan ditanam dengan rumput-rumput. Ia dijangka siap dalam masa sebulan dua lagi. Aku dapat bayangkan yang kawasan ini akan bertambah menarik bila dah siap nanti. Maybe kalau aku datang sini next time aku nak try bermalam di khemah ini.

Di hadapan khemah tu akan dibuat kolam buatan. Sure cantik bila dah siap nanti.
RM50.00 semalam untuk 2 orang, Not bad right?

Resort ni memang sangat tenang dan mendamaikan.. tu dia bahasa aku. But seriously memang camtu. Kepala rasa relaks bila tengok pemandangan kat sini. Hilang stress sekejap. Lebih-lebih lagi kalau korang bangun pagi dan keluar ambil angin time ni. Dengan bunyi desiran ombak, tiupan sang bayu dan bunyi burung-burung berkicauan, memang tenang gilerr!!! Trust me.

Hilang semua stress kejap bila kat sini.
Dok melayan perasaan memang best.
Banyak agas mengganas kat sini!

So, on Sunday tu kami takde buat apa sangat pun. Aku bangun awal sikit sebab memang plan nak ambil angin segar pagi-pagi hari tu. Tambahan pula perut memang tengah lapar gile. Selesai merayap kat sekeliling resort, around 7.00 something aku pergi ke cafe untuk breakfast. Ingatkan dah buka. Rupanya pukul 8.00 pagi baru start. Simple breakfast je. Roti bakar, dengan pilihan omelette atau scramble egg. Boleh la buat mengalas perut. Lepas habis breakfast tu, kami sambung semula breakfast kat Hai Peng Koptiam di Bandar Kemaman, pekena nasi lemak, nasi dagang dan roti bakar.

Lepas subuh merayap kat sekeliling resort ni. Best!
Breakfast comel je kat Tanjung Inn tu.. so kita bedal kat sini plak.
Menjamu selera sambil menjamu mata.. hahaha.
Roti bakar dengan kaya tu memang win. Tambah plak minum dengan air cham tu. Perghhh!!!

Oh! Malam sebelumnya, Bai bawa kami dinner di Kemaman juga, dekat area pasar kalau tak silap, bedal nasi kukus ayam berempah. Dengan harga RM6.50.. cukup murah sebab portion ayam dia memang besar dan seksa juga aku nak menghabiskannya.

Ayam dia besar okay…

Satar, otak-otak, pulut panggang dengan nasi air kami dah bedal tengahari masa sampai Cherating tu. Tu memang acara wajib. Tapi lately satar dia makin kecil je. Apapun, aku tetap suka pulut panggang dia. Sedap!!! Sebelum balik KL pun kami singgah lagi tapau bawa balik.

So, that’s about it la pasal short trip aku kali ni di Cherating. Kepada pembaca yang berminat untuk stay di Tanjung Inn ni boleh lah try. Cuma nasihat aku dua je:

  • Sediakan dan pakai insect repellent semasa nak melepak di pantai area Tanjung Inn ni. Kalau kat area lain yang aku pergi, serangga/agasnya takde lah ganas mana. But kat area ni, meriah kami kena gigit. Masa kena tu takde lah terasa sangat. Bila dah balik or after 24 hours tu, habis naik bintat-bintat kat kaki dan tangan. Gatal plak tu. Dah macam beruk aku tergaru-garu. So, jangan lupa bawa dan pakai bila turun ke pantai ya.
  • Bawa masuk selipar atau kasut korang kat dalam chalet sebab selipar kami 2 kali kena curi. Satu masa malam hari. Lagi sekali masa lepas balik breakfast. Aku nampak ada kelibat orang kat pintu tu, tapi taklah expect ada yang nak mencuri selipar bodoh tu. Tapi selipar yang kena curi malam tu dah la mahal.. hantu betul! Mengadu kat akak reception tu pun takde apa yang boleh derang buat.. hmmm….
Tanjung Inn, Cherating.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungan contact di bawah:

No. telefon: +609 581 9081 / +6011 3989 9402
E-mail: booking@tanjunginn.com
Website:http://www.tanjunginn.com



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.