Cherating… my favourite short getaway

Last week aku berkesempatan untuk melarikan diri seketika dari timbunan kerja-kerja for my short getaway. Seperti biasa, tempat favorite aku kalau untuk cuti-cuti yang sekejap ni tak lain dan tak bukan adalah di Cherating. Tak tau lah kenapa aku suka pergi sini. Maybe sebab ia mengadap Laut China Selatan dan kalau dibandingkan pantai-pantai di Selat Melaka, kat sini lagi better. Kan?

Dulu, kalau aku ke Cherating, aku akan stay di The Legend, but hari tu sebelum pegi aku try usha Impiana Cherating. Ada offer bilik yang mengadap laut… harga pun okay dan termasuk breakfast, so aku terus book untuk 2 malam.

Boleh dikatakan kebanyakan unit di sini mengadap laut.

So, bila sampai kat sini dan check-in.. woww.. not bad bilik dia. Sangat selesa dan yang penting, buka pintu.. menderu-deru angin laut masuk. Kita suka!!!

Deluxe Sea View room.. very cozy!

Aku boleh katakan, kat sini memang privacy sikit jika dibandingkan dengan The Legend. Or maybe masa aku pergi sini adalah pada weekdays.. so takde lah orang sangat kan? But one thing yang aku suka kat sini, bilik yang aku stay ni better from The Legend. Legend tu macam usang sikit biliknya. Ye la hotel lama kan.. Tapi breakfast kat Legend sedap!! Hahaha..

Hotel lobby.
Lepak breakfast, lepak sini sambil menikmati angin laut.. perghh!!!
Swimming pool boleh tahan.. cuma tak terjun je hari tu.
Kedai Kopi Cafe, Impiana Cherating.
Buffet breakfast.

So, apa je yang nak buat kat Cherating ni? Aku kalau ke sini memang takde buat apa lah. Lepak kat bilik.. jalan-jalan tepi pantai. Memang datang totally untuk relaks kan…

Berangan!!!

Tapi, benda wajib yang akan aku buat kalau datang sini adalah pergi ke Kemaman untuk makan satar dan otak-otak. Sedap kot kat sini kalau nak banding kat tempat lain. Gerai favorite aku sudah semestinya Warung Otak-Otak Che Wan yang terletak di berhampiran dengan Pantai Teluk Mak Nik. Kalau dari Impiana Cherating ni lebih kurang dalam 9 minit drive. Bukan setakat makan je kat sini. Tapau skali bawa balik KL.

Satar, otak-otak dan pulut panggang.

Selain satar dan otak-otak, gerai ni juga menyediakan pais ikan, pulut panggang, nasi air, ikan/sotong celup tepung (this one kureng sikit), mee celup dan macam-macam lagi. Nasi air tu sedap gaks.. ke sebab hari tu aku lapar sangat? Haha..

Nasi air.

Pada malam harinya, aku keluar merayap untuk makan malam. Area-area Cherating ni je. Kalau Google, ada yang kata this one kedai makan sedap.. Intan Seafood. Aku aku pun try la pergi. Tak la jauh mana pun.. lebih kurang 10 minit dari Impiana ni. Kedai makannya tersorok sikit.. dekat tepi pantai. Menu yang dia offer agak banyak but aku just try Ketam Telur Masin, kailan ikan masin dan sotong goreng tepung. Rasanya… boleh laaaaa.. For me just biasa-biasa je. Aku expect sesedap Salted Egg Crab kat Hokkaido Titiwangsa tu.. Nan hado! Bedal je la kan.. rezeki katanya.

Intan Seafood, Cherating.
Dinner ~ Ketam Telur Masin, Sotong Goreng Tepung & Kailan Ikan Masin.

Anyway, sebelum balik hari tu ingat nak singgah Kopitiam Hai Peng kat Kemaman tu tapi cancel. Sebabnya perut dah kekenyangan breakfast kat hotel dan nak balik KL cepat. Mana la tau, kot-kot jem plak kat Karak tu nanti.

So, next time kalau datang lagi Cherating, boleh stay kat Impiana ni. Just love the place. Sangat tenang, redup dan sesuai untuk merehatkan diri.

Impiana Cherating Resort.
Tenang…. will come here again. =)

Till then.. happy weekend guys!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer