Sharing is caring

Ojstrica ~ this mountain in the Kamnik–Savinja Alps with a sharp, pyramid-shaped top features climbing routes.

Hari ni ialah hari ke-6 kami di Slovenia dan tengah hari ni kami akan bertolak ke Ljubljana. Tapi sebelum pergi ke sana, aku mengambil kesempatan pagi ni untuk mendaki ke viewing point, Ojstrica, untuk merakamkan panorama Lake Bled dari atas bukit ni.

Mula-mula aku plan macam nak ambil sunrise… tapi disebabkan tak berapa berani nak panjat bukit tu sorang-sorang dalam gelap.. so aku lupakan je niat murni tu. Jadinya, dalam jam 7 lebih camtu, baru aku ke sana. Dengan tak breakfast apa pun lagi (setakat makan sebiji pisang, air pun tak minum) aku gagahi jua langkahku demi untuk satu panorama khas buat korang! Hahahaa..

Suasana tenang di awal pagi

Anyway, jarak Ojstrica dari Sebanc Apartment ni lebih kurang 2 km. Dengan ketinggian 611 meter, kalau berjalan kaki lebih kurang 30-40 minit la. Kalau korang fit dan tak banyak berhenti ambil gambar mungkin lagi cepat dari tu. Aku sampai ke sini lebih kurang 40 minit. Semput setan nak sampai ke puncak tu!

Route ke Ojstrica dari Sebanc Apartment

Jalan kat bahagian bawah tu okay lagi. Kat pertengahan tu dah start berbatu-batu. Dengan aku pakai kasut ala-ala boot tu memang seksa juga nak berjalan. Aku pun bangang pi bawak satu kasut je. Patut bawa satu lagi sport shoes. Ni pegi bawa trench coat bagai tapi satu pun tak guna. That’s it! Next time kalau buat winter travel lagi.. aku bawak satu bubble jacket je. Malas dah nak acah-acah bergaya. Muka macam dulang jugak! Huh..

Laluan di pertengahan menuju ke Ojstrica

Few steps sebelum nak sampai ke puncak tu memang sedikit mencabar sebab laluan dia abit curam. Kena berhati-hati. Time aku daki ni ada sorang je auntie dengan anjing dia. Steady je naik. Dan bila aku sampai kat puncak tu, ada sorang lagi mamat Austria tengah buat drone shot. Dia dah sampai situ masa tengah gelap lagi untuk ambil sunrise.

Cerun kat bawah tu tinggi juga ya…

By the way. TAK RUGI OKAY PANJAT BUKIT NIH!!! Viewnya.. Masyallah memang cantik!!! Ko nampak jelas Bled Island di tengah-tengah tasik tu dengan snowcap mountains as a backdrop. Stunning gile! Terubat la juga kepenatan kau mendaki macam nak gile tu. Dan angin kat sini boleh tahan kuat. Menambahkan lagi kesejukan sedia ada.

Pemandangan indah Lake Bled dan persekitarannya

Aku kat sini dalam 30 minit macam tu. Lepak kat bangku yang ada kat situ sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah Ta’ala. Time tu baru kau rasa kerdilnya diri kau jika dibandingkan dengan segala nikmat yang Allah beri. Dan perkara-perkara macam ni yang selalu menginsafkan aku. And that’s one thing yang buatkan aku suka pergi travel melihat nature berbanding melihat kotaraya ciptaan manusia. Kau rasa diri kau dekat dengan Pencipta. And I believe that’s a part of ibadah too. Betul tak? Some people might think ibadah hanya tertumpu pada solat, zakat bla bla bla. But, for me bila kau melihat keindahan alam, lantas kau berfikir tentang kebesaran Tuhan… kau rasa apa yang kau ada kat dunia ni hanyalah sebesar zarah je.. in fact smaller than that.. ia mengajar kau erti tawadhu’ dan rendah diri. I dunno lah.. aku selalu fikir camtu bila dalam situasi sebegini.

Pemandangan indah Lake Bled diambil dari Ojstrica

Eh… terpanjang pulak bersyarah. Hahaha. Anyway, lepas puas lepak dan ambil gambar, aku turun balik ke bawah. Tu satu lagi azab yang menunggu. Mujur aku sorang je masa ni. So, kalau aku turun merangkak macam Ju On sekalipun, takde la malu sangat. Gayat hawau! Tapi time turun tu mulut kumat-kamit berdoa minta dipermudahkan. Kalau terjunam ke bawah tu.. memang aku sorang-sorang je la kat situ.

Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan turun ke bawah. And on the way tu, terserempak dengan seekor rusa atau kijang. Aku pun tak sure. Mujur bukan beruang. Kalau tak, mampus juga nak berlari nanti.

Nasib bukan beruang atau babi hutan!

On the way balik tu, aku sempat snap few photos panorama di tasik ni. Sedih rasanya nak meninggalkan Lake Bled ni. Cantik sangat pemandangan kat sini. Mesti aku teringat-ingat bila balik nanti. Tapi aku dah cakap dengan Syai dan Syahiran, ada rezeki kami tak kisah kalau datang ke sini lagi.

Tenang dan mendamaikan… Lake Bled

Sampai kat bilik, lepas breakfast dan pack semua barang, kami serahkan kunci dan ucapkan selamat tinggal kepada Maja, owner apartment ni. Driver kami sampai pun tepat pada waktunya dan mamat ni sebenarnya childhood friend si Marko, the one yang ambil kami di airport hari tu. Tu pun dia yang bagitau sebab dia dok berborak dengan Marko. What a small world!

Bye-bye Marche..

Masa bergerak ke Ljubljana, banyak kenderaan masuk menuju ke Lake Bled. Macam yang diorang cakap lah, Lake Bled ni banyak dikunjungi oleh orang luar time weekend. Berpusu-pusu diorang ke sini untuk beriadah dan merehatkan diri. Kalau weekdays tu kurang sikit. Lagi-lagilah time winter. Sunyi sepi!

Anyway, lebih kurang 40 minit perjalanan, kami sampai di Skyscraper Apartment, Ljubljana. Sampai ke kat depan bangunan tu, kawan Spela (the owner) dah siap menunggu untuk serahkan kunci. Apartment yang kami booked terletak di tingkat 3 bangunan Skyscraper ni.

Melangkah je masuk ke apartment ni, kami tertarik dengan hiasan dalamannya. Besar sedikit dari Sebanc, apartment ni menampilkan kemasan warna putih dan kelabu.. which is aku suka. Apartment tour aku dah muatkan dalam video Youtube kat atas tu.

Ruang utama di apartment ni

Selepas letak barang-barang semua, kami terus ke luar ke town untuk lunch. Aku ajak diorang pergi ke Abi Falafel, restoran makanan Arab yang terletak lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari apartment ni.

Ni dia Abi Falafel

Di Abi Falafel ni terdapat banyak pilihan menu. Ada set falafel, ayam, kebab dan lain-lain. Korang boleh pilih mengikut citarasa. Untuk lunch, aku pilih chicken strips yang didatangkan sekali dengan salad. Boleh tahan besar portionnya. Aku terpaksa minta Syai dan Syahiran tolong makan sekali sebab aku tak larat nak habiskan sorang-sorang. Syai pulak pilih set falafel dengan kentang gorengnya yang sedap tu. Syahiran pula dok bedal chicken kebab.

Set chicken strips di Abi Falafel, Ljubljana

Dah habis makan, kami merayap menuju ke tepi sungai untuk usha kat mana nak naik river cruise later. Jalan punya jalan, rupanya kat Butcher’s Bridge tu ada 2 orang dok jual tiket river cruise ni. Tempat naik bot ni terletak kat bawah jambatan ni. Harga untuk seorang ialah €10. Minuman ringan ada disediakan kalau korang nak. Coke semua tu free je. Yang nak togak beer tu boleh order. Mamat yang bawa boat ni boleh tolong belikan kat kedai area sini.

Pemandangan di Ljubljanica
Boat tour €10

Cruise ni mengambil masa selama 45 minit menyusuri Ljubljanica, sungai yang terletak di tengah-tengah ibukota ni. Pemandangan di kiri kanan sungai sangat cantik dengan facade bangunan yang pelbagai. Kalau korang naik ni, korang boleh nampak banyak cafe-cafe yang terdapat di sepanjang sungai ni. Best woo lepak cafe tepi sungai sambil menghirup udara segar. Sungainya dah la bersih. Kalau korang sampai sebelah hujung sungai sebelum bot ni buat u-turn, korang boleh saksikan beberapa ekor memerang dok mengutip kayu-kayu kecil.

Antara view di sepanjang sungai ni

Kalau korang ke Ljubljana ni, river cruise is a MUST! Rugi kalau tak naik sebab korang dapat saksikan bandar ni dari sudut yang berbeza.

Di kotaraya ni terdapat 3 jambatan yang utama; Tromostovje (Triple Bridge), Mesarski most (Butcher’s Bridge a.k.a Lovelock bridge or glass bridge) dan Dragon Bride (a.k.a mother-in-law bridge).

Triple Bridge.. kelihatan Ljubljana Castle di atas bukit sana
Pemandangan di atas Butcher’s Bridge

Triple Bridge tu terletak di bahagian tengah bandaraya di hadapan Pink Church. Butcher’s Bridge tu terdapat banyak padlock cinta yang diletakkan oleh pasangan bercinta ala-ala macam kat Namsan Tower tu. Dan Dragon Bridge yang famous dengan legendanya tu. Buat pengetahuan korang, Ljubljana ni juga dikenali sebab Dragon City dan dragon merupakan ikon kotaraya ni.

Dragon Bridge dengan icon kotaraya ni iaitu naga

Selesai berjalan-jalan di sekitar area ni, Syai dan Syahiran pergi mencari shisha. Diorang kalau tak pekena shisha memang tak boleh! Gigih mencari.. mujurlah ada. Dalam 10 minit je dari Skyscraper tu.

Hadouta Shisha Lounge ni terletak di slightly opposite train station. Diusahakan oleh warga Egypt yang lama berbelas tahun tinggal di Ljubljana ni. Harga mixed shisha kat sini ialah €20. Sekali sedut terbang RM90 duit kau! Hahaha. Mujur la aku bukan penggemar shisha. Masa diorang lepak bershisha, aku decided untuk balik ke apartment. Tak sabar nak mandi air panas waktu sejuk-sejuk camni. Hahaha.

Jumpa shisha muka ata sunyummm..

So, itulah aktiviti hari pertama kami di Ljubljana. Esok kami akan ke Trieste, Italy. Day trip sajo. Tiket diorang dah belikan masa balik dari shisha tadi.

Good night Ljubljana. See you tomorrow Trieste!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.