Sharing is caring

Happy 8 Retreat @Kuala Sepetang

Post kali ni ialah sambungan daripada road trip kami ke Espek Ecopark yang terletak di Sungai Slim, Perak. Selepas check-out dari Espek kami meneruskan perjalanan ke Kuala Sepetang atau Port Weld yang terletak bahagian lebih utara di Perak. Agenda utamanya ialah nak pekena mee udang yang terkenal di kawasan tu.

Di Kuala Sepetang, aku memilih untuk bermalam di Happy 8 Retreat yang terletak betul-betul di muara Sungai Sepetang. Specifically di Kampung Sepetang. Aku sengaja booked hotel ni sebab locationnya di tepi sungai, so at least ada la sikit view. Ia terletak di perkampungan nelayan.

Konsep hotel ni agak menarik dengan hiasan yang unik dan lukisan mural yang menarik. Bilik yang kami stay ni pun agak besar, boleh memuatkan maksimum 6 orang dengan katil king di bahagian bawah dan bunk bed di atasnya. Yang penting ada balkoni yang mengadap pemandangan muara sungai. Cumanya masa kami stay ni, sunsetnya agak sendu.

Hotel ni turut mempunyai kafe yang menghidangkan beberapa makanan ringan serta minuman. So, kalau korang nak light snacking kat sini boleh la. Antaranya sandwich, nachos, dumplings, nugget dan sebagainya. Kalau nak makanan yang lebih berat kena makan kat luar. Kami setakat breakfast dan minum petang je kat sini.

D’Port Ikan Bakar Seafood

Malamnya kami keluar merayap ke D’Port Ikan Bakar Seafood Kuala Sepetang yang terletak tidak jauh dari hotel ni. Merayap la dalam suasana malam yang sunyi sebab malam kat sini takde apa pun aktiviti. Macam pekan mati. Aku teringin nak makan “udang lipan” yang katanya ada kat area sini, tapi kedai yang kami pergi ni takde.

Anyway, makanan yang kami order ni pun sedap rasanya dan harganya pun not bad. Kami order ikan siakap bakar, sambal sotong, sotong goreng tepung dan sayur goreng.

Port Weld River Cruise & Eagle Sight-Seeing

Keesokkan harinya pula selepas breakfast, kami pi buat river cruise dengan harga RM 25 seorang. Memandangkan kami di sini pada hari Isnin, so takde la crowded sangat. Antara aktiviti yang termasuk dalam package ni ialah menelusuri Sungai Sepetang melihat hutan paya bakau, eagle sightseeing dan kalau bernasib baik dapatlah melihat ikan dolphin pink di kawasan muara sungai ni. Tapi kami tak nampak pun ikan dolphinnya tu. Takde rezeki.

Untuk aktiviti eagle sightseeing/feeding pula, boleh tahan banyak juga burung helangnya. Spesis yang berwarna perang dan putih tu macam di Langkawi.

Mee Udang Mak Jah @Kuala Sepetang

Selesai aktiviti river cruise ni dan check-out hotel, kami bertolak balik ke KL. Tapi sebelum tu sempat dulu singgah di Mee Udang Mak Jah yang terkenal tu. Sebelum ni, kalau ke Kuala Sepetang, kami selalu singgah di Mee Udang Mak Teh. This is tukar angin sikit. Mee udang Mak Jah ni pun sedap juga. Udangnya fresh dan kenyal. Selain mee udang, kami order juga sambal tumis udang.

Di kedai-kedai sekitar hotel tu diorang banyak jual produk seperti ikan bilis, udang kering, ikan masin dan sebagainya. Aku beli sebungkus ikan masin yang nipis tu. Apa entah namanya. Sedap tu kalau digoreng, makan dengan nasi panas, ulam dan sambal belacan. Hehehe..

Ansari Famous Cendol @Taiping

So, selesai menikmati mee udang, kami menghala ke arah Taiping dan singgah lagi di Ansari Cendol. Macam dah satu kewajipan kalau pi Taiping, mesti kami singgah sini. Menunya seperti biasalah, cendol dengan rojak.

Taman Tasik Taiping

And then, last sekali destinasi persinggahan kami di Taiping ni, mana lagi kalau bukan Taman Tasik Taiping. Rehat seketika menikmati pemandangan indah di sini sebelum bergerak pulang.

Selesai rehat dan mengambil gambar, posing sana-sini, kami sambung balik perjalanan pulang ke KL. Tak lalu ikut highway pun. Ikut jalan kampung sebab macam nak menyinggah last kat Sekinchan lupa lepas ni. See ya in the post!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.