Sharing is caring


Hello semua! I’m in Hanoi now. So, untuk post kali ni aku akan share tentang budget, itinerary dan pengalaman selama aku bercuti kat sini. Kenapa aku pilih Hanoi? Hanoi semestinya ada dalam bucket list travel aku sejak aku melihat pemandangan indah Halong Bay tu. Aku rasa 2 tahun lepas aku ada involve dengan content development berkaitan dengan Halong Bay ni, so dalam hati one day aku akan plan juga nak ke sini. Alhamdulillah, sempena birthday ke-41 ni, hajat aku nak ke sini tercapai. Trip ke Hanoi ni pun adalah 2nd trip aku secara solo. Memula berdebar juga nak pergi. Tapi syukur pada Allah, semuanya berjalan lancar.

Tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Semoga tercapai target aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti. Hehehe…

Hanoi merupakan ibu negara Vietnam yang terletak di utara Ho Chi Minh City (HCMC) atau juga dikenali sebagai Saigon. Walaupun ia adalah ibu negara, tapi populasi di Hanoi adalah kurang berbanding dengan HCMC.

Aku ke sini dari 28 September hingga 2 Oktober 2019 dan cuaca ketika ni dalam peralihan antara musim panas ke autumn. Still panas dan humidity sangat tinggi. Memang berpeluh-peluh dan berlekit ya. On the bright side, terbakar la juga lemak-lemak tepu masa berjalan kaki tu!

Flight Ticket

Flight ticket semestinya menggunakan AirAsia, yang berharga RM 768.80 termasuk dengan harga tiket pergi-balik, insurans, luggage, pilih seat dan pre-booked meal.

Visa

Untungnya sebagai warganegara Malaysia, kita tidak memerlukan visa untuk masuk ke Vietnam untuk tempoh tinggal selama 30 hari.

Matawang

Vietnam menggunakan matawang Dong iaitu dengan kadar pertukaran VND 1000 = RM 0.187 (pada September 2019). Selain Dong, matawang USD pun banyak digunakan. Korang boleh pilih nak tukar kepada Dong atau USD. Macam aku, aku tukar je semua dengan Dong, kecuali hanya USD 10 je aku tukar untuk digunakan bagi memberi tips (this is optional anyway).

Sim card dan internet access

Aku penggunaan simcard dari Viettel dengan harga VND 200,000 (RM 37.40). Pakej ni adalah untuk unlimited data tapi no phone call. Aku tak ingat la dia cakap untuk berapa lama tapi sepanjang 5 hari aku stay okay je takde gangguan.

Qiblat dan waktu solat

Kedudukan qiblat di Hanoi ni adalah pada 283.56°. Waktu solat di Hanoi boleh didapati di sini.

Budget

Berikut adalah budget aku secara kasar untuk trip ke Hanoi ni selama 5 hari 4 malam ni:

1. Return Flight
  • KUL-HAN: 6.10 am – 8.25 am (+3 hours 15 mins)
  • HAN-KUL: 3.30 pm – 7.50 pm (+3 hours 20 mins)
  • Baggage 20kg (KUL-HAN) & 25kg (HAN-KUL)
  • Insurance
  • Pick a seat
  • Pre-booked meal x 2

RM 768.80


2. Accommodation
Hanoi Little Town Hotel (double/twin room) x 4 nights

RM 354.22


3. Transportation

  • Airport – hotel: VND 470,000 = RM 87.90*
  • Hotel – airport: VND 300,000 = RM 56.10*
  • Misc (Grab car & Grab bike): VND 97,000 = RM 18.06
  • Klook.com ~ Halong Bay 1 Day Tour = RM 150.00

*Korang boleh jimat lagi kalau ambil Grabcar atau bas

RM 312.06


4. Meal

  • Estimated RM100.00 per day x 5 days

RM 500.00


5. Entrance fee:

  • Thang Long Imperial Citadel: VND 30,000 = RM 5.60
  • Temple of Literature: VND 30,000 = RM 5.60
  • Temple of Jade Mountain: VND 30,000 = RM 5.60
  • Thang Long Water Puppet Show: VND 200,000 = RM 37.40

RM 54.20


6. Other expenses

  • Simcard, tips

RM 79.40


TOTAL ESTIMATED COST per person (excluding shopping): RM 2,068.68
Note: Exchange rate VND 1000 = RM 0.187 as per September 2019


Actually, total perbelanjaan aku adalah sekitar RM 2,300.00 untuk this whole trip. Tiket flight, hotel dan Halong Bay tour tu aku dah settlekan awal. Aku cuma tukar RM 1,000++ (lebih kurang VND 5,490,000) untuk perbelanjaan di sini termasuklah airport pickup, makan, transporation, shopping dan lain-lain. Kalau korang pergi dengan berdua, sure akan lebih jimat sebab boleh share hotel dan transportation semua. Maybe boleh cecah RM 1,800.00 je untuk seorang sepanjang trip ni. Dan lagilah kalau korang ambil Grab Car atau naik bas pergi balik airport, sure boleh jimat lagi.+

Hotel

Untuk trip di Hanoi ni, aku memilih untuk stay di Hanoi Little Town Hotel di Old Quarter. Salah satu sebab utama kenapa aku memilih hotel ni adalah kerana ia terletak berhampiran dengan Al-Noor Mosque, satu-satunya masjid yang terdapat di Hanoi.

Aku memilih bilik double/twin room dengan total RM 354.22 untuk 4 malam. Asalnya RM 380 lebih tetapi sebab aku ada point Agoda dalam RM30++ camtu, so guna je lah. Biliknya dilengkapi dengan standard facilities seperti wifi, aircond, hot shower, safety box dan ada bath tub juga. Harga bilik ni bersekali dengan breakfast. Breakfast buffet depa simple je. Aku ambil roti, butter dan jem serta buah-buahan je. Cukup la buat alas perut kan?

Pilihan menu breakfast buffet yang ada. Okay la tu…

Anyway, staff kat sini pun semuanya sangat peramah dari front desk sampailah ke room service. Diorang pun sangat membantu uruskan pengangkutan aku dari airport ke hotel semua. Pendek kata, smoothlah segala urusan kat sini. Hotel ni juga menyediakan tour package yang korang boleh ambil kalau korang berminat. Nak pergi Halong Bay, Sapa atau mana-mana destinasi, mereka boleh arrangekan.

Makanan halal

Di Hanoi, terdapat beberapa restoran yang menyediakan makanan halal. Dan semestinya bila ada masjid di kawasan negara yang majoritinya bukan Islam, maka kebarangkalian nak dapat makanan halal tu agak mudah. Di sebelah Al-Noor Mosque ni pun sebenarnya ada sebuah restoran halal iaitu Zaynab Restaurant. Zaynab menyediakan pelbagai masakan ayam, daging, seafood, mee, kebab dan sebagainya. Kat sini, aku selalu order set nasi dengan udang yang berharga VND 110.000 (lebih kurang RM20.50) dan minuman sejuk yang berharga VND 35,000 (lebih kurang RM6.50). Takde la murah mana kan? Lebih kurang macam makan kat restoran di Malaysia juga. Apapun, yang penting halal.

Zaynab Restaurant terletak kat bahagian dalam pintu pada anak panah tu.
Uncle jual pho halal pun kat depan pintu tu.

Dan ada sorang uncle yang menjual pho halal betul-betul di sebelah pintu masjid ni juga. Harga semangkuk pho tu ialah VND 50,000… lebih kurang RM9.00 lah.

Selain di Zaynab ni, aku juga berkesempatan untuk mencuba hidangan di d’Lions Restaurant yang terletak di Cosiana Hotel, di kawasan French Quarter ni juga. Restoran ni menyajikan pelbagai masakan Malaysia, Singapore dan Vietnam. So.. kalau tekak korang mengidam nak makan nasi lemak, nasi goreng kampung ataupun nak pekena teh tarik, bolehlah berkunjung ke sini. Kebetulan masa aku makan kat sini tu hari Isnin, staff kat sini cakap setiap hari Isnin ada diskaun 50%!!! So memanglah menjimatkan!

Lagi satu, kalau korang malas nak keluar, boleh juga gunakan Grab Food untuk pesan makanan dari restoran yang ada kat sini. Masa balik Halong Bay tu, oleh kerana masa lunch tak berapa nak makan, so malam tu aku try order nasi briyani ayam di PK Spice Restaurant. Nikmat!!!

Itinerary

Itinerary aku adalah seperti berikut:

  • Day 1 (Saturday): Old Quarter & French Quarter, Hoan Kiem Lake
  • Day 2 (Sunday): Halong Bay
  • Day 3 (Monday): Free & easy ~ Old Quarter
  • Day 4 (Tuesday): Free & easy ~ West Lake & Old Quarter, Dong Xuan Market, Thang Long Water Puppet Show
  • Day 5 (Wednesday): Old Quarter

Aku banyak lepak kat area Old Quarter je. Since hotel aku ni terletak kat tengah-tengah kawasan ni, so aku boleh nak berjalan ke spot-spot pelancongan dengan berjalan kaki je especially kat area Hoan Kiem Lake ni. Malas nak berjalan sangat, aku lepak kat cafe je. Kat sini bersepah-sepah cafe. Macam kat Seoul pulak. Hahaha..

Old Quarter
Sana-sini kedai coffee

Actually, aku ada satu hari free kalau nak berjalan luar dari Hanoi (selain dari Halong Bay) iaitu ke Ninh Binh. Tapi disebabkan aku malassssss giler nak keluar, so aku cancel je that plan. Cuaca panas ni buat aku malas nak bergerak sangat. Anyway, Ninh Binh ni tak sejauh Halong Bay. Dalam sejam lebih je dari city. Tempat ni juga terkenal dengan sawah padi, sungai dan pemandangan bukit batu kapur ala-ala Halong Bay tu. Maybe next time lah.

Ninh Binh ~ Image by chiến nguyễn bá from Pixabay

City walking tours

City walking tours ni aku buat based on preference aku (mana tempat yang aku nak pergi) dan mengikut turutan. Maksudnya… takde la ko dah ke sini, then nak berpatah balik ke sana, pastu ke sinun plak. Dan ia berdasarkan dari kedudukan hotel yang aku stay iaitu di Hanoi Little Town Hotel.

Aku bahagikan route ni kepada 2 bahagian iaitu Old Quarter dan Hoan Kiem/French Quaret dan satu lagi di area West Lake/Ba Dinh.

Old Quarter, French Quarter/Hoan Kiem Lake area:
https://goo.gl/maps/mySmgjjKS8D36xn49


Ba Dinh & West Lake area:
https://goo.gl/maps/7a2szUKyvw7GDsst8

Walau bagaimanapun, korang ada option sama ada nak berjalan kaki sepenuhnya atau menaiki Grab Bike. In my case, dari hotel nak ke area West Lake tu, aku ambil Grab Bike je. Jimat masa dan tak penat berjalan. Harganyanya lebih kurang RM3.00 macam tu.

Selain tu, ada juga spot di West Lake tu yang aku skip macam Ho Chi Minh Museum, Mausoleum dan One Pillar Pagoda tu. Sebabnya masa tu ramai orang, ada route yang ditutup dan aku malas nak masuk ke dalam. Kat Old Quarter/French Quarter pun sama. Aku tak pi pun Prison Memorial dan Opera House. Long Biên Bridge pun aku skip juga.

So, tu je la aku nak share tentang introduction, itinerary dan budget untuk trip di Hanoi ni. Aku akan bahagikan post mengikut hari pertama hingga ke-5, so that takdelah panjang sangat korang nak baca.

Aku harap perkongsian ni bermanfaat kepada yang nak pergi ke Hanoi ni. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau komen, boleh je komen kat ruangan di bawah ni. Till then, selamat membaca dan menonton vlog travel kali ni. Thanks!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.