Hanoi 2019 (Day 1): Kuala Lumpur – Hanoi



Ini merupakan 2nd trip aku secara solo dan Hanoi dipilih kerana Halong Bay dah lama masuk dalam bucketlist aku. Aku sengaja pilih pada end of September, kiranya hadiah hari jadi untuk diri sendiri lah. Dan memandangkan flight aku adalah pada jam 6.00 pagi, maka aku tak berapa nak tidur sangat la pada malam tu. Lelap dalam sejam dua je memandangkan aku kena pergi ke airport pada jam 4.00 pagi. Tak berani nak tidur sangat sebab takut terlepas flight.

Aku sengaja pilih belah kanan sebab nak tengok sunrise. Love it!!!
Dah memasuki Vietnam dah masa ni kalau tak silap
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hanoi mengambil masa kira-kira 3 jam lebih. Alhamdulillah perjalanan dan urusan imigresen berjalan lancar. Bila keluar je entrance airport, mamat yang hantar aku ke hotel dah siap menunggu (walaupun berpinau juga aku cari dia dengan kadbod nama aku). Aku ingatkan kereta kecil je, ye la aku sorang je kot. Sekali dengan mini van yang boleh sumbat berapa belas orang dia guna untuk ambil aku. Hahahaha..

Memang ramai rombongan aku!
Sampai kat Hanoi Little Town Hotel, aku takleh nak check-in awal lagi sebabnya guest sedia ada belum lagi keluar. Yelah.. baru jam 10 lebih kot. Sementara menunggu tu, aku pergilah ke area Masjid Al-Noor untuk early lunch. Lapar hawau! (walaupun dalam flight aku dah bedal nasi lemak!). Restoran Zaynab masa tu tutup lagi. Yang ada uncle kat tepi masjid dok jual pho halal. So, makan je la. Semangkuk besar tu berharga VND50,000. Sedap hirup panas-panas.. tapi ye la lepas tu aku bermandi peluh macam apa. Hanoi panas gile kot masa ni.

Pho halal sebelah masjid
Dan Alhamdulillah, lepas makan dan balik ke hotel, aku dah boleh check-in awal sekitar jam 11.15 pagi. Bilik pun okay dengan katil besar, aircond sejuk dan hot shower yang berfungsi. Lega sangat sebab sekurangnya dapat menyejukkan diri dan yang penting, aku nak qadha tidur dulu sebelum keluar petang nanti.

Selesa ke idok???
Sekitar jam 5.20 petang, barulah aku keluar semula. Tu pun, aku pergi ke Zaynab Restaurant dulu untuk dinner. Aku order set nasi dengan lauk udang dan cendawan. Boleh tahan meriah udangnya, isinya kenyal dan fresh. Selesai makan dan dah terlanjur masuk maghrib, aku tak melepaskan peluang untuk solat kat Masjid Al-Noor. Habis solat, sempat juga berbual dengan imam masjid ni. Fasih berbahasa Melayu sebab pernah tinggal di Malaysia.

Udang dengan cendawan. Sodap!
Menunggu pak imam..
After that, aku terus ke area Hoan Kiem Lake. Jalan kaki je.Tak jauh mana pun. Ramai ya orang kat Hanoi ni. Dengan motorsikal bertali-arus.. ni kalau jenis jiwa tak kental, mesti korang takut nak melintas jalan kat sini. Tapi jangan risau.. lintas je. Diorang akan mengelak dan memberi laluan. Takdenya diorang nak langgar ko.

Hanoi Street at night
Di kawasan Hoan Kiem Lake
Pemandangan Temple of the Jade Mountain di tengah tasik
Aku tak pergi jauh pun malam ni sebabnya aku masih lagi penat dan nak balik bilik awal. Esok pepagi dah ada trip ke Halong Bay. Dan diorang pun dah email akan ambil awal sedikit kat hotel sekitar jam 7.45 pagi. Sampai kat bilik, aku masih sempat lagi mengedit video untuk perjalanan hari ni dan post kat Youtube. Gigih tak??? Hahahahaha..

Edit video la bosskur!
Apapun, kita berjumpa lagi dalam post seterusnya di Halong Bay. See ya!!!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Site Footer