Sharing is caring

👉 Book this tour via Klook.com

Aktiviti hari ke-2 di Hanoi ni ialah pergi ke Halong Bay. Aku book package ni di Malaysia lagi melalui Klook.com yang berharga RM150.00. Halong Bay terletak lebih kurang 170 km dari Hanoi dan perjalanan mengambil masa hampir 4 jam termasuk 30 minit berhenti rehat.

Akhirnya sampai di sini! Tipikal shot untuk solo traveler…

Hạ Long Bay has an area of around 1,553 km2 (600 sq mi), including 1,960–2,000 islets, most of which are limestone. The core of the bay has an area of 334 km2 (129 sq mi) with a high density of 775 islets. The limestone in this bay has gone through 500 million years of formation in different conditions and environments.

Ha Long dalam bahasa Vietnam bermaksud naga yang sedang turun (descending dragon). Ada la sejarahnya sebagaimana yang diterangkan oleh guide kami iaitu Mr. Harry.

Bas mengambil aku di hotel lebih kurang jam 7.45 pagi. Bagusnya stay di Old Quarter ni, diorang akan ambil kat hotel. Kalau korang stay di luar Old Quarter, kena pergi sendiri kat meeting point yang telah ditetapkan… dalam city ni juga.

Anyway, Harry sangat informatif dan kelakar juga. Banyak dia terangkan sejarah Hanoi dan Vietnam semasa 10-15 minit pertama dalam perjalanan. Selebihnya kami dok buat hal masing-masing. Ada yang tidur, berborak… dan aku, macam biasa memang tak boleh nak tidur. Dok menikmati pemandangan sepanjang perjalanan.

Mr. Harry, our guide
Sawah padi sepanjang perjalanan

On the way ke Halong Bay, kami singgah di pusat kraftangan dan cenderahati, Star Gems yang terletak di Hai Duong Province. Kami berhenti berehat lebih kurang 30 minit. Selepas keringkan “tangki” boleh la usha-usha kraftangan kat sini. Dekat sini ada bengkel membuat lukisan menggunakan kaedah jahitan tangan. Memang halus dan detail kerja mereka. That’s why harganya mahal bila dijual. Lama kot nak menyiapkan, lagi la kalau jenis artwork yang besar gedabak tu.

Nota: Korang tak dibenarkan untuk ambil gambar artwork kat dalam ni Cuma boleh snap part kakak-kakak tengah menjahit tu je. Aku dah selamat snap 2-3 artwork baru ditegur. Hahahahaha…

Kami sampai di Tuan Chau International Marina sekitar jam 12.00 tengahari. Selepas Harry mendapatkan tiket untuk kami, kami terus pergi ke bot yang berkenaan. Dan after abit of briefing semua, kami dijamukan dengan hidangan tengahari. Since aku dah mentioned masa booking tu request untuk seafood/no meat or vegetarian lunch, so adalah hidangan seafoodnya. So aku just ambil sikit ikan, udang, nasi, salad dan sedikit kentang goreng. Tawakkal je la. Ayam pancung tu setakat jeling je. Hahaha..

Nota: Untuk menaiki bot, anda tidak dibenarkan membawa air di dalam botol plastik. Kena buang atau tinggalkan dalam bas. Pengharaman botol plastik ni adalah untuk memelihara alam sekitar di Halong Bay. Korang boleh beli air dalam botol kaca dan tin di atas bot.

Pemandangan kat sini memang superb! Aku pernah berangan untuk ambil package bermalam atas bot kat sini tapi belum ada rezeki lagi. Maybe next trip. Cumanya masa aku datang ni, cuaca memang panas gile. Tapi yang penting, tak hujan! Syukur sangat-sangat. So, sepanjang perjalanan menuju ke lokasi untuk menaiki bamboo boat tu, aku just lepak kat deck atas boat ni dan mengambil video dan gambar. Bila rasa dah macam nak rentung tu, aku masuk balik kat dalam untuk menyejukkan diri.

Setelah menaiki bot, kami dibawa pula menaiki bamboo boat untuk melawat 2 daripada 3 caves yang terdapat di kawasan ni. Actually korang ada pilihan sama ada nak mendayung kayak sendiri atau menaiki bamboo boat. Aku pilih bamboo boat je sebab malas nak mendayung bagai tengah-tengah panas ni.

Tips: Sediakan USD2.00 tips untuk pendayung. Atau dalam VND pun boleh. Kalau korang bagi dalam Ringgit ke nanti dia banyak soal tanya baper nilai korang bagi tu. Bagi USD confirm dia happy! Bagi la sikit.. jangan kedekut. Kesian makcik-makcik tua tu mendayung boat tu.

Selesai bab menaiki bamboo boat ni, kami naik semula ke bot dan menuju ke jeti untuk melihat Thien Cung Cave. Gua ni terletak pada ketinggian 20 meter dan nak menaik ke atas ni kena mendaki 100 anak tangga. Nak turun pula nanti, kena menuruni 200 anak tangga pula. Pemandangan dalam gua ni memang cantik (tapi aku rasa lagi cantik Gua Tempurung kat Perak tu). Macam-macam bentuk stalagtit dan stalagmit ada. Ada bentuk lelaki tengah mengusha perempuan tak berbaju la, kissing couple la, bentuk kuda, bayi dan macam-macam lagi. Conclusion aku, orang dulu-dulu yang membayang benda-benda ni mesti jenis horny sebab tengok batu pun boleh bayang macam-macam! Tinggi nau imaginasi! Hahahaha..

Selesai melawat gua ni, kami pun dibawa naik semula ke atas boat untuk kembali ke marina. On the way balik tu, di atas boat, kami disajikan dengan buah-buahan. Air korang kena beli la kalau haus sangat. Kat atas boat ni pun depa dok jual perhiasan/barang kemas yang dibuat daripada mutiara. By the way, Halong Bay ni juga terkenal sebagai kawasan penternakan mutiara di Vietnam ni. Harganya aku tak sure mahal ke murah… sebab tak berminat nak beli, so aku malas nak bertanya. Satgi tanya… banyak pulak soal jawabnya kan? Baik diam. Hehehe..

Kami sampai semula di Hanoi sekitar jam 8.00 malam. On the way balik tu pun ada berhenti rehat dalam 30 minit camtu. Tempatnya macam biasa lah, ada jual cenderamata bagai. Aku tak beli lagi sebab memang dah set dalam kepala akan beli kat Dong Xuan Market kat belakang hotel tu je.

So… begitulah serba sedikit catatan aku untuk hari kedua di Halong Bay ni. Untuk korang yang hendak bercuti ke Hanoi, kena masukkan Halong Bay ni dalam list korang sebab tempat ni memang cantik! Kalau dapat bermalam kat area ni memang bonus lah. Dapat tengok sunrise dan sunset.

Till then, berjumpa kat post seterusnya. Terima kasih kerana sudi membaca. Tata!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.