Sharing is caring





Hello semua! Bertemu lagi dalam latest travel blog aku bagi tahun 2023 ni bersempena dengan birthday aku ke-45! So, tahun ini, aku ke Hanoi lagi sekali sama seperti tahun lepas. Cuma yang membezakannya ialah kali ini aku bercuti di Sapa yang terletak di utara Vietnam. Memandangkan tiada direct flight ke Sapa, maka pelawat perlu ke Hanoi sebelum menaiki transportation lain untuk ke Sapa, sama ada memandu, menaiki bas, van, keretapi dan sebagainya. Dan aku pula memilih untuk ke Sapa dengan menaiki bas.

Tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Semoga tercapai target aku untuk 20,000 subscribers pada tahun 2023 ni. Hehehe…

Oh, by the way, kenapa Sapa ya? Actually Sapa memang antara destinasi yang ada dalam bucket list aku bagi negara Vietnam selain daripada Da Lat, Da Nang, Hoi An dan lain-lain. Tapi memandangkan pada tahun lepas aku teringat taufan Noru yang melanda Da Nang dan Hoi An beberapa hari sebelum trip aku ke Hanoi pada bulan September tu, jadi aku elakkan daripada berkunjung ke tempat-tempat ini. Lagi pun bila aku check Accuweather, cuacanya hampir setiap hari hujan, so lagi la tak menarik. Sapa slightly better sebab ia jauh lagi ke utara. Tetapi bab-bab cuaca sekarang ni unpredictable. Kita tawakkal je la kan.

Sapa terletak di wilayah Lao Chai di utara Vietnam dan bersempadan dengan negara China. Ia mempunyai bentuk muka bumi bergunung-ganang dan terkenal dengan cuaca yang nyaman dan dingin serta pemandangan indah teres-teres padi bukitnya. Selain itu, antara fakta yang menarik tentang Sapa ini ialah di salah satu tempat di Asia Tenggara yang mempunyai salji pada musim sejuk iaitu sekitar bulan Januari, terutamanya di kawasan Fansipan. Tetapi ia juga bergantung pada cuaca di Vietnam pada tahun tersebut. Kalau nasib korang baik, mungkin dapatlah experience snow tu. So, kalau korang teringin nak berwinter vacation di dalam Asia Tenggara, boleh la ke sini.

Okay, cukuplah introduction tu. So, aku kongsikan serba-sedikit tentang trip aku ke Hanoi dan Sapa di bawah ni. Selamat membaca!

Budget

Return flight KUL-HAN via AirAsia
Including: luggage: KUL-HAN (20 kg) / HAN-KUL (25 kg), meal (return trip), pick a seat (return) & insurance
895.00
Hanoi – Sapa transfer (return trip):
Hanoi to Sapa by Private Double Cabin Bus – USD 44
260.00
Hanoi (Old Quarter) – Airport transfer:
Hotel to airport (Grab Car) – VND 361,000
71.00
Noi Bai Airport Accommodation:
VATC SleepPod @Terminal 2 Noi Bai Airport
Single Room x 3 hours – VND 561,330
110.50
Sapa Accommodation:
Dang Khoa Garden Inn
Family Room (garden view) with breakfast x 1 night
76.00*
Sapa Accommodation:
Silk Path Grand Resort & Spa
Classic Room with Mountain View (free upgrade) with breakfast x 3 nights
1,598.00
Hanoi Accommodation:
Hanoi Little Town Hotel (Old Quarter)
Superior Double or Twin Room with breakfast x 1 night
125.00*
Fansipan Legend (return ticket)
Including funicular – cable car – funicular to summit
VND 1,220,000
236.50
Makan, sim card, shopping, transportation, etc
Simcard: Viefone Tourist Sim card 4G/5G (Internet only), 6GB per day internet access: VND 280,000 = MYR 54
1,078.00**
Estimated total MYR 4,450.00
*including a 3% credit card surcharge
** detail perbelanjaan aku letakkan dalam box pada penghujung setiap aktiviti harian.

Transportation

Hanoi – Sapa Transfer via Luxury Tour Vietnam

πŸ“https://luxurytourvn.com/cars/16

  • Aku booked bas ni secara online melalui website di atas dan berurusan dengan Tony menggunakan Whatsapp. Mudah dan cepat.
  • Selepas bayaran dibuat secara online, Tony terus mengeluarkan tiket. Kalau ada pertukaran waktu, boleh maklumkan terlebih dahulu sebelum tiba masa perjalanan. Ikut terma dan syarat.
  • Mereka akan pickup di hotel atau airport di Hanoi dan menghantar ke hotel di Sapa dan sebaliknya.
  • Dari Sapa ke Hanoi, kita boleh memilih untuk dihantar sama ada di Noi Bai Airport atau di Old Quarter dan sebagainya. Bagi yang turun di Old Quarter, kita akan diturunkan di perhentian di jalan besar sebab bas tak muat nak memasuki jalan-jalan kecil di Old Quarter. So, dari sini nak ke hotel, aku ambil Grab sahaja. Tak jauh mana pun. Tambang Grab dalam MYR 7.50, bergantung pada lokasi hotel.
  • Anyway, tempat duduk bas sangat selesa. Air mineral, bantal dan selimut disediakan. Ada kemudahan entertainment dan tempat mengecas telefon.
  • Nak naik bas ni kena tanggalkan kasut. Plastik diberikan untuk menyimpan kasut. Dan apabila tiba di kawasan rehat, selipar disediakan untuk kita keluar dari bas, pergi ke tandas atau membeli makanan atau minuman.
  • Perjalanan dari Hanoi ke Sapa mengambil masa lebih kurang 5 jam. Bas akan berhenti 2 kali di sepanjang perjalanan untuk rehat.
  • Aku nasihatkan kalau korang nak naik bas, belilah apa yang patut sebagai bekalan sebab di kawasan rehat tu aku tak jumpa makanan halal yang boleh dimakan. Cuma yang aku jumpa kekacang dan kerepek keledek. Kalau perut korang larat nak makan tu je, okay lah.

Hotel

VATC SleepPod @Terminal 2 (Noi Bai Airport)

πŸ“https://shorturl.at/AIKW9

  • SleepPod ni terletak di dalam Terminal 2, Noi Bai International Airport.
  • Aku memilih untuk berehat seketika di sini selama 3 jam memandangkan aku terpaksa menunggu hampir 7 jam untuk bas ke Sapa. So, bilik yang ada ketika itu hanya untuk 3 jam, so kira okaylah. At least aku boleh rest seketika dan ada space untuk menunai solat jamak Zohor dan Asar. Aku tak sure kalau kat Noi Bai Airport tu ada prayer room.
  • SleepPod ni mempunyai access card, katil yang selesa dilengkapi bantal dan selimut, aircond, kipas, TV kecil, makanan ringan dan air mineral.
  • Bilik air terletak berasingan. Basically airport punya toilet la. Kalau korang nak buang air atau shower, kena berjalan keluar. Tak jauh pun. Toilet terletak opposite SleepPod ni.
  • Harga bagi penggunaan SleepPod Single Room selama 3 jam ialah sebanyak VND 561,330 iaitu sekitar MYR 110.
Dang Khoa Garden Inn (Sapa Town)

πŸ“https://shorturl.at/bnV37

  • Terletak berhadapan dengan tasik dan di tengah-tengah town. Cafe bersepah kat sini tapi nak ke restoran halal kena berjalan dalam 10-15 minit juga.
  • Aku booked family room dengan breakfast dengan harga MYR 76. Bilik ni boleh memuatkan 4 orang.
  • Hotel ni banyak gila anak tangga. Jenuh juga nak naik dari reception ke bilik. Okay la tu, exercise sikit!
  • Persekitaran not bad. Penuh dengan pokok-pokok bunga. Sejuk mata memandang.
  • Facilities so-so je lah. Jangan nak expect perfect sebab ni hotel bajet je. Sesuai dengan harga. So long aircond, water heater berfungsi kira okay la bagi aku sebab aku stay semalam je kat sini memandangkan aku sampai Sapa agak lewat juga.
  • Breakfast basic je. Ada 2 pilihan; roti dengan telur atau pancake dengan pisang. Air kopi dan teh.
Silk Path Grand Resort & Spa (Sapa)

πŸ“https://goo.gl/maps/aVH6ASXeLvTqThAV8

  • Aku booked di Booking.com dan dapat free upgrade ke classic room with mountain view bersekali dengan breakfast buffet.
  • View mountain tak berapa nak kelihatan sebab terlalu berkabus dan hujan. Sedih acik kau! Tapi yang aku suka suasananya sejuk dan nyaman. Tetapi, Alhamdulillah, second last day tu cuaca agak elok dan dapatlah aku saksikan pemandangan indah gunung dengan awan dan kabus di hadapan mata.
  • Landskap hotel ni sangat cantik. Banyak pokok bunga ros dan bunga-bunga yang lain. Cherry blossom pun ada. Kalau korang datang time spring, mungkin ada rezeki nak tengok cherry blossom tu.
  • Servis sini antara yang terbaik. Staff very friendly dan helpful. Depa pun bagi surprised birthday cake kat aku sebab birthday aku jatuh pada hari aku menginap kat sini. Oh, masa sampai pun depa bagi complimentary fruits dan chocolate kat bilik.
  • Banyak facilities kat sini. Swimming pool, gym, karaoke, spa dan lain-lain. Hotel ni luas. Pendek kata, kalau korang terperap kat hotel, takde la bosan sangat.
  • And in my case, mujur la aku booked kat sini sebab cuaca tak berapa nak menyebelahi aku kali ni. Hujan setiap hari. Nak pi town pun malas.
  • Shuttle buggy ke town disediakan secara percuma oleh pihak hotel setiap satu jam. Cuma kena book je lah dan ikut schedule yang ditetapkan.
  • Untuk breakfast buffet pula, pilihan makanannya banyak tapi bukan semua boleh dimakan. As a Muslim, the only food yang aku ambil ialah roti, sayur-sayuran, buah-buahan, fruit juice, telur rebus dan coffee. Yang lain dari tu, lupakan sahaja lah untuk mencuba.
Hanoi Little Town Hotel (Old Quarter, Hanoi)

πŸ“https://bit.ly/3RIfzdC

  • Ini merupakan kali ke-3 aku stay di hotel ini setiap kali berkunjung ke Hanoi. Sebab utamanya ialah ia terletak berhampiran dengan Al-Noor Mosque, satu-satunya masjid yang terdapat di Hanoi. Makanan halal pun senang untuk didapati di sini antaranya Zaynab Restaurant dan yang terbaru, Himalaya Restaurant yang terletak sederet dengan masjid.
  • Hotel ini juga terletak di Old Quarter dan di sekitarnya terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Hendak berjalan kaki ke Hoan Kiem Lake pun tak jauh mana.
  • Cho Dong Xuan atau Dong Xuan Market terletak di belakang hotel. So, senang nak membeli cenderamata. Tapi aku selalu kat sini kopi Vietnam (G7 black coffee) dan kacang gajus je.
  • Anyway, hotel ni pun selesa, bersih, aircond dan water heater pun berfungsi dengan baik. Harga bilik termasuk dengan buffet breakfast. Lazimnya aku just ambil salad, roti dan buah-buahan je la dengan air kopinya yang hitam pekat melekat bak kata Tompel dalam filem Ahmad Albab!

Itinerary

Ini merupakan kali ke-4 aku bercuti di Vietnam dan 3 daripadanya aku ke Hanoi. So, untuk tahun ini, aku beralih angin sedikit menuju ke Sapa. Plan asalnya, bila sampai Hanoi, aku nak stay semalam kat sini dan keesokkan harinya aku bergerak ke Sapa. Tapi bila difikirkan balik, aku rasa macam rugi hari. So, might as well sampai je airport, aku terus bertolak ke Sapa. So, the next day tu, aku dah berada di bumi Sapa. Dan aku stay semalam je di Hanoi semasa last day nanti. Tetapi memandangkan slot bas ke Sapa pada waktu siang cuma ada pada jam 7 pagi dan 2 petang (selebihnya jam 10 malam dan 11.30 malam), maka aku terpaksalah menunggu beberapa jam di airport untuk menaiki bas pada jam 2 petang tu. Tu yang aku check-in SleepPod di Terminal 2 tu, untuk merehatkan diri selain menunaikan apa yang wajib.

So, basically, itinerary aku di Vietnam pada kali ini ialah seperti berikut:

Day 1: Kuala Lumpur – Hanoi – Sapa
Day 2 – Day 5: Sapa (termasuk trip ke Fansipan Legend)
Day 5: Sapa – Hanoi
Day 6: Hanoi – Kuala Lumpur

Aku memang sengaja memilih untuk stay di Sapa semalam 5 hari 4 malam, untuk menikmati pemandangan di sana… dengan harapan cuaca elok la walaupun bila check semula Accuweather beberapa sebelum pergi tu cuaca diramalkan hujan. In fact, sampai Sapa pun disambut dengan hujan. So, redha je la tak ke mana-mana. Tetapi Alhamdulillah, Allah makbulkan juga doa aku supaya at least ada satu hari yang cuacanya elok. Second last day tu Alhamdulillah tak hujan dan berkabus sangat. So, dapatlah aku menunaikan impian untuk menaiki ke puncak Gunung Fansipan tu. Walaupun sampai di sana kabusnya tebal, tapi kira okaylah sebab tak hujan.

Jadinya, di Sapa, aku hanya ke Fansipan dan berjalan di sekitar town je. Nak ke village semua aku malas sebab cuaca sendu dan tak cantik kalau aku nak ambil gambar. Mungkin aku kena pergi ke Sapa lagi sekali ketika musim spring kot. Maybe cuaca lebih elok time tu.

Apapun aku bersyukur sebab perancangan aku memilih untuk stay di Silk Path Grand Sapa tu memang berbaloi. Hotelnya best dengan persekitaran yang cantik membuatkan aku rasa okay je memerap kat hotel bila cuaca tak mengizinkan untuk keluar.

Di Hanoi pula, aku hanya stay semalam je and the next day tu, aku dah balik ke KL. Agak rugi juga sebenarnya sebab on the 29th September tu mereka menyambut Mid Autumn Festival dan bandar-bandar di Vietnam ni dihias cantik tengan lantern yang berwarna-warni. Aku sepatutnya stay semalam lagi, then baru balik KL. Tapi takpelah. Next time kena ingat, kalau korang travel ke Vietnam pada penghujung September ke awal Oktober, make sure Mid Autumn Festival dimasukkan dalam itinerary korang.

Dan di Hanoi pula aku tak pergi ke mana pun. Just beli coffee dan kacang gajus je di Dong Xuan Market yang terletak di belakang hotel aku.

Anyway, aku share kat sini some of the activities aku di Sapa dan Hanoi mengikut hari so that korang tahu apa yang aku buat dekat sini. #PembacaPerluTahu! Hahaha..

Day 1: Kuala Lumpur – Hanoi – Sapa

  • Flight aku ke Hanoi seawal jam 6.10 pagi. So, aku plan around 4.00 pagi nak bertolak ke airport sekali dengan officemate aku, Jay sebab flight dia ke Jakarta pada tarikh yang sama cuma waktu boardingnya lewat setengah jam dari aku. Agak mencabar juga nak ambil flight awal pagi ni jika Grab yang ditempah tu drivernya macam blur-blur. Sampai lewat, then cakap ke KLIA2, nak dihantarnya kita ke KLIA. Mujur aku sempat tegur sebelum dia terlepas simpang. Dah tu, sepatutnya diturunkan di departure, dia pi masuk parking, terkial2 nak nak bayar padahal ko ambil tiket dan keluar balik bukan kena caj pun. Pagi-pagi dah buat aku stress dan terkejar-kejar nak pi drop luggage. Nasib baik la sempat buat semua benda tu.
  • Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hanoi mengambil masa lebih kurang 3 jam 15 minit. Oh! Baru aku teringat kenapa aku booked tiket awal pagi. Sebab aku suka melihat pemandangan sunrise dari flight ni. Dan semestinyalah aku booked seat tepi tingkap di bahagian kanan pesawat.
  • Flight smooth je cuma somewhere in Saigon kot ada turbulence like 20 minutes camtu but not so bad lah. The worst yang aku pernah experience masa pi Bandung pada 2009 dulu. Macam rasa nak terjatuh je rasanya.
  • Alhamdulillah, aku selamat mendarat di Hanoi sekitar jam 9.30 pagi. So, perkara yang pertama aku buat ialah membeli sim card. Sim card last year dah tak boleh guna. Aku mengambil package di salah sebuah booth yang terdapat di luar arrival hall. Package untuk 7 hari kot dengan 6GB data per day yang berharga VND 280,000, lebih kurang MYR 54.
  • Dan kedai sim kad ni pun ada money exchange. So, aku pun tukar juga saki-baki duit Thai Baht dan Indonesian Rupiah yang terselit dalam wallet tu. Dapatlah dalam VND 410,000, lebih kurang MYR 78 camtu.
  • Memandangkan bas aku ke Sapa pada jam 3 petang, so aku ambil keputusan untuk berehat di SleepPod yang terdapat di Terminal 2 ni. Aku random je cari masa dok melepak kat cafe dalam airport ni sebab lama tu nak menunggu almost 6-7 jam. Ada slot 3 jam pun dah cukup bagi aku untuk rehat sebentar dan solat jamak. Terpaksalah solat duduk sebab ruangnya terlalu sempit untuk solat macam biasa. Ikut space yang ada, mau kau berkiblatkan Vatican City pulak. Hewhewheww..
  • Bas ke Sapa sampai almost on time. Perjalanan pun smooth, Alhamdulillah. Cuma sampai di Sapa je hujan agak lebat.
  • Kami diberhentikan dan berkumpul di office syarikat. Kemudian dihantar menggunakan buggy ke hotel masing-masing. Ngeri juga ya sebab bentuk muka buminya berbukit dan curam, dengan hari hujan dan jalan yang licin. At one point, masa menuruni bukit, aku rasa macam nak tersembam je ke depan. Mujurlah pemandunya professional.
  • Anyway, Sapa Town kelihatan meriah pada waktu malam dengan lampu yang berwarna-warni walaupun dalam hujan lebat.
  • Aku check-in hotel di Dang Khoa Garden Inn agak lewat sekitar jam 10.00 malam. Tu pun aku dah inform dengan hotel terlebih dahulu via Booking.com. Dengan hujannya, ditambah pula nak mendaki anak tangga menuju ke bilik, memang aku agak flat malam tu. Sampai bilik, mandi, solat terus tidur dalam kelaparan. Tidur lagi penting! Hahaha…

Day 1 Expenses
Cash:
  1. Sim card : VND 280,000 (MYR 54.30)
  2. Iced Americano @ Tealive Airport : VND 32,000 (MYR 6.20)
  3. Hot choc @ Tealive Airport : VND 51,000 (MYR 9.90)
  4. Mixed nuts @rest area: VND 155,000 (MYR 30)
  5. Sweet potatoes chips @rest area: VND 100,000 (MYR 19.40)
TOTAL : VND 618,000 (MYR 119.80)

Day 2: Sapa Town, Dang Khoa Garden Inn & Silk Path Grand

  • Hari kedua aku di bumi Sapa ini masih disambut dengan cuaca mendung dan hujan yang agak lebat sekali-sekala. So, aku takdan nak bersiar-siar di kawasan hotel di sini. Cuma aku dapat snap gambar tasik yang terletak di hadapan hotel ni je. Tu pun beberapa minit je. Lepas tu hujan.
  • Pemandangan di sini cantik sebenarnya kalau cuacanya elok. Dengan binaan yang ala-ala senibina di Europe, pemandangan tasik dan berlatar belakangkan gunung, sekali tengok mesti nampak macam di Europe.
  • Aku breakfast di kafe hotel je. Dah termasuk dengan harga bilik. Simple menu; pancake with banana dimakan bersama madu dan kopi panas.
  • Takde aktiviti pun. Lepas makan aku sambung tidur sehingga sampai masa untuk check-out.
  • Selepas check-out, sementara nak menunggu check-in time hotel yang satu lagi, aku lepak di cafe bersebelahan Dang Khoa ni, pekena coconut coffee. Mantap!!!
  • Dari Dang Khoa Garden Inn ni nak ke Silk Path Hotel, mula-mula aku try guna Grab. Susah ya nak mendapatnya. End up aku ambil teksi je dengan harga VND 50,000 iaitu sekitar MYR 9.00 lebih.
  • Aku tiba di Silk Path Grand Sapa Resort & Spa sekitar jam 12.40 tengahari dan Alhamdulillah sekitar jam 1.00 tengahari aku dibenarkan check-in sebab bilik available. Check-in process smooth je sebab payment semua aku dah settlekan via Booking.com. Bilik pun aku dapat yang free upgrade to Mountain View. Alhamdulillah, rezeki harijadi. Hehe…
  • Dari hotel main lobby, aku dihantar ke bilik dengan buggy disebabkan hari hujan. Tapi jarak lobi dengan wing bilik aku tak jauh pun.
  • Bilik memang besar dan selesa. View pun cantik tapi disebabkan hujan, so takdelah nampak pun gunung-ganang di hadapan.
  • Aku dapat complimentary fruits and chocolate. Birthday cake pun dapat juga walaupun birthday aku on the 30th. Tapi sebab 30 haribulan tu aku dah check-out, so depa bagi awal. Sweetkan? Cake siap dengan lilin dan mancis sekali diberinya. Jadi la celebrate dengan batang tripod dalam bilik. Sendu ke idok??? Hahahaha…

Day 2 Expenses
Cash:
  1. Iced coconut coffee : VND 55,000 (MYR 10.60)
  2. Taxi fare Dang Khao to Silk Path : VND 50,000 (MYR 9.70)
TOTAL : VND 105,000 (MYR 20.30)

Day 3: Silk Path Grand, Sapa Center & Sapa Halal Restaurant

  • Hujan masih turun lagi pada hari ketiga ni. So, aku takde apa plan sangat. Bergantung pada keadaan cuaca pada hari ni.
  • Buffet breakfast di Samu Restaurant di hotel ni. Breakfast bermula dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 pagi.
  • Pelbagai menu disediakan terdiri daripada hidangan Vietnam dan Western. Tapi, aku hanya mengambil buah-buahan, salad, telur rebus, roti, fruit juice dan coffee sahaja.
  • Selepas breakfast, aku berehat je kat bilik sementara menunggu cuaca elok sikit supaya aku boleh pergi ke town.
  • Sekitar jam 1.00 tengahari, aku ke town dengan menaiki hotel shuttle buggy. Tengahari tu aku sorang je booked pergi ke town. So, driver berhentikan di hadapan Sapa Center. Kiranya di situlah drop-off dan pick-up point untuk buggy ni.
  • Anyway, Sapa Center ni merupakan dataran yang terletak di tengah-tengah bandar Sapa. Di sekitarnya terdapat beberapa landmark yang terkenal di antaranya amphitheatre, Sun Plaza (Sapa Station), BB Hotel Sapa dan sebuah gereja iaitu Notre Dame Cathedral yang dibina oleh penjajah Perancis pada tahun 1895.
  • Aku tak merayap ke mana pun sebab tujuan utama aku ke town ni ialah untuk lunch di restoran halal yang terdapat di sini iaitu Sapa Halal Restaurant.
  • Restoran halal ni terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang berkunjung di sini. In fact, setiap kali aku makan di sini, mesti ada je orang Melayu sedang menjamu selera.
  • Kalau nak ke restoran ni kena mendaki sikit jalan yang berbukit. Tercungap-cungap la juga aku yang dah lama tak beriadah ni.
  • Terdapat banyak pilihan makanan di sini dan harganya pula bagi aku standard je macam restoran di Malaysia. Mungkin ada juga yang mahal sikit. Tengok pada menu yang korang pilih.
  • Untuk lunch hari ni, aku memilih daging rusa masak serai, kangkung goreng bawang putih, nasi putih dan teh ais. Total semuanya VND 310,000 iaitu sekitar MYR 60.10. Frankly, aku tak boleh nak differentiate rasa daging rusa tu. Aku rasa sama je macam daging lembu. Hahaha…
  • Selesai makan, masa menuruni bukit aku ternampak ada satu kedai urut kaki, namanya Rose apooo ntah, so aku singgahlah untuk urut kaki sebab kaki aku pun lenguh-lenguh bahana turun naik tangga kat first hotel hari tu. Sebelum tu, aku tanya dulu ada messeur lelaki tak sebab aku tak selesa diurut oleh wanita. Harammm uols! So, okay ada tapi kena tunggu la sikit dalam 10 minit. Tak kisahlah tu. So, bila mamat ni start urut kaki, aku suka sebab pressure dia kuat. End up, aku buat kaki sejam dan badan sejam. Okay puas hati. Total cost dalam VND 570,000, lebih kurang MYR 110.50. Quite cheap la berbanding Cyberjaya.
  • Selesai urut, aku cabut balik hotel dulu sebab tak jamak lagi. Dah solat nanti baru aku keluar semula. Nak tunggu shuttle hotel macam lambat, so aku ambil motor je. Mahal la juga VND 50,000 untuk perjalanan yang ciput tu je.
  • Sekitar jam 6.00 petang, aku keluar semula ke town untuk dinner dan merayap di sekitar Sapa Center tu. Aku dinner di restoran yang sama iaitu Sapa Halal Restaurant tapi malam ni aku order mee goreng dan kangkung goreng dengan total harga VND 220,000 (MYR 42.60).
  • Selesai makan, aku bersiar-siar di sekitar Sapa Center, bergambar di hadapan Sun Plaza @ Sapa Station yang tersergam indah di tengah-tengah Sapa Town. Memang ramai orang bergambar dan buat video kat sini. Post kat Tik Tok letteww… macam aku. Hahaha.
  • Aku tak berjalan jauh sangat sebab entah… macam malas. Aku menuruni jalan di hadapan BB Hotel Sapa tu sebab area tu meriah dengan lampu-lampu segala bagai. Snap few photos and then singgah this one cafe, pekena iced americano. Lepak sekejap di situ and then balik semula ke area amphitheatre tu menunggu shuttle balik ke hotel.
  • Cuaca okay la.. berkabus tetapi tak hujan. Kalau korang berjalan dengan travel partner mungkin seronok la kot nak ambil gambar semua. Tapi sebab aku dengan batang tripod ni je, jadi malas. Snap few photos and videos, and that’s it. Jadilah… janji ada gambar. Hehe.. Aku cuma berdoa supaya esok cuaca elok so that aku boleh ke Fansipan untuk menaiki cable car. Esok je ada masa sebab lusa aku dah balik ke Hanoi.

Day 3 Expenses
Cash:
  1. Lunch @ Sapa Halal Restaurant : VND 310,000 (MYR 60.10)
  2. Foot massage 1 hour : VND 250,000 (MYR 48.50)
  3. Body massage 1 hour : VND 320,000 (MYR 62.00)
  4. Bike ride town to Silk Path Hotel : VND 50,000 (MYR 9.70)
  5. Dinner @ Sapa Halal Restaurant : VND 220,000 (MYR 42.60)
  6. Iced americano : VND 50,000 (MYR 9.70)
TOTAL : VND 1,200,000 (MYR 232.60)

Day 4: Fansipan Legend & Sapa Town

  • ALHAMDULILLAH!!! Itu yang pertama sekali yang terkeluar dari mulut aku bila meninjau pemandangan di luar bilik masa bangun pagi. Gunung-ganang jelas kelihatan. So, bolehlah aku ke Fansipan pada hari ni.
  • Aku keluar breakfast awal seperti biasa. Well, Omaq tak pernah lewat untuk buffet breakfast ya. Awal-awal tak kalut. Orang pun tak ramai. Aku kan introvert! Hahaha. Anyway, pada hari ni agak ramai yang stay di sini. And guest what, there’s one group dari Malaysia baru checked-in semalam. Aunties and uncles dari church group dari Petaling Jaya. Sempat berkenalan dan berborak-borak di lobby sementara hendak menunggu buggy ke town.

Sun World Fansipan Legend is situated in the southwest of Sapa Town, and a premium compound of cultural tourist attractions, cable car service, amusement park and hotels in the breathtaking backdrop legends – the Fansipan

https://fansipanlegend.sunworld.vn/en
Sun World Fansipan Legend

πŸ“https://maps.app.goo.gl/Co8Gyn6kyu14JacAA

  • Pada awalnya, aku nak membeli tiket ni di Klook.com but then aku decided untuk beli secara walk-in sahaja di kaunter. Sebab utamanya aku takut kalau aku beli online nanti, kalau cuaca next day tu tak elok, dah tak best pulak nak berjalan. Alhamdulillah, hari ni cuaca kat Sapa agak elok, so aku pun terus pergi beli return ticket ke Fansipan Legend di kaunter yang terletak di Sapa Station @Sun Plaza Sapa.
  • Return ticket ke Fasipan Legend ni berharga VND 1,220,000 iaitu lebih kurang MYR 236.50. Ia merangkumi:
    Route 1: Sapa Station to Muong Hoa Station via monorail train (funicular)
    Route 2: Hoang Lien Station to Fansipan Station via cable car
    Route 3: Do Quyen Station to Fansipan Peak via train
  • Actually, korang boleh jimatkan lagi kos dengan berjalan kaki dari Fansipan Station ke atas cuma aku tak berapa sure route yang mana. Lagipun, aku tak larat nak mendaki. So better aku ambil je train. Jimat tenaga!
  • Senibina Sun Plaza dan suasana di Sapa Station ni kelihatan seperti suasana di Europe. Dan jika cuaca baik, kita boleh melihat pemandangan kampung-kampung serta teres-teres padi di sekitar bandar Sapa ni.
  • Perjalanan dari Hoang Lien Station menuju ke Fansipan Station dengan menaiki cable car ialah sekitar 20 minit. And again, kalau cuaca baik, memang boleh menyaksikan pemandangan sekitarnya yang indah. Time aku pergi ni, di pertengahan cuaca dah berkabus tebal. So. tak nampak apa… just persekitaran yang putih je.
  • Sampai di Fansipan Station, aku membeli raincoat untuk mengelakkan diri daripada dibasahi kabus yang tebal. Cuaca boleh tahan sejuk but not that bad lah.
  • Keluar dari Fansipan Station, aku berjalan kaki sikit menuju ke Do Quyen Station untuk menaiki satu lagi train ke Fansipan Summit iaitu puncak gunung Fansipan yang berketinggian 3,143 meter dari aras laut.
  • Di sekitar Fansipan Station menuju ke Do Quyen terdapat tokong Buddha. In fact, di atas Fansipan itself terdapat sebuah statue Buddha yang besar which is aku tak pergi. Tak nampak pun satu hal juga sebab kabusnya tebal.
  • Di atas Fansipan Summit ni terdapat beberapa lokasi untuk merakamkan gambar kenang-kenangan. Bendera Vietnam pun depa sediakan. Kalau korang memerlukan khidmat jurugambar professional, depa ada je kat sekitar area tu. Berapa chargenya aku tak sure sebab aku mengambil gambar dengan menggunakan tripod selain daripada meminta jasa baik orang sekeliling untuk ambilkan gambar. Hahaha…
  • Setelah puas menikmati pemandangan dan bergambar, aku turun ke bawah dan singgah di sebuah cafe, Cafe du Soleil, menikmati hot latte. Layan juga kan pekena hot latte dalam cuaca yang sejuk. Teringat scene melepak kat cafe di Seoul semasa winter menyaksikan salji turun. Hehe..
  • Di luar Muong Hoa Station ni terdapat garden dan lokasi untuk korang merakamkan gambar. Tetapi disebabkan aku dah letih, aku tak singgah pun. Just singgah souvenir shop je membeli postcard dan beberapa souvenir yang lain untuk diri sendiri.
  • Kesimpulannya, trip ke Fansipan Legend ni sangat berbaloi untuk dilawati walaupun agak mahal. Lebih berbaloi kalau cuacanya elok dengan pemandangan langit biru dengan awan bergulung melitupi puncak-puncak gunung. Tapi takpelah, Insyallah aku akan ke sini lagi pada masa akan datang… maybe in spring kot. Tengok rezekinya macam mana.
  • Nak perginya pun tak susah. Aku masa awal-awal macam risau juga takut sesat barat tetapi Alhamdulillah semuanya senang. Just follow signboard. Kalau tak sure, tanya staff yang bertugas di situ.
  • Aku menghabiskan masa hampir 4 jam untuk trip ke Fansipan Legend ni. Sampai di Sapa Town sekitar jam 1.00 tengahari, aku pergi ke Sapa Halal Restaurant untuk makan tengahari. Menu pilihan aku kali ni ialah stir fry beef with onion and Sapa mushroom dengan french bean sambal dengan total harga VND 225,000 (MYR 43.60).
  • Selesai makan, aku balik dulu ke hotel untuk istirehat dan mandi sebab rasa melekit walaupun cuaca agak sejuk. Aku keluar ke town lewat petang untuk dinner dan urut kaki. Hari ni ada sambutan Mid Autumn Festival di Vietnam, so jalan-jalan dan bangunan di sini dihias cantik dengan tanglung pelbagai bentuk dan warna.
  • Di amphitheatre pun terdapat persembahan dan ramai penonton berhimpun di situ. Aku tak stay lama sebab plan nak pi urut kaki. Sebelum tu, aku singgah di Cong Caphe, tapau iced coconut coffee.
  • Mula-mula aku nak try kat Eden Centre Spa tu tapi bila masuk tanya, semua messeur wanita. Tak jadi lah sebab aku baca review situ semua kata okay. Jadinya, aku pi semula ke tempat semalam dan bagitau nak mamat yang sama urut aku semalam. Lama juga menunggu but end up yang datang orang lain. Aku macam okaylah takpe. Janji urut bagus tapi harapan je la. Urut aku macam main enjit-enjit semut, lepas tu tekan sakit pulak. Tapi ini la masalah seketul Omaq, tak reti nak bercakap sebab dari riak wajah dia, aku rasa dia rasa macam dia dah urut elok kot. Redho je la. Tapi dah aku pendekkan dari 2 jam ke 1 jam 45 minit sebab dah hujung-hujung tu aku tak tahan dia tekan tapak kaki aku sampai rasa sakit. Huh! Rasa macam membazir VND 470,000 aku!
  • Oh! By the way, massage centre memang banyak dekat sini sebabnya di Sapa ni terkenal dengan aktiviti hiking. So, kalau lepas hiking tu, boleh la singgah mengurut kaki di pusat-pusat urut ni. Cuma satu je la, rata-rata yang mengurutnya wanita, so kalau ko nak lelaki yang urut, kena tanya dulu.
  • Anyway, malam tu town memang meriah cuma aku je la tak tahan mata dah mengantuk. Dah tua-tua ni tak larat nak berjaga malam. Tidur juga paling best. Nak menunggu shuttle macam lagi sejam. Jadinya, aku berjalan kaki je dari town balik ke hotel. Semput la juga kena mendaki walaupun jaraknya kurang dari 500 meter.
  • Apapun aku bersyukur sangat pada hari ni sebab cuacanya elok dan aku dapat ke Fansipan. Hadiah untuk hari jadi. Alhamdulillah!

Day 4 Expenses
Cash:
  1. Sun World Fansipan Legend Return Ticket : VND 1,220,000 (MYR 236.50)
  2. Rain coat @ cable car station : VND 20,000 (MYR 3.90)
  3. Hot latte @ Cafe du Soleil, Fansipan : VND 125,000 (MYR 24.20)
  4. T-Shirt @ Sapa Station : VND 150,000 (MYR 29.00)
  5. Iced coconut coffee @ Cong Caphe : VND 65,000 (MYR 12.60)
  6. Dinner @ Sapa Halal Restaurant : VND 225,000 (MYR 43.60)
  7. Foot massage 1 hour : VND 250,000 (MYR 48.50)
  8. Head, shoulder & back massage 45 minutes : VND 220,000 (MYR 42.70)
Credit card:
  1. Souvenirs @ Fansipan Legend : VND 295,000 (MYR 57.20)
TOTAL:
Cash : VND 2,275,000 (MYR 441.00)
Credit card : VND 295,000 (MYR 57.20)

Day 5: Last day in Sapa, My Birthday & Sapa-Hanoi Bound

  • IT’S MY BIRTHDAY!!! 30th September 2023 ~ Alhamdulillah mencecah angka 45 tahun. Setahun lagi bertambah usia dan bertambah kuat bau tanah di badan. Huhuhu. Dan Alhamdulillah cuaca sangat baik pada pagi ni. Aku sepatutnya anjak beberapa hari trip aku di Sapa ni kan so that dapat hari yang cuacanya baik? Anyway, syukur lah Omaq… sekurang-kurangnya Allah dah makbulkan doa ko minta sehari yang elok untuk ke Fansipan tu. Kena bersyukur tang tu.
  • Pagi ni aku bersarapan pagi di luar cafe disebabkan cuaca elok. Well, aku sorang je yang buat ya. Makhluk lain semua dok breakfast kat dalam. Boringggggg… Hahaha.
  • Selesai breakfast, aku merayap di sekitar hotel ni, mengambil gambar bunga-bunga yang terdapat di sini. Banyak ya jenis bunga ros dengan pelbagai warna dan bentuk. Memang cantik persekitaran hotel ni.
  • Setelah siap mengemas barang, sementara ada waktu, aku tidak melepaskan peluang untuk berenang di pool hotel. Syukurlah, aku sorang je yang ada dalam tu. Boleh feeling-feeling buat content.
  • Urusan check-out smooth je. Gila tak smooth… aku kemas kot bilik hotel secantik macam masa aku check-in. Siap tinggalkan ole-ole kat cleaner. Hahaha. Ni sebab beg aku dah tak muat nak sumbat mixed nuts masa aku beli kat kawasan rehat hari tu.
  • Bas kami bertolak dari Sapa pada jam 1.30 tengahari. Cuaca elok ni dapatlah tengok pemandangan di sepanjang perjalanan. Cantik ya Sapa ni. Memang aku kena pi lagi sekali.
  • Perjalanan dari Sapa ke Hanoi mengambil masa 6 jam lebih dan kami sampai di Hanoi hampir jam 10.00 malam. Kami diberhentikan di perhentian yang terletak di jalan utama. Bas tak boleh nak masuk ke Old Quarter tu sebab jalan kecil. So, dari situ aku ambil Grab je dalam MYR 7.50. Tak jauh pun ke hotel tetapi disebabkan jalan sesak, slow la sikit nak sampai.
  • Hanoi dihiasi cantik dengan tanglung yang berwarna-warni, tetapi sebab aku dah letih sangat, tak larat nak berjalan. Sampai hotel, aku order Grab food, menu biryani ayam dari PK Spice (one of halal restaurants in Hanoi). Selesai makan, mandi, solat… terus landing. Esok je la merayap sat kat Old Quarter ni sebelum ke airport.

Day 5 Expenses
Cash:
  1. Toilet rest area : VND 3,000 (MYR 0.60)
Credit card:
  1. Dinner – Chicken biryani via Grab Food: VND 196,000 (MYR 38.00)
TOTAL:
Cash: VND 3,000 (MYR 0.60)
Credit card: VND 199,000 (MYR 38.00)

Day 6: Dong Xuan Market, Halal Food & Hanoi – Kuala Lumpur

  • Last day in Hanoi. Selesai breakfast di hotel, aku terus ke Dong Xuan Market yang terletak di belakang hotel ni untuk membeli stok coffee dan juga kacang gajus. Tempat yang aku tuju semestinya kedai auntie yang aku pergi last year. Luckily, dia ingat aku. Hahaha.
  • Aku beli 2 pack black coffee (no sugar) brand G7. 1 pack ada 10 kotak. Dalam sekotak tu ada 15 sachet 2 gram serbuk kopi. Bagi aku serbuk kopi ni memang sedap dari segi rasa dan aroma. Aku memang guna kopi ni untuk buat iced americano ataupun latte sebagai bekal ke office. Kalau di Jaya Grocer depa jual dalam MYR 7.00 lebih, kat sini dalam MYR 5.00 lebih. Okay la murah 2 hengget kan?
  • Untuk officemates, aku beli 3-in-1 coffee cap helicopter tu. Ni pun sedap. Tak lupa kacang gajus yang berharga MYR 40 sekilo tu. Kacang gajus Vietnam sedap ya dan agak besar juga.
  • Sebelum check-out, aku lunch dulu. Hajat di hati nak ke Zaynab Restaurant tapi tutup la pulak. Luckily, sederet dengan Al-Noor Mosque ni ada satu lagi restoran halal yang baru buka last year iaitu Himalaya Indian Restaurant. Restoran ni menyajikan makanan India, Arab dan juga Barat. Banyak juga pilihan dan harganya standard la harga makanan halal kat sini. Tak berapa murah sangat tetapi portionnya besar.
  • Aku order nasi goreng ayam dengan harga VND 140,000 (MYR 27.10). Makan separuh, separuh lagi tapau, makan kat airport.
  • Alhamdulillah, sampai airport on time dan segala urusan immigration semua lancar. Flight delayed sikit dari KL tetapi Alhamdulillah selamat sampai di KLIA2 sekitar jam 7.00 malam.

Day 6 Expenses
Cash:
  1. Coffee & kacang gajus @ Dong Xuan Market : VND 1,070,000 (MYR 207.40)
  2. Lunch @ Himalaya Indian Restaurant : VND 140,000 (MYR 27.10)
Credit card:
  1. Java chip frap @ Starbucks, Noi Bai Airport : VND 140,000 (MYR 27.10)
TOTAL:
Cash: VND 1,210,000 (MYR 234.50)
Credit card: VND 140,000 (MYR 27.10)

Okay guys, setakat ni sahaja perkongsian aku untuk birthday trip aku pada tahun ni. Terima kasih pada yang message dan wish aku di Whatsapp dan media sosial. Thanks di atas ingatan anda. Trip ke Sapa ni for sure aku akan repeat lagi sebab aku kena dapatkan view yang cantik dengan langit yang membiru dan awan yang bergulung-gulung di Fansipan itu. Insyallah, mudah-mudahan ada rezeki.

Pada sesiapa yang ada pertanyaan, boleh DM di Instagram baru aku: @omaralattas309 atau tulis di ruangan komen di bawah. Insyallah, aku akan cuba jawab mengikut apa yang aku tahu. IG lama aku @omaralattas tu seperti dah menjadi arwah selamanya… haizzz.. sedih betul!

Vlog/video aku dah upload. Ada 4 episode semuanya. Jangan lupa subscribe, like dan share juga. Kesian kat aku.. dah 45 tahun dah… entah sempat ke tak cita-cita aku nak dapat silver button tu… hewhewhewhewwwwww.

Okaylah, till we meet again. Doakan aku murah rezeki so that aku boleh travel lagi dan share pengalaman dengan korang. Tata titi tutu… muackkkkksss!!!


Check out latest trip aku ke Labuan Bajo pada September 2024. Sumpah best tempat ni!

Perkongsian trip terkini aku pada 2024 di bandar pesisir pantai di Vietnam ~ Nha Trang.

Check out trip Lombok aku pada awal November 2023 yang lepas. Trip 3 hari 2 malam je sempena birthday Umi aku. Detail budget aku share dalam tu.

Untuk info trip aku ke Hanoi dan Ninh Binh pada tahun 2022, boleh rujuk post di bawah:

Manakala, untuk trip aku ke Hanoi dan Halong Bay pada 2019, boleh rujuk post di bawah:

Dan ini pula post zaman batu semasa aku masih bergetah pi Saigon (Ho Chi Minh) pada tahun 2013 dulu.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.