Hi semua! Bertemu lagi dalam blog kali ni. Pada kali ni, aku nak berkongsi tentang trip aku ke Hanoi pada 30 September sehingga 3 Oktober 2022 yang lalu. Ini. boleh dikirakan sebagai birthday trip aku juga la (birthday aku pada 30 September). Dan Hanoi merupakan destinasi yang aku randomly picked sebab ikut perancangan asal, aku nak bercuti ke Phuket tapi disebabkan aku macam serabut nak pilih mana nak stay, end up aku buat keputusan ke Hanoi. Aku booked flight dan hotel 2 hari sebelum tarikh pergi dan selepas tu baru aku tahu Vietnam pada ketika tu baru dilanda Taufan Noru! Terus aku contact hotel tanya keadaan di sana dan mereka kata selamat untuk datang sebab taufan dah berakhir dan kawasan yang terjejas teruk ialah di sebelah tengah Vietnam iaitu Da Nang dan Hoi An. Hanoi yang berada di utara tidak terkesan sangat cuma dilanda hujan je la. Dan, memandangkan aku dah booked semuanya, maka tawakkal je la ke sana. Alhamdulillah, segala urusan dipermudah Allah.
Tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Semoga tercapai target aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti. Heheheβ¦
Okay, mari aku kongsikan serba-sedikit tentang trip aku ni.
Budget ke Hanoi
Return flight KUL-HAN via Malaysia Airlines MyIDTravel | 515.00 |
Airport transfer: Airport to hotel in Old Quarter (Grab Car) Hotel to airport (Grab Car) | 64.00 63.00 |
Hanoi Little Town Hotel (Old Quarter) 1 Deluxe Quiet Double Room (free upgrade) with breakfast x 3 nights | 353.80 |
Day trip to Ninh Binh via Klook.com | 155.45 |
Makan, shopping, transportation, etc | 1,200.00 |
Estimated total | MYR 2,351.25 |
Hotel di Hanoi
Hanoi Little Town Hotel (Old Quarter)
πhttps://bit.ly/3RIfzdC
- Sama seperti trip yang dulu, aku masih memilih hotel yang sama iaitu Hanoi Little Town Hotel yang terletak di Old Quarter dan berhampiran dengan Al-Noor Mosque, satu-satunya masjid yang terdapat di Hanoi.
- Harga bilik bersekali dengan breakfast. Tiada makanan halal di sini tapi korang boleh ambil roti, buah-buahan dan salad untuk mengalas perut.
- Bilik selesa dan bersih. Staff memang baik. Walaupun, staf lama dah takde lagi sejak Covid, tapi staf yang baru ni pun memang sangat peramah.
- Kenapa aku pilih sini? Sebabnya selain dekat dengan masjid, kedai makanan halal, Zaynab Restaurant juga terletak bersebelahan dengan masjid ni.
- Dong Xuan Market terletak di belakang hotel ni. Senang nak shopping souvenirs, kopi dan sebagainya.
- Boleh jalan kaki untuk ke Hoan Kiem Lake dan kawasan-kawasan tumpuan pelancong yang lain.
Itinerary di Hanoi
Memandangkan aku pernah ke sini pada 2019, so aku takde plan nak ke mana-mana sangat sebab aku suka lepak kat area Old Quarter ni. Jalan-jalan pi market dan lepak kafe. Aku pi urut badan sekali je ya sebab sini agak mahal. Almost same price macam Malaysia. Lain la kat Hatyai tu. Kira free and easy je la. Cuma 1 hari je aku booked trip to Ninh Binh sebab yang ni aku tak sempat nak pergi masa trip 2019 tu.
Ninh Binh Day Trip via Klook.com
πBook this tour
- Perjalanan 2 jam lebih dari hotel ke Ninh Binh. Bus pick-up aku lebih kurang 7.45 pagi di hotel.
- Oh by the way, ada tambahan 150,000 dong (MYR 29) kalau korang nak Limousine Bus yang lebih kecil dan group yang lebih kecil.
- Sebelum sampai di Hoa Lu, singgah di pusat kraftangan. Boleh nak pi toilet, nak beli makanan atau souvenirs kat sini.
- Trip ke Ninh Binh ni merangkumi 4 bahagian:
(1) Hoa Lu Temple atau Bai Dinh Pagoda
(2) Buffet lunch di Trang An Bungalow
(3) Trang An sampan ride
(4) Hiking Ngoa Long Mountain
Hoa Lu Temple
- Hoa Lu merupakan ancient capital Vietnam yang pertama pada kurun ke-10.
- Ia menjadi pusat pemerintahan Vietnam selama 40 tahun sebelum berpindah ke Hanoi.
- Kompleks temple ni didirikan sebagai memperingati Dinh Tien Hoang, emperor pertama Dinasti Dinh yang bertanggungjawab melepaskan Vietnam dari kuasa Dinasti Han dari China.
- Temple ni luas tapi tak cover semua tempat. Just di bahagian bawah iaiti King Le Temple je.
Lunch buffet di Trang An Bungalow
- Terletak di celah-celah bentuk muka bumi Trang An yang berbukit-bukau.
- Tempat ni cantik sebenarnya tapi disebabkan hujan lebat (kesan Taufan Noru beberapa hari sebelum ni) menyebabkan kawasan ini dinaiki air.
- Menu lunch terbahagi kepada dua; masakan Vietnam dan vegetarian. So, aku ambil vegetarian je la. Okay la, kenyang juga dok ambil Vietnamese rolls, jagung, keledek dan lain-lain tu.
- Di Ninh Binh ni terkenal dengan daging kambing yang katanya lazat sebab kambing di sini mendaki bukit-bukau untuk mencari makanan. Dagingnya lebih lembut dan kurang kolestrol. Tapi, sebab tak sembelih, so hanya mampu berimaginasi je la kesedapannya.
- Memandangkan sini buffet, so boleh makan sebanyak mana. Cuma yang kena bayar kalau korang order air.
- Kadang-kadang masa tengah makan, ada lebah dok terbang sana-sini sebab habitat dia kan.
Trang An sampan ride
- Sampan ride selama 2 jam menyusuri sungai di kawasan yang dikelilingi dengan bukit-bukau yang menarik.
- Bentuk muka bumi yang sebegini menyebabkan Ninh Binh juga turut digelar sebagai βHalong Bay on Landβ.
- 4 orang satu sampan. Group aku terdiri daripada 3 sahabat dari South Korea; 2 Korean iaitu Sarah dan Eunoo dan Simon dari Germany. Semuanya muda-muda belaka 22-24 tahun.
- Seronok berbual dengan mereka sebab banyak bercerita tentang travel. Tak sedar 2 jam berdayung. Lagipun South Korea kan dekat di hati aku. Hahahaha.
Hiking Ngoa Long Mountain
- Ini adalah highlight trip aku di Hanoi pada kali ni. Alhamdulillah, apabila sampai di sini dah tak hujan. Tak berhenti aku berdoa pada Allah supaya cuaca elok agar berpeluang merakamkan gambar yang menarik kat sini.
- Untuk ke sini perlu mendaki kira-kira 500 anak tangga. Agak mencabar juga bagi yang tak berapa fit termasuklah aku yang dah sebulan lebih skip my morning jog!
- Terdapat 2 laluan untuk ke puncak gunung ni, sama ada nak ke pagoda atau ke statue dragon.
- Kepenatan mendaki gunung batu ni rasa sangat berbaloi apabila korang sampai di puncak dan menyaksikan pemandangan indah di sekitar Trang An ni.
- Landskapnya yang berbukit-bukau dengan laluan sungai di celah-celahnya, memang menakjubkan.
- Alhamdulillah, semasa sampai kat sini dah tak hujan. Walaupun cuaca agak mendung, tapi pemandangan still cantik. Aku rasa kalau cuaca cerah dengan langit membiru, sure gambarnya akan lebih menarik. Apapun syukurrrr!!!
- Di sini juga terdapat Hang Mua Cave dan tasik yang dipenuhi dengan pokok teratai tapi both aku tak sempat nak singgah sebab kesuntukan masa. Tasik teratai tu memang cantik ya kalau dilihat dari puncak gunung ni.
- Untuk pengetahuan korang, aku hampir pengsan apabila sampai saja di puncak ni. Alhamdulillah, aku mampu handle situasi ni dan berjaya turun ke bawah dengan selamat.
Apa yang aku rasa?
- Aku rasa susah sikit nak bernafas.
- Otot bahagian pectorial/tepi ketiak rasa ketat/cramped.
- Tangan mula kebas-kebas dan tak berasa.
- Mata mula sedikit kabur.
- Muka terasa peluh sejuk.
- Kepala rasa melayang.
- JANGAN PANIK!!! Ini paling penting sebab kalau aku tak boleh kawal diri sendiri, keadaan akan lebih buruk.
- Duduk dan tenangkan diri.
- Tarik nafas dalam-dalam dan mula bernafas ikut fasa yang aku selesa sehingga aku rasa reda.
- Buka dan genggam tangan banyak kali sehingga rasa kebas hilang.
- Rehatkan diri sehingga otot-otot yang cramped tu perlahan-lahan pulih.
- Dan sebagai Muslim, aku berzikir, selawat, tawassul apa yang patut, merayu pada Allah semoga dijauhkan daripada musibah.
Dalam apapun situasi, bila travel solo ni, kau memang kena totally in control of yourself sebab seboleh-bolehnya kita tak nak menyusahkan orang di sekeliling.
Aku tak sure cara aku tu betul ke tak, but it works on me. Aku hanya kongsi pengalaman aku sebab few times aku dah kena macam ni. Dalam flight la, apa la. Alhamdulillah semuanya okay. Apapun, jaga kesihatan diri.
Kesimpulannya, trip ke Ninh Binh bagi aku memang berbaloi. Selain dapat menyaksikan keindahan landskap semula jadinya, aku mendapat beberapa kenalan baru antaranya Simon dan kawannya dari South Korea, Nadith and friends from The Philippines dan juga tour guide kami sendiri, Hung, yang sangat peramah.
Apapun, memang pengalaman yang menarik. Walaupun cuaca hujan semasa memulakan perjalanan, bertukar menjadi mendung tetapi tak hujan. Kadar kelembapan tinggi sampai aku seperti mandi peluh satu badan. Lencun ya! Dan, Alhamdulillah, aku dihantar pulang dengan selamat sekitar jam 8.30 malam. Balik hotel dulu, mandi. Kemudian baru keluar semula untuk dinner.
Nightlife, Cafe & Street Food
- Semasa aku berada di sini, hujung minggunya sangat meriah dengan pelbagai acara dan persembahan. Aku tak sure ada something special je atau memang weekendnya meriah terutamanya selepas Covid ni untuk menarik pelancong.
- Selain pasar malam berhampiran kawasan Hoan Kiem Lake ni, terdapat beberapa persembahan di jalan-jalan utama kat sini.
- Ada persembahan/pertandingan k-pop lah.. sampai aku rasa macam berada di Seoul pula. Meriah! Pendek kata, memang malam minggu kat sini happening gila.
- Kalau dahaga, boleh singgah di cafe yang terdapat di sekitar Hanoi ni. Banyak ya cafenya. Yang wajib cuba, coconut coffee. Aku suka sangat minuman ni. So far, antara Cong Chape dan Kafa Cafe yang aku cuba, the best for me ialah di Cong Caphe.
- Street food sini banyak tapi tidaklah aku berani nak cuba.. sah-sah tak halal. Cuma yang aku try ialah buah-buahan dan dessert.
- Aku try satu dessert ni kat tepi Dong Xuan Market. Ia macam ABC atau cendol. Sedap! Nangka yang dicampur dengan yogurt, kacang-kacang, kelapa dan lain-lain. Harga 20,000 dong (MYR 4 macam tu).
Shopping at Dong Xuan Market
πhttps://bit.ly/3yM5fuj
- Silalah ke sini kalau nak mencari souvenirs untuk dibawa pulang. Selain fridge magnet dan yang seangkatan dengannya, korang juga boleh membeli pelbagai kekacang, snacks, kopi, teh teratai dan pelbagai lagi.
- Aku cuma beli kopi segera (cap helikopter) sebagai buah tangan untuk officemates. Black coffee segera without sugar jenama G7 tu pun sedap ya. Kalau ko buat ala-ala ice americano without sugar memang best. Sekotak 15 sache (2 gm/per sache) tu less dalam MYR 5 kot. Next time pergi boleh beli lagi. Depa jual kat Shopee mahal ya.
- Antara yang produk istimewa Hanoi yang korang boleh try ialah lotus seed. Aku suka benda ni. Tapi dulu dia ada jual yang satu paket 400-500 gm tu dengan harga 90,000 dong. La ni susah nak jumpa. Yang ada jenis βfreshβ yang lebih mahal yang aku terbeli sebab silap buat currency conversion. Sekilo MYR 80 ya! Nasib baik la crunchy dan sedap.
- Gajus depa pun sedap dan lebih besar berbanding Hatyai. Of course mahal sedikit la. Sekilo MYR 48 macam tu.
Makanan halal di Hanoi
Zaynab Restaurant, Old Quarter Hanoi
π https://bit.ly/3T52ZWW
- Satu-satu kedai makan halal yang terletak bersebelahan masjid Al-Noor. Tempatnya kecil je. Aku rasa lebih kepada rumah yang menjual makanan halal.
- Menunya tak semeriah dulu tetapi bagi aku memadai. Ada pilihan ayam, daging dan lain-lain.
- Harga bermula dari 60,000 – 80,000 dong (MYR 11 – 15).
- Restoran dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 4.00 petang. Jangan jadi macam aku, pi ketuk pintu kat pukul 5 petang sebab aku cam blur gila. Mujurlah makcik tu buka pintu dan masakkan untuk aku. Lepas dah balik baru perasan kat pintu. Hahahahaa.. bengong Omaq!
dβLions Restaurant @Cosiana Hotel
π https://bit.ly/3T5WTGg
- Terletak di Cosiana Hotel, restoran ni menyediakan pelbagai masakan tempatan dan Malaysia/Singapura dan dijamin halal.
- Tapi masa aku ke sini, restoran ini telah berpindah ke tingkat 8 hotel ni. Aku naik je tapi tak masuk ke dalam sebab time ni restoran ni penuh dengan customer yang tengah mengadakan majlis.
VEJO – The Vege Journey
π https://bit.ly/3emru3d
- Aku terjumpa restoran ni secara tidak sengaja semasa berjalan kaki pulang dari dβLions tu. Sebab susah sangat nak dapat Grab, so sambil berjalan, mata melilau tengok kiri kanan, kot-kot terjumpa kedai makan yang halal. Syukur terjumpa restoran ni.
- Ini ialah restoran vegetarian yang tidak langsung menggunakan sumber dari daging. Hanya telur sahaja bahan non-vege yang digunakan.
- Bahan masakannya terdiri daripada sayuran, kekacang, cendawan serta buah-buahan.
- Menunya pelbagai, so korang ada banyak pilihan. Aku memilih My Laksa Malaysia (kuahnya sedap!), spring rolls. lime juice dan yogurt dessert. Yogurt ni bagi aku sangat sedap.
- Dari segi harga, tidaklah ekonomi sangat. Standard macam restoran di Malaysia je.
- So, total semua yang aku makan tu berharga kira-kira MYR 60. Bagi aku not bad juga lah sebab yang penting sedap.
- Plating depa pun cantik dan tempat makan selesa.
- Restoran ni ditutup pada hari Ahad.
Demikianlah serba-sedikit perkongsian aku tentang trip ke Hanoi kali ni. Insyallah, kalau ada rezeki aku nak ke Vietnam lagi. Banyak tempat menarik di Vietnam yang belum aku explore.
Kalau korang ada pertanyaan, bolehlah tulis dalam komen di bawah atau DM je aku kat Instagram. Mana-mana yang aku tahu, boleh je aku kongsikan. Terima kasih kerana sudi singgah. Jangan lupa subscribe. share and like juga vlog di Youtube aku supaya aku lebih bersemangat lagi. Hahaha.
Check out latest trip aku ke Labuan Bajo pada September 2024. Sumpah best tempat ni!
Perkongsian trip terkini aku pada 2024 di bandar pesisir pantai di Vietnam ~ Nha Trang.
Check out trip Lombok aku pada awal November 2023 yang lepas. Trip 3 hari 2 malam je sempena birthday Umi aku. Detail budget aku share dalam tu.
Oh! Jangan lupa singgah di perkongsian aku ke Sapa pada penghujung September 2023 yang lepas. Aku ada share detail itinerary dan budget juga di dalam tu.
Oh, by the way. Kalau korang nak tahu lebih lanjut trip aku di Hanoi pada 2019 merangkumi Halong Bay dan City Tour, boleh rujuk blog di bawah. Detail tau aku buat!
Dan juga, summary mengenai solo travel aku ke Hanoi buat pertama kalinya pada 2019 dulu. Aku share some info, budget, tips, isu “scam” dan lain-lain. Harap dapat membantu korang juga yang merancang untuk bercuti di Hanoi. Dalam video tu aku banyak membebel. Korang hadap je la muka aku yang tak seberapa tu eh. Hahaha. Semoga bermanfaat. Till then, jumpa lagi!
Cantik-cantik nya gambar !!
definitely will follow this blog π
Hi Izat. Thanks so much ya! πππ
Mula – mula start baca penulisan omaralattas.com ni masa search berkenaan trip ke Hatyai. dari situ banyak baca backward ke penulisan-penulisan yang sebelumnya. banyak info, gambar2 dan video yang menarik dlm blog ni. jadi seronok dari 1 post ke 1 post sy baca teruskan travel dan berkarya dalam penulisan. sentiasa tunggu latest post dari blog ni. terima kasih untuk semua info2 berguna dan gambar2 yang menarik .
Thanks so much Fida. Insyallah kalau ada rezeki dan berkesempatan, saya akan kongsikan. Semoga bermanfaat serba-sedikit. Selamat menjalani ibadah puasa ya. πππ
Great Blog write up!! I still prefer reading blogs than watching youtube videos..nowadays not many travel blogs so really appreciate travel recommendations and all. Memang best your blog post..Happy travelling!
Thanks so much for your kind words, Ling. Yeah, me myself pun suka baca dan refer blog kalau nak travel. Hopefully bermanfaat juga. Thanks again ya.
hi nak tanya, kat hanoi awak ada kata lepak kafe. boleh saya tahu kafe apa yg awak pergi atau awak ada list kafe yg Muslim-friendly di old quarter / Hanoi?
Hi Nisa. Thanks singgah blog saya. Seperti yang saya share kat situ, saya cuma ke Cong Chape dan Kafa Cafe. Those two antara local brands yang banyak terdapat di Vietnam. So, saya lepak minum coffee di situ je.
Moshi Moshi.. Thank you for all the sharing info.. next time nak join boleh?? hehhe
Sama-sama. Semoga bermanfaat. Saya nak repeat pun tak tahu bilanya. Hahaha..