Asam Pedas Korea!

My favorite galchi jorim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Bertemu kita di tahun baru 2016 ni dan rasanya tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru untuk korang semua yang sudi singgah membaca blog aku ni.

Anyway, post kali ni aku just nak update berkenaan dengan kedai makan favorite aku di Seoul tu. Masa cuti Christmas hari tu, aku mengambil kesempatan untuk “balik kampung” sekejap. Pasal trip tu nanti aku ceritakan.

Okay, last time aku ada post pasal kedai makan yang paling aku suka nak pergi setiap kali berkunjung ke Seoul kan.. postnya boleh refer link di bawah ni:

http://omaralattas.com/2014/05/seafood-for-muslim-in-seoul/

Kedai makan ni menyediakan hidangan yang paling aku suka iaitu galchi jorim a.k.a asam pedas Korea. Memang sedap galchi jorim kat sini. Selain tu, yang menyebabkan aku suka makan kat sini adalah kerana kedai ni menghidangkan seafood sahaja. So, takdelah was-was nak makan.

Sejuk-sejuk time winter makan galchi jorim panas-panas ni memang layan!

TAPI SAYANGNYAAAA.. masa last trip December 2015 yang lepas, bila aku nak pi makan.. dapat tahu kedai ni dah takde. Waaaaaaaa.. sedihnya. Tak tahulah dah bertukar tempat atau dah bungkus. Aku tak rasa dah bungkus sebab setiap kali datang memang penuh je orang makan. Maybe pindah la kot. Takpe aku akan usaha untuk cari bila aku ke sana lagi.

Anyway, tak perlu bersedih sangat sebab di sebelah kedai ahjumma yang dah takde tu, ada kedai makan yang juga menjual galchi jorim. And the best part is.. kat depan cermin kedai dia terpampang tulisan “ASAM PEDAS” dan “IKAN BAKAR”. Nampak tak berapa ramainya orang Melayu dok makan galchi gorim ni.

Tu dia.. terpampang bahasa Melayu kat depan kedai ni.

Nama kedai tu aku tatau. Korang refer je la signage kat gambar bawah ni.

Ni ha signagenya…

Galchi jorim yang disediakan di sini didatangkan bersaama banchan atau side dishes antaranya kimchi, squid kimchi, dried seaweed dan taugeh.

4 banchan yang biasa.

Kalau ahjumma dulu dia hidangkan yang dah masak siap-siap dan portion memang untuk seorang dalam mangkuk hitam tu, tapi yang la ni dia akan didihkan jorim tu di atas stove kat meja kita. Dan bekasnya juga besar sikit. Boleh kongsi 2-3 orang. Dan harganya pun mahal la sikit.

If last time, set galchi jorim tu untuk seorang dalam 8000 won (lebih kurang RM26 or less than RM30) but la ni satu set tu dia charge 20000 won (RM70 lebih..bila convert since ringgit jatuh la ni). If korang makan kongsi berdua or bertiga okay lagi. Hari tu aku makan sorang-sorang.. amik kau! Mahal la gak.

Tak pernah muak dengan galchi jorim ni.

Ikan bakar aku tak try sebab aku memang suka galchi jorim ni. Dan aku rasa harganya pun dah naik.

Apapun.. tak kisah la. Asalkan ada kedai nak pi makan galchi jorim ni pun aku dah happy. Dan lagi satu, ahjumma yang baru ni very friendly juga. Bila dia nampak kuah aku dah sejuk.. dia buka tolong buka api dan panaskan.

Masa first day hari tu makan ngan Firr, bila dia tengok ikan yang aku makan macam belum masak, dia dengan selamba amik ikan aku yang dalam pinggan tu masukkan semula dalam periuk dan bukakan api. Hahahaha.. ahjumma-ahjumma kat sini memang selamba. Nampak macam kasar, but memang camtu cara derang.

Interior dalam kedai ni.

Okaylah next mission bila datang Seoul.. aku kena cari kedai ahjumma yang lama tu. Mana lah tau kot beroperasi kat tempat lain.

So, untuk korang yang nak melawat Seoul, harap-harap post ni membantu sedikit sebanyak dalam mencari makanan kat bandaraya ni.

Till then.. jumpa di post akan datang. Bye!

Ni kedainya kat lorong sebelum Frisbee tu.

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

0 comments On Asam Pedas Korea!

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer