Sharing is caring

📍Ecotourism Kampung Sungai Melayu

Pada cuti Hari Merdeka yang lalu, aku mengambil kesempatan untuk pulang ke hometown aku di JB. Ikutkan perancangan, aku nak pergi ke sambutan Hari Merdeka di Putrajaya tetapi memikirkan betapa sesaknya keadaan pada hari itu dan aku pun dah lama tak balik, maka lebih baik la aku balik JB jumpa family aku.

Seperti biasa, selalunya bila di JB, kalau aku balik sorang, memang takde plan nak ke mana-mana. Lagi la nak drive kat sana, memang aku malas. Tapi tak alih-alih, adik aku di Terengganu buat keputusan last minute untuk balik juga kerana masih dalam cuti sekolah. Jadi meriah la sikit rumah parents aku.

So, on Friday tu disebabkan kami membuat keputusan untuk makan tengahari di luar. Malas nak menyusahkan Umi masak segala bagai. Adik aku suggest untuk pergi makan somewhere di Iskandar Puteri dan kebetulan aku teringat member aku pergi makan di kawasan tu dan menaiki river cruise sekali. Maka, lewat petang tu, bertolak la kami ke Restoran Sri Pantai Asam Pedas yang terletak di Iskandar Puteri.

Restoran Sri Pantai Asam Pedas

Restoran ini terletak di muara Sungai Melayu dan Selat Tebrau di Kampung Sungai Melayu, Iskandar Puteri, few minutes dari bandaraya JB. Actually ni first time aku sampai di sini setelah berpuluh tahun menetap di JB (now dah jadi warga Selangor… hehehe..). Masa kami sampai, boleh tahan ramai juga pelanggan di restorannya. Di sebelah restoran ni terdapat jeti untuk aktiviti perikanan dan juga pelancongan ecotourism.

Banyak pilihan makanan laut di sini. Dan semestinya, kami tak melepaskan peluang untuk mencuba menu yang terkenal di sini iaitu asam pedas style Johor. Menu yang kami order di antaranya ialah asam pedas ikan pari, salted egg crab, black pepper prawn, tomyam seafood, ayam goreng kunyit dan sayur goreng. Sedap ya masakannya. Kuah asam pedasnya pun mantap! Adik aku siap tapau lagi kuahnya bawa balik. Hahahaha.. Salted egg crab tu pun memang recommended. Cukup rasanya.

Overall, dari segi rasa, memang puas hati makan kat sini. View semasa makan pun menarik. Lagi best kalau masa air tengah pasang sebab masa kami datang ni air dah surut.

Oh! Lagi satu, kalau korang makan otak-otak, jangan lupa bayar ya sebab dia separate. Kami dah bedal habis satu bekas, lepas tu masa dinner kat Paradigm Mall, adik aku baru teringat benda tu tak bayar lagi. Hahahaha.. Gigih dia call restoran minta contact number peniaga otak-otak tu untuk transfer duit. Tapi owner restoran sangat baik, dia kata tak payah, dia tolong bayarkan. Semoga murah rezeki tuan punya restoran tu ya.

Boat Tour @Sungai Melayu Ecotourism

  • Aktiviti boat tour Sungai Melayu ni sangat menarik. Pakejnya korang boleh dapatkan di bangunan di hadapan restoran.
  • Pakej berharga RM35 seorang merangkumi aktiviti river cruise di paya bakau, menangkap ketam, kelong kupang (mussel farm) di Selat Tebrau.
  • Waktu operasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.
  • Di kawasan hutan paya bakau, kita boleh saksikan hidupan liar antaranya ular di atas dahan-dahan pokok, biawak, burung-burung dan lain-lain.
  • Aspek keselamatan tidak diabaikan di sini. Setiap pengunjung diberikan dan mesti memakai jaket keselamatan.
  • Kalau korang berminat tentang aktiviti ni, boleh hubungi Puan Shariffah di 019-704 5904 untuk maklumat lanjut.

Kelong Kupang (Mussel Farm)

  • Kelong kupang ni terletak di tengah-tengah Selat Tebrau, bersempadan perairan Singapura.
  • Dari kelong ni kita boleh saksikan bangunan pencakar langit di bandaraya Johor Bahru.
  • Di kelong kupang, kita boleh saksikan kupang yang diternak menggunakan tali-tali. Kupang-kupang di situ akan diambil setelah berusia 7 bulan ke atas.
  • Lazimnya, golongan Orang Asli yang tinggal berhampiran akan mengambil upah untuk menyelam dan mengambil kupang-kupang yang telah matang ini.

So, that’s about it aktiviti kami sekeluarga sempena dengan cuti Hari Merdeka yang lalu. Kalau korang berkunjung ke Johor Bahru, maybe boleh masukkan aktiviti ni dalam itinerary korang. Aktiviti ni cukup bagus kalau disertai oleh anak-anak kecil yang bersekolah. Banyak knowledge yang mereka dapat.

Sekian sahaja buat kali ni. Aku sharekan lokasi map Restoran Sri Pantai Asam Pedas dan Ecotourism Sungai Melayu di bawah. Till then, jumpa lagi!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.