Assalamualaikum semua. Dalam post kali ni, aku nak kongsi salah satu lauk yang aku suka iaitu labu masak lemak. Versi aku ni mungkin tak sama dengan yang selalu orang masak sebab aku tambah dengan sedikit lada hitam dan daun selasih. Ni versi yang Umi aku pernah masak. So, kuah dia gelap sedikit.
Okay, jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak memasaknya.
Labu Masak Lemak (4 orang makan)
Bahan-bahan:
- 1/2 biji labu ~ lebih kurang 500 gm
- 3 biji bawang merah (atau 1 biji bawang besar)
- 3 ulas bawang putih
- 2 helai daun kunyit (disiat-siat atau dipotong halus)
- sedikit daun selasih
- *1/2 cawan ikan bilis
- *1 sudu udang kering
- 1 sudu besar lada hitam
- 1 kotak kecil santan segera
- 1 kiub ikan bilis
- 2 cawan air
- garam secukup rasa
*Korang boleh pilih nak guna udang kering sahaja atau ikan bilis sahaja atau guna dua-dua sekali. Ikutlah citarasa korang.
Cara memasak:
- Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kemudian tumbuk pula udang kering, ikan bilis dan lada hitam.
- Panaskan minyak. Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih sampai wangi.
- Selepas itu, masukkan udang kering, ikan bilis dan lada hitam. Gaul rata.
- Kemudian, masukkan 2 cawan air.
- Apabila kuah dah mendidih, masukkan labu. Gaul rata dan biarkan seketika.
- Kemudian, masukkan kiub ikan bilis dan santan.
- Tambah garam secukup rasa. Kalau rasa kuah agak pekat, boleh tambahkan sedikit air.
- Selepas itu, masukkan daun kunyit dan daun selasih.
- Masak sehingga labu empuk. Siap!!!
Senang ke kan? Lauk labu ni sangat sedap kalau korang makan dengan ikan kering dan sambal belacan. Sedar tak sedar, bertambah nasi dalam pinggan. Hehehe.. Okaylah.. selamat mencuba!
Leave a Comment