Sharing is caring

Hello gaisss!!! Buat apa di hari minggu berjerebu ni??? Hahahaha.. Kuat wooo jerebu kat Cyberjaya few days ni. So daripada dok bersidai kat luar, marilah kita spend masa masak kat rumah je. Dan minggu ni aku nak share dengan korang resepi yang aku dapat dari Mak Lang aku kat Jerantut, Pahang tu. Katanya resepi orang-orang lama iaitu Ledot Daging.

Ledot ni kalau istilah yang selalu aku guna tu maknanya pekat… pedat ledot camtu. Jadinya, lauk daging ni kuahnya dimasak hingga pekat. Resepinya simple je. Tak susah nak buat. Jom kita tengok bahan-bahannya.

Resepi Ledot Daging (untuk 4-8 orang makan)

Bahan-bahan:
  • 500-700 gm daging lembu (dipotong nipis)
  • 1 mangkuk besar pucuk kaduk (dihiris halus)
  • 1 mangkuk kecil terung pipit (optional)
  • 1 mangkuk kecil tempoyak
  • Segenggam cili padi kampung
  • 2-3 inci kunyit hidup
  • Garam secukup rasa
Cara memasak:

Mula-mula, kita hiriskan daging nipis-nipis, cuci dan toskan. Kemudian, kisar cili padi, kunyit hidup bersama tempoyak.

Kisar cili padi, kunyit hidup bersama tempoyak
Campurkan bahan kisar bersama daging. Campurkan sedikit air dan masak di atas api sehingga keluar air daging. Kalau agak pekat, campurkan sedikit air dan masak sehingga daging empuk.

Gaulkan bahan kisar dengan daging
Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga daging empuk
Bila daging telah empuk dan kuah agak pekat, masukkan hirisan daun kaduk dan terung pipit. Biarkan di atas api kecil dan masak sehingga terung dan daun kaduk tu layu. Kalau perlu, masukkan sedikit air. Masak sehingga kuahnya pekat. Masukkan garam secukup rasa.

Masukkan hirisan daun kaduk dan terung pipit
Masak sehingga kuahnya pekat
Bila kuah dah pekat, tutup api. Dah siap dah Ledot Daging anda! Bolehlah dihidangkan dan dimakan bersama nasi panas. Ikutkan aku nak masukkan juga petai dalam ledot ni. Tapi sebab aku nak masak ikan kering dengan petai, so aku takde la letak dalam kuah ni. But aku rasa kalau letak pun sedap juga. Terpulanglah selera masing-masing.

Siappp!!! Ledot Daging

So, tu je la resepi mudah yang aku nak share kali ni. Kalau korang dah try, bagilah komen kat bawah. Till then… selamat mencuba.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.