Patin tempoyak versi Jerantut Feri
Sempena cuti Hari Merdeka dan Maal Hijrah last week, aku mengambil kesempatan untuk menghabiskan cuti menziarahi famili adik aku di Kemaman, Terengganu. Ni first time aku nak pergi rumah dia sejak dia berkahwin in 2008!!! Hahahaha.. apa punya abang lah kan! Setiap kali plan nak ke sana asyik tak jadi je. So, bila tengah free tu, aku discuss dengan diorang plan ni. Umi dengan adik pompuan aku yang sorang lagi tu dah sampai awal dah kat Kemaman tu. Aku pulak bertolak lepas habis kerja on that Friday.
Adik ipar aku ni membuka ma’ahad tahfiz kat sini. Ramai juga anak muridnya.. dekat 80 orang kalau tak silap.. dari yang kecil sampai la ke muda remaja. Dan tahfiznya tu cukup selesa dengan ada surau sendiri, asrama pelajar, taman burung (3 ekor burung je.. hahaha), rumah tetamu dan lain-lain. La ni diorang dok mengusahakan tanaman lada untuk menjana pendapatan ma’ahad.
Anyway.. ni first time naik bas travelling after sooooooo many years tak naik since dah drive 11 tahun yang lepas. Yang mudahnya, aku just naik kat Putrajaya je. Tak payah leceh-leceh nak pergi ke TBS. Beli tiket pun online je. RM71 pergi balik. Terima kasih teknologi! Cuma aku kena bertabah je la sebab cuti panjang kan. Tatau la trafik ke Pantai Timur tu camne. Memang jem juga la nak lepas tol Gombak tu.
Bas bertolak lebih kurang jam 9.30 malam macam tu dengan menaiki Transnasional. Dan sampai ke Geliga Kemaman tu dekat jam 3.30 pagi. Dekat 6 jam juga lah (termasuk rehat kat Cherating tu almost setengah jam).
So… pagi Hari Merdeka tu, kami bergerak awal sikit untuk ke Jerantut. Nak ziarah famili Pak Lang dan Mak Lang (adik Umi aku) di Kampung Jerantut Feri. Lama giler aku tak pi sini. Last aku sampai sini adalah pada tahun 2010! Masa tu dari Melaka… roadtrip ke sini dengan member-member aku. Dan sebelum bergerak ke sana, kami singgah breakfast pekena nasi kerabu kambing di Kedai Makan Teh Yah kat sini.
Kami sampai kat rumah Mak Lang lebih kurang jam 11.30 pagi. Sebelum tu singgah melawat kubur Arwah Tok Non dan Arwah Mak Teh (mak dan adik Umi). Selesai ziarah kubur, terus pi rumah mereka. Alhamdulillah dapat juga jumpa mereka melepaskan rindu. Pak Lang pun kelihatan sedikit uzur. Anak sulung mereka pun kebetulan balik. So.. dapatlah berjumpa dengan anak buah juga.
Dan part yang paling best… dapat merasa patin tempoyak air tangan Mak Lang. Lama weh tak makan!!! Bila dah dapat memang aku balun betul-betul. Tak ambil nasi pun. Just makan lauk tu je.
Lama lah duduk berbual dengan mereka. Ye lah.. 9 tahun kot tak jumpa! Macam-macam citer keluar. Plan asalnya nak bermalam kat sini. Tapi adik aku terlupa yang esokya Ahad tu Awal Muharram dan kat madrasah tu ada majlis bacaan doa akhir dan awal tahun. So nak tak nak kena balik juga lah. Insyallah next time la boleh datang lagi dan bermalam kat sini. Mak Lang pun dah pancing-pancing nak masak macam-macam. Hahaha.. sambal pede la.. pais tempoyak la.. sambal ledot la. Semua tu aku suka. Pandai Mak Lang kan!
So, sebelum bertolak balik tu, sempat juga la Mak Lang bekalkan tempoyak dengan belimbing hitam tu. Dia buat sendiri je belimbing tu sebab tepi dapur tu, pokok belimbing buluh tu berbuah lebat. Aku sebenarnya lagi suka sambal belimbing hitam yang fresh. Bukan yang dijual kat luar tu. Sebab yang tu depa dah goreng. Versi Mak Lang aku dia guna ikan bilis mentah, cili padi dengan bawang merah je. Lagi sedap dimakan!
Lebih kurang jam 2.30 petang tu kami dah bertolak balik. Nak kena sampai Kemaman sebelum maghrib. Dan Alhamdulillah, kami selamat sampai di Kemaman lebih kurang jam 5.00 petang. Sempat lagi singgah di gerai menjual kuih-kuih. Memang melilau mata aku tengok kuih-kuih yang jarang nak jumpa. So, tapau la kuih lompat tikam, kuih pasung, satar, pulut panggang dan beberapa kuih lain untuk minum petang sebelum bersiap untuk majlis malam ni.
Apapun aku sangat bersyukur sebab dapat juga jumpa bapa dengan mak sedara aku yang dah lama gile tak jumpa. Semoga mereka semua dipanjangkan usia dan sentiasa sihat walafiat hendaknya. So.. itu saja untuk post kali ni. Nanti bersambung kat post berikutnya. Tata!!!
Leave a Comment