“Ustaz jadian” Awal Muharram…


Ini adalah sambungan dari post sebelum ni. So… sebelum maghrib tu kami dah bersiap-siap dan berkumpul di surau untuk majlis bacaan doa akhir dan awal tahun. Sampai-sampai aku duduk kat belakang je. Adik ipar aku sah-sah la dok depan bersama 2 orang tetamunya. Tengah mengetuai bacaan Ratib Al-Attas. Dia lambai-lambai aku suruh join dia kat depan dan aku macam… oh tidakkkkk! Segan weh!!!! Hahahaha..

So.. aku continue je duduk kat belakang. Lepas selesai bacaan doa semua tu, sebelum bacaan Yaasin, salah sorang murid tahfiz kat sini dok panggil “ustaz.. ustaz..” Aku memang tak perasan la sebab obviously aku bukan ustaz. Rupanya dia panggil aku! Hahahahaha.. Adik ipar aku ajak join duduk depan. Saje je kan dia. Dalam tersipu-sipu malu aku join la juga. Segan weh.. kita ni bukan saper-saper pun…

Penampakan ustaz jadian kat paling kiri tu…
Selesai bacaan Yaasin dan solat Isya’ , depa dok sambung baca qasidah. Sedap alunan qasidah mereka. Aku dok dengar ada qasidah Qad Kafani dan Tala’al Badru Alayna. Menurut adik ipar aku, depa ni juara dalam pertandingan qasidah kat sini. No wonder lah.

Seusai majlis dan solat Isya, ada jamuan makan. Dah lama tak makan dalam dulang. Menu istimewa.. nasi Arab. Sedap weh. Pandai tukang masak madrasah ni buat. Kami makan berempat bersama dua tetamu istimewa berasal Yemen. Depa dok tanya aku itu ini dalam bahasa Arab.. Pakcik kau ni blur! Mujurlah adik ipar aku fasih bahasa Arab. Dia jadi tukang translate. Hahahaha..

Habis makan, balik rumah.. pastu melayan anak sedara ni main sat sebelum tido. Kononnya nak edit vlog bagai. Ke lauttttt semuanya. Buat penat je usung macbook dengan external hard disk ke sini. Hahahaha… Okay sambung kat post berikutnya. Adios!!!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer