Cuti-Cuti Hari Raya di Espek Ecopark

Pada cuti Hari Raya ke-4 yang lepas, ku berkesempatan membawa family aku pi bercuti di Espek Ecopark yang terletak di Kampung Ulu Slim, Slim River, Perak. Gigih la kami drive all the way from JB kan. Actually ni merupakan kali kedua aku ke sini. Since first time sampai Ecopark ni.. aku dah plan dalam kepala nak bawa diorang ke sini bila ada cuti.

Kedinginan air sungai kat sini yang buat aku teringat-ingat…

For me, not bad la this place. Actually plannya nak bermalam di rumah aku dulu kat KL tu. But bertukar plan. Jadinya teruslah direct dari JB. Daripada book tido 2 malam, kami ambil semalam je sebab on Friday tu Walid ada majlis pula. Stay semalam pun jadilah.

Masak, makan kat wakaf ni.

Bertolak dari JB seawal 7.30 pagi dan kami sampai lebih kurang jam 1 lebih tengahari. Tu pun berhenti sekali je kat Machap untuk breakfast. Sampai je kabin.. lepas letak-letak barang semua, kami prepare nak masak. Then aku keluar pergi ke kedai berdekatan beli lauk-pauk yang patut dan ringkas like sardin, telur dan lain-lain. Then balik sampai semula kat kabin nak masak, baru perasan kuali, periuk semua tertinggal! Hahahaha.. ni bapa aku la punya keje. Dia dok mengemas dalam stor keluarkan itu ini.. then terlupa nak letak dalam kereta. Maka terpaksalah, adik aku keluar semua membeli periuk belanga dan barang-barang tambahan yang perlu. Aku pula malas nak keluar, dok melayan anak buah mandi kat sungai ni.

Ali.. memang pantang nampak air.
Baqir ni pun sama naik.
Mek Nab ni penakut air tapi suka berkubang kat pasir. Dah macam orang sini plak aku tengok.

Seronok dapat berkumpul ramai-ramai adik beradik time cuti camni. In fact masa kami kat sini, ada few families yang stay kat kabin ni. Depa lagi sakan siap berBBQ bagai.

Layan ATV seround dua dulu…

Budak-budak tu la yang seronok sebab dapat berkubang puas-puas dalam air.. lagi-lagi si Ali tu. Pantang nampak air betul.

Overall, worth it la drive jauh-jauh sampai ke sini. Tempatnya tenang, segar.. sesuai sangat untuk merehatkan diri.

Tenang…

Pada sesiapa yang belum sampai ke sini, silalah datang. Insyallah korang akan merasa ketenangannya kat sini. Tapi apapun… jagalah kebersihan ya! Pandai buat sampah.. pandai kemas dan pandai buang. Jangan jadi macam group of budak-budak muda sebelah wakaf kami ni. Dah puas berkubang.. makan kacang minum coke bagai.. tinggal bontang sampah sarap kat situ. Aku juga yang kena sapu kemaskan semua. Sakit mata je tengok!

Anyway, kalau nak tahu lebih lanjut tentang tempat ni, boleh klik this link.

Okay till then.. Bye!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer