Sharing is caring


Update 2021: Nama tempat ini telah ditukar kepada RISDA Eco Park.

Dua minggu yang lepas, aku mengambil kesempatan untuk menghabiskan hujung minggu di sebuah ecopark yang baru dibuka ~ ESPEK ECOPARK, yang terletak di Kampung Ulu Slim, Slim River, Perak. Ia sebuah projek hiliran milik Espek, anak syarikat RISDA.

Road trip dari KL mengambil masa lebih kurang sejam setengah dengan exit di Tol Behrang.

Espek Ecopark ni terletak di tepi Sungai Slim. Apa yang pasti, aku memang suka gilerrrr kat sini sebab suasananya sangat nyaman dan segar dengan air sungai yang bersih.

Di sini disediakan tempat penginapan berupa kabin yang boleh memuatkan 6 orang dewasa. Kabin pula dilengkapi dengan toilet, kipas dan aircond. Satu kabin ni berharga RM 120 semalam. Not bad la kan?

Dari segi kemudahan pula, kat sini ada disediakan wakaf dilengkapi dengan suis elektrik. So, korang boleh memasak juga kat sini. Since kami datang ni cuma bawa diri je, so dari segi makanan, kami tapau je di gerai yang terdapat di kampung sekitar ni.

Ada beberapa aktiviti yang boleh korang buat antaranya ATV. kayak, jungle trekking, river rafting dan banyak lagi. Korang boleh refer di sini.

So, kesimpulannya aku suka stay kat sini sebab persekitarannya tenang dan sungainya pun bersih. Insyallah, next time boleh ke sini lagi.

Korang layanlah dulu video tempat ni ya.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.