Weekend Getaway: Cameron Highlands

End of last month, sempena sambutan hari lahir aku yang ke-40 (ehemmm…), aku dengan beberapa rakan rapat yang lain pergi ke Cameron Highlands. Macam lamaaaaaaaaa giler aku tak ke sini. Seingat aku, last aku ke sini pada 2011. Tujuh tahun la juga tu kan?

Boh Tea Centre Sungei Palas
Nice view!

Anyway, 3-4 hari sebelum ke sini, jalan kat Simpang Pulai tu ditutup sementara sebab air deras turun dari bukit sebab hujan lebat. Macam risau juga sebenarnya nak ke sini. Pakkal je apartment semua tu dah dibayar. Kalau tak macam nak plan ke tempat lain je. But Alhamdulillah, masa kami ke sini, cuaca elok, traffic smooth pergi dan balik.

View dari deck cafe
I wish rumah ada view camni…

Aktiviti kat sana takde apa pun. Just stimboat dinner dan lepak-lepak kat rumah je. Fatin booked apartment di belakang Kea Farm. So, jalan kaki je la nak ke situ beli sayur dan buah-buahan. Dan sebelum balik tu kami singgah di Boh Tea Centre Sungei Palas.

Ni yang katanya tahan 2 tahun. Beli then esoknya semua layu!
Lepak melepaskan lelah
Stimboat dinner time sejuk memang best!

Apapun, we had lots of fun. Terima kasih pada Syai, Fatin. Mus dan anak-anak, Jay, Edleen, Ieka dan Qilla. Sayang lagi sorang kawan kami, Eleena takdan nak join. Thanks for the surprise walaupun dah terkantoi sedikit di situ.

Entah berapa kali dah ke sini…
Thanks for the surprise

Insyallah ada rezeki, kita road trip ke tempat lain pula.

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer