Raya Trip @Tioman Island
Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera!
Rasanya tak terlalu lambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan Muslim di luar sana. Hari ini Rabu dan aku sudah mula bekerja. Alhamdulillah semalam pulang jalan clear. Tak jem pun. Tapi aku sempat tido 2 jam di R&R Ayer Keroh sebab mengantuk gile! Apapun, marilah kita start kerja walaupun kat kepala masih lagi mabuk ketupat dan rendang!
Anyway, aku just nak kongsi pengalaman aku pada cuti Raya kali ni. Sedikit special berbanding dengan sambutan pada tahun-tahun yang lalu. Sebabnya, tahun ni kami sekeluarga berkesempatan untuk pergi bercuti bersama ke Pulau Tioman. Actually, aku dah plan lama benda ni cumanya tak tahu nak ke mana. Dalam kepala cuma ada Desaru atau Tanjung Leman. Tak terlintas langsung nak bercuti di pulau. So bila adik ipar aku suggest ke Pulau Tioman sebab ada resort di sana milik ibu saudaranya, aku terus setuju!
Mulanya, aku agak pelik bila tengok orang bercuti semasa Hari Raya. Takde saudara-mara ke mereka ni? Tapi bila difikirkan balik, bagi aku, time ni je la yang ada bila kami adik-beradik dapat berkumpul semuanya. Adik aku sekeluarga yang di Terengganu tahun ni beraya di Johor dan adik aku yang sorang lagi belajar di Indonesia pun pulang beraya.. so inilah masa yang terbaik. Lagipun agak lama kami tak bercuti sekeluarga. Dan dulu, masa arwah nenek aku ada, agak susah nak berjalan kerana Allahyarhamah tidak berapa sihat. Tambahan pula, Umi aku asyik bekerja non-stop di rumah dari subuh sampai ke malam. Masa untuk dia berehat pula lah.
Kami ke Pulau Tioman pada Hari Raya ketiga. Pada Raya pertama dan kedua, kami menziarahi keluarga terdekat di Johor Bahru dan menerima kunjungan saudara-mara yang lain. Anyway, kami sekeluarga merangkumi 8 orang dewasa, 2 orang kanak-kanak dan seorang bayi. Bertolak dari rumah sekitar jam 6.30 pagi dan kami sampai di Jeti Mersing pada jam 8.30 pagi. Feri sepatunya pada jam 9.00 pagi, tapi delay sampai jam 10.30 pagi. Kematu juga lah menunggu. Perjalanan dari jeti Mersing ke Pulau Tioman mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Tiket return dengan menaiki Bluewater Express Boat berharga RM60.00 return (harga asal RM70.. diskaun keluarga katanya). Kami sampai di jeti Kampong Genting, Pulau Tioman sekitar jam 11.45 pagi dan terus ke Idaman Beach Holiday, tempat kami tinggal. Dari jeti ke resort ni lebih kurang 10 minit berjalan kaki.
Idaman Beach Holiday ini adalah resort yang diusahakan oleh keluarga Melayu. Harga chalet di sini adalah berpatutan. Terdapat beberapa jenis bilik di sini dari single, double bed dan lain-lain; berhawa dingin ataupun kipas. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah surau, kedai makan, mini market dan tempat menyewa life vest dan gogle. Pakej untuk snorkeling juga ada.
Resort ini masih di dalam proses upgrading, so bahan-bahan binaan terdapat di sana-sini. Tapi yang penting, ia menghadap laut. makanya view memang terbaik. Bagusnya di Idaman Beach ni, ia tak berapa crowded sebab di sini memang tak disediakan bar serta minuman keras. So, memang sangat sesuai untuk yang membawa family serta anak kecil. Bagi yang muda-remaja tu, mungkin bagi mereka agak boring sebab tempat ni tak “happening”. But, frankly bagi aku, tempat dia sangat relaks, sesuai untuk bersantai dan merehatkan minda.
Anyway, pada hari pertama, kami tak pergi ke mana-mana pun. Free and easy katanya. Lepas lunch (disediakan oleh resort), kami sekeluarga duduk berehat dan berborak sambil makan kuaci di bawah pokok.
Lepas tu, melayan anak saudara aku yang 2 orang tu pi mandi laut. And then sambung makan lagi. Pendek kata, memang totally rehat je lah.
Pada hari kedua pula, kami sekeluarga menyewa bot untuk pergi snorkeling. Destinasi pertama kami adalah ke Kampung Tekek. Singgah sekejap je kat sini sebab bapa aku nak pi ATM keluarkan duit. And then beli serba sedikit barang-barang di kedai kat sini. Aku tak membeli apa pun. Nothing interesting. Cumanya yang unik kat sini, on the way dari jeti Kampung Tekek, kita akan melalui pokok-pokok yang dipenuhi dengan keluang (adik beradik kelawar tapi besar sikit). Memang banyak gila ya pada setiap pokok tu. Dan mereka mengeluarkan bunyi yang sangat nyaring dan bising. Anak saudara aku memang jakun la tengok benda ni.
Tapi yang kelakarnya masa naik bot ni ialah adik aku yang OKU sorang ni.. Salim. Dari awal lagi dia dah cakap taknak mandi laut. Padahal sebenarnya dia takut gila nak naik bot. So, bila bot dah bergerak tu, dia punya takut sambil menangis-nangis, terbaring-baring nak muntah. Walaupun kasihan tapi kami tergelak sebab dia peluk kemain adik ipar aku sambil menangis sebab takut bot tenggelam. Macam-macam hal! But bila dah nak balik dari Kampung Tekek ni takde plak buat hal sebabnya kami cakap buat malu je dengan anak saudara dia yang 2 dan 5 tahun tu. Diorang langsung tak menangis tapi dia yang dah tua tu menangis beriya. Hahaha. Lepas pada tu baru la sikit berani. Pastu bila bot bergerak, terus pose ala-ala macho tapi keras kejung menahan angin. Hahaha… Salim.. Salim.. mengalahkan budak kecik!
Anyway, selepas singgah di Kampung Tekek ni, kami terus ke Marine Park Tioman Island untuk aktiviti snorkeling. Puas hati dapat ke sini sebab airnya jernih dan banyak ikan-ikan. Parents dan adik-beradik aku yang lain ambil port di sudut tepi pantai tu untuk bermain air. Yang snorkeling cuma aku, adik lelaki aku dan adik ipar aku. Dan inilah pertama aku aku tengok umi aku main laut. Gila bertahuunnnnnnnnnnnnn dia tak kisah mandi laut. Selalu pergi just lepak-lepak tepi pantai je. Seronok ajak umi dan adik perempuan aku floating kat itu. Ajak snorkeling mereka tak nak. Cumanya di area Marine Park ni terumbunya kurang sedikit. Selepas sejam lebih beraktiviti di sini, aku ke next destination iaitu di kawasan terumbu karang yang tak jauh dari Marine Park ni.
Sampai di sini, aku apa lagi, terus lah terjun dari bot. Masya-Allah! Terumbu karang kat sini memang cantik. Sayang aku takde underwater camera. Kalau tak boleh ambil gambar. Macam-macam spesis terumbu karang yang terdapat di sini. Walid mulanya terjun gak tapi bila dah tertelan air masin.. terus naik balik. Dah la terjun dengan kain pelikat. Orang suruh bawa tracksuit tak bawak. Nasib baik kain tak tertanggal! Hahaha.. Anyway, kami di sini pun lebih kurang sejam. Lepas habis snorkeling kat sini, terus pulang ke resort untuk lunch.
Selesai lunch, kami merehatkan diri sebentar. Since aku tak boleh nak lelapkan mata, dan kebetulan anak saudara aku, Ali dok mundar-mandir tak tido, so.. aku ajak dia mandi laut kat depan resort tu. Pakaikan dia jacket dan bawa dia floating kat laut tu. Suka benar! Lama gak la melayan dia.. lepas berenang.. main pasir.. berlari ke sana ke sini. Penat aku melayan! Hahaha..
Petang tu, kami duduk berborak adik-beradik dan kebetulan terdapat anak-beranak dari Vienna yang stay kat sini. Sempatlah berborak sikit-sikit dengan Azram dan anaknya lelakinya, Bernard. Azram asalnya dari Bosnia-Hervegovina. Bapanya Kristian dan ibunya Muslim. Selepas berkahwin dia menetap di Vienna kerana suaminya bekerja di sana. Mereka berdua datang ke sini kerana anak lelaki sedang bercuti selama 2 bulan. Puas dia berjalan di Malaysia ni, dari Kuala Lumpur, ke Melaka, kemudian ke Tioman, and then ke Singapore dan Penang sebelum pulang ke Vienna.
Okay enough about Azram dan anaknya. Pada malam terakhir sebelum pulang ni, kami dinner barbeque yang disediakan oleh resort. Sedap makanannya especially ayam BBQ tu. Dan lepas tu balik bilik kemas apa yang patut sebab esok pagi dah nak bergerak balik. Pada awal subuh tu hujan turun sangat lebat. Best gile tido time hujan-hujan ni. Dan Alhamdulillah pada keesokan harinya cuaca sangat baik.
Pada hari ketiga, selesai breakfast, kami bergerak ke jeti sekitar jam 8.30 pagi sebab feri kami pada jam 9.00 pagi. Kali ni feri on time.. in fact tak sampai jam 9.00 pagi dia dah gerak. Nasib baik kami tunggu awal. Sebelum pulang ke Mersing tu, feri ni singgah di Kampung Paya dan Tekek untuk menurun dan mengambil penumpang. Selepas sejam lebih kami sampai ke jeti Mersing dan seterusnya pulang ke Johor Bahru.
On the way balik tu pula, kat Kota Tinggi, tayar kereta kami pecah sebab terlanggar batu. Mujurlah takde apa yang berlaku. Ni kiranya penutup percutian kami lah ni. Hahahaha. Macam-macam hal!
So, kesimpulannya, aku sangat seronok sebab dapat berkumpul ramai-ramai pada family trip kali ni. Sayang.. arwah Baba takde. Kalau tak mesti lagi seronok. Dan in future, aku dah plan untuk repeat trip macam ni next Raya plak. Seronok sebab jarang kami dapat bersama, so time cuti macam ni je la peluang yang ada. Keduanya, nak bagi Umi aku berehat sebab kasihan dia asyik buat kerja rumah je. Sesekali tengok dia have fun dengan anak-anak dan cucunya, memang PRICELESS!!!
Insyallah, harap-harap in future kami dapat repeat this Raya trip untuk ke destinasi lain pula. Amin…
Dan kepada sesiapa yang berminat untuk tinggal di Idaman Beach Holiday ni, bolehlah hubungi info di bawah berikut:
Idaman Beach Holiday
Kg. Genting, Pulau Tioman, 26800 Rompin, Pahang Darul Makmur.
Tel: 07-799 1803 (Office), 09-419 7048 (Resort)
Fax: 07-799 5838
Email: idaman.holiday@hotmail.com
Salam..boleh saya tahu berapa budget utk pakej family trip ni ..tqsm
Hi aweqs,
Thanks singgah blog saya.
Harga pakej yang kami pergi ni dpt special discount sebab milik kenalan.
Maybe u boleh try contact resort berkenaan untuk bertanyakan pakej.
Idaman Beach Holiday
Kg. Genting, Pulau Tioman, 26800 Rompin, Pahang Darul Makmur.
Tel: 07-799 1803 (Office), 09-419 7048 (Resort)
Fax: 07-799 5838
Email: idaman.holiday@hotmail.com
asslamualaikum…plan nk menginap di IDAMAN..cuma x tau lg bila..nk tau harga dulu…full package 4hari3mlm..
dewasa 2
anak 1 15th
anak 2 13th
anak 3 9th
anak 4 6th
anak 5 3th
TQ
Assalam En. Zainal,
First of all, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Untuk pertanyaan Encik Zainal tersebut, rasanya boleh berhubung terus dengan pihak resort. Detailnya seperti berikut:
Idaman Beach Holiday
Kg. Genting, Pulau Tioman, 26800 Rompin, Pahang Darul Makmur.
Tel: 07-799 1803 (Office), 09-419 7048 (Resort)
Fax: 07-799 5838
Email: idaman.holiday@hotmail.com
Insyallah mereka sudi membantu.
Thanks & regards;
Omar