Sharing is caring

Kepulauan Mantanani membentuk sekumpulan kecil tiga pulau di luar pantai barat laut negeri Sabah, Malaysia, bertentangan dengan bandar Kota Belud, di utara Borneo. Pulau terbesar ialah Mantanani Besar; dua lagi ialah Mantanani Kecil dan Lungisan. Ia adalah tapak yang popular untuk menyelam rekreasi dan terkenal dengan dugongnya.



Percutian ke Pulau Mantanani ni sebenarnya aku dah plan sejak trip aku ke Sabah pada November 2021 yang lepas. Itu pun selepas Mie, member aku yang kerja kat sana dok bercerita pasal pulau ni. Bila aku tengok gambarnya, memang nampak menarik. So, terus masuk dalam list. Aku pun sebenarnya suka dengan tempat-tempat yang kurang dikenali. Bila aku sebut Mantanani, kawan-kawan macam “weh kat mana tu??”.. sebab jarang didengari. Lain lah kalau Semporna, Sipadan semua tu.

Anyway, aku plan trip ni pada penghujung bulan Mac 2022, iaitu seminggu sebelum puasa. Alhamdulillah cuaca pun elok walaupun ada ramalan akan ada hujan atau ribut petir.

Berikut adalah bajet aku untuk solo trip ke Pulau Mantanani dan Kota Kinabalu selama 5 hari 5 malam ni.

BUDGET

Flight: Malaysia Airlines
– Kuala Lumpur – Kota Kinabalu (return)
– Termasuk RM43 (insurans)
RM 421.04
Asiana Hotel x 1 malam
– Standard double with no window
RM 110.76
Sutera Mantatani x 3 malam
– Beach chalet for 2 pax
– land transfer dari KK ke Rempayan Jetty (return)
– boat trip Rempayan Jetty ke Pulau Mantatani (return)
– full board (breakfast, lunch, tea time & dinner)
– free snorkeling & kayak
RM 1,860.00
Promenade Hotel x 1 malam
– Junior suite (with late checkout)
– Termasuk breakfast for 2
RM 366.62
TOTAL
*tidak termasuk perbelanjaan Grab, makan, shopping etc
RM 2,758.42

Semua perbelanjaan hotel tu sebenarnya untuk 2 pax. Kalau korang pergi berdua memang jimat sebab boleh berkongsi. Tapi sebab aku pi sorang, aku terpaksa redho je la untuk bear the cost.

ITINERARY

  • Pulau Mantanani x 3 malam
  • Kota Kinabalu x 1 malam
Aku memang sengaja plan untuk stay 3 malam di Pulau Mantanani. Nak menikmati pemandangan puas-puas. Aku cuma stay semalam je di KK. Flight aku dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu ialah pada jam 10.15 malam. So, lepas habis kerja tu, aku memang terus pergi ke airport menaiki Grab.

Aku sampai di KK Airport hampir jam 1 pagi. So, untuk pengetahuan korang, Grab tidak beroperasi di KK Airport selepas jam 12 tengah malam. Punya lah lama aku try book Grab tapi tak dapat. Maka, terpaksalah mengambil airport taxi yang agak mahal.. RM30 untuk few km je.

HOTEL

Asiana Hotel, Kota Kinabalu
Aku booked Asiana Hotel sebab hotel tu antara terdekat dengan The Magellan Sutera KK. Aku kena berada di sini pada jam 6.30 pagi untuk menaiki bas ke Rempayan Jetty di Kota Belud. Asiana Hotel ni merupakan bajet hotel yang selesa. Hot shower ada, aircond berfungsi.. dah mencukupi untuk aku. Sebab aku pun nak rehat dalam 4-5 jam je. So, tak perlulah kot nak membazir duit kan?

Sutera @Mantanani, Kota Belud
Sutera @Mantanani ialah salah satu resort yang beroperasi di Pulau Mantanani. Untuk ke Mantanani ni pun ada option. Sama ada korang nak pergi sendiri ke Rempayan Jetty di Kota Belud tu atau naik shuttle bus dari The Magellan Sutera Kota Kinabalu. Aku memilih untuk naik dari Magellan. Mudah kerja. Perjalanan dari Magellan KK ke Rempayan Jetty ialah hampir 2 jam. Dan dari Rempayan Jetty ke Pulau Mantanani lebih kurang 30-40 minit menaiki boat.. bergantung pada keadaan cuaca.

Pakejnya korang boleh lihat di sini:
www.suteraatmantanani.com

Stay di Sutera ni korang dah tak perlu risau pasal makan sebab pakejnya fullboard, termasuk breakfast, lunch, teatime dan dinner. Takde la serabut nak fikir nak makan apa. Dan hidangan buffetnya pun sedap-sedap dan mewah. Hari-hari makan udang, daging, ayam dan sebagainya. Dan pakejnya juga termasuk dengan beberapa aktiviti seperti snorkeling, kayak dan sebagainya. Kalau korang nak naik ATV, kena bayar sendiri lah.

Di sini terdapat Recreational Centre. So, kalau korang nak diving, snorkeling, kayak dan sebagainya, boleh pergi ke sini. Terletak di sebelah lobby reception. Selain itu, ada juga spa kalau korang nak buat massage atau treatment. Kalau korang terlupa bawa sunblock atau keperluan asas yang lain, ia ada dijual di sini.

Di Sutera ni juga terdapat bar yang menyediakan pelbagai minuman. Alcohol pun ada. Standard resort la kan. Snacking pun turut dijual. Kat sini je la kalau korang nak beli jajan. Aku tak rasa korang sanggup nak meredah ke area kampung tu kalau just nak mencari benda-benda ni. Dan aku pun tak sure ada atau tak.

Promenade Hotel, Kota Kinabalu
Aku memilih hotel ni untuk bermalam sebelum pulang ke KL kerana ia terletak di tengah-tengah KK dan dekat dengan pelbagai kemudahan. Senang boleh jalan kaki je. Ini adalah hotel pertama yang aku stay masa first time datang KK pada 2012 dulu. Dan lagi satu kenapa aku pilih Promenade ni sebabnya ada pilihan untuk late check-out. So, memandangkan flight balik aku pada sebelah malam, dapat checkout lewat around 3 pm kira okay la. Tak perlu rushing sangat. Actually boleh je kalau aku nak request lewat lagi sebab depa pun blocked booking for that room until 12 am. Dan pilihan breakfastnya pun boleh tahan banyak. Berbaloi juga stay sini.

Mantanani ~ nama pulau ini adalah gabungan perkataan Ubian “manta” (selimut) dan “Nani” (nama seorang perkasa yang memerangi musuh yang memiliki selimut).

SUTERA @MANTANANI, KOTA BELUD

Perjalanan dari Magellan KK ke Rempayan Jetty, Kota Belud mengambil masa hampir 2 jam. Bertolak pada jam 6.45 pagi dan sampai sekitar jam 8.50 pagi. Jalan macam agak bumpy tapi nasib baik basnya selesa. So, sampai di Rempayan Jetty, aku kena isi form dulu sebelum menaiki boat. Boat bergerak sekitar jam 9.10 pagi dan mengambil masa 40 minit untuk tiba di jeti Sutera Mantanani. Sepanjang perjalanan memang aku kagum gila sebab rasanya macam first time aku tengok horizon yang seolah-olah tiada berpenghujung. Alhamdulillah cuaca sangat elok dengan langit membiru. Memang rezeki sungguh.

Semakin menghampiri Pulau Mantanani, semua yang berada di dalam boat teruja dengan warna laut yang biru kehijauan dan sangat jernih dengan pasir yang memutih. Sangat cantik ya!

Land transfer dari KK ke Rempayan Jetty, Kota Belud di lobi The Magellan Sutera.
Rempayan Jetty, Kota Belud.
Menyusur keluar dari Rempayan Jetty menuju ke Pulau Mantanani.
Pemandangan horizon yang sangat cantik lagi-lagi kalau di depan mata.
Semakin menghampiri, aku semakin excited!
Terpana mata bila tengok kejernihan air laut di Mantanani ni.
Air laut biru kehijauan dengan pasir yang putih. Cantik!!!
Sementara menunggu masa untuk masuk ke bilik, pihak hotel terus aturkan aktiviti snorkeling pada jam 11 pagi. Aku malas nak join sebab aku stay 3 malam kat sini, so esok lusa pun boleh. Jadi bila bilik dah ready, aku pun terus angkut beg ke chalet aku. Aku memilih untuk stay di beach chalet. Ada beberapa pilihan lain. Kalau premium chalet, korang boleh stay di pantai yang menghadap Gunung Kinabalu. Aku prefer beach chalet ni sebab dia menghadap Laut China Selatan yang terbentang luas.

Snorkeling di sini. Yang seketul tu ialah Pulau Lungisan.
Deretan premium chalet yang mengadap view Gunung Kinabalu.
Gunung Kinabalu dari Pulau Mantanani.
Jeti yang menghadap Gunung Kinabalu. Terdapat 2 jeti di Sutera Mantanani.
Selepas selesai bermalasan di bilik, aku terus ke cafe untuk lunch. Hidangan yang disediakan cukup menarik. Ada butter prawn, lamb curry dan banyak lagi lauk-pauk yang sedap-sedap. Memang puas hati.

Alhamdulillah, lauk-pauk buffet kat sini sedap semuanya. Tapi kalau ada sambal lagi perfect!!!
Selesai makan, since takde apa nak buat, aku pergi ke spa yang terletak di sebelah cafe ni. Aku ambil package urut badan dan kaki selama 1 jam setengah dengan harga RM228. Agak mahal tapi standard la kan harga resort. Tapi berbaloi sebab the guy yang urut aku tu memang pandai urut. Lega sikit kaki dengan badan ni.

Buat foot refelxology di sini selepas selesai massage kat dalam tu.
Aku banyak habiskan masa di pulau ni dengan membaca novel di atas hammock dan mengambil gambar. Seronok berjalan sendirian di sekitar Sutera ni sebab pemandangannya cantik. Dengan air laut yang jernih, hijau kebiruan dan pasir yang halus dan putih. Kalau waktu tengahari korang berjalan kat pantai ni, memang silau ya. Dan bila cuaca elok, korang boleh nampak Gunung Kinabalu dari pulau ni. Pemandangan sunrise dan sunset pun menarik.

Pemandangan cantik… sesuai untuk melayan perasaan!
Aku ada juga try untuk berkayak. Tapi hazab ya kalau buat sorang-sorang. Tambahan pula, ni first time aku nak cuba. Dengan ombak yang agak kuat, mana nak pegang kamera… end up setakat seminit je duduk dalam kayak! Tu pun tak bergerak ke mana sebab tak larat nak berlawan dengan ombak. Hahaha..

Hajat yang tak kesampaian…
Syukur sangat sebab sepanjang 4 hari 3 malam aku berada di sini, cuacanya sangat baik. Pada waktu malam, langit memang clear dan korang boleh saksikan jutaan bintang dengan jelas. Sayang, aku takde kamera yang power untuk capture semua tu. Tambahnya pula aku masih belajar lagi nak ambil gambar bintang-bintang ni. Kalau korang datang berteman, boleh bentang tikar dan lepak tengok langit. Best kan? Aku buat je sorang-sorang actually. Masa try buat night photography. Sunyi, tenang dengan tiupan angin. Best giler!!!

Langit sangat clear, so boleh nampak jutaan bintang dengan jelas.
Di Mantanani ni pun sebenarnya ada aktiviti melihat blue plankton. Tapi depa tak buat sebab katanya bukan musim. Kalau ikutkan perangai gila aku, nak je merayap sorang-sorang pergi kat beting pasir di hujung tu. Tapi tak berani.. hahahaha.. Bahayakan sorang-sorang. Dah la gelap gelita. Tapi kalau ada geng, memang aku pegi je.

Oh, by the way… kat sini banyak ya tulang sotong katak. Bagi yang tak tahu, tulang sotong ni ialah sumber kalsium untuk burung peliharaan. Macam aku yang dok bela burung budgie ni. Aku memang beli tulang sotong ni kat petshop di Cyberjaya ni. Seketul RM15 kalau tak silap. Ni dah depan mata, memang aku kutip la beberapa ketul. Besar-besar pulak tu. Boleh jadi stok untuk setahun lebih ni. Hahaha.

KOTA KINABALU

Sehari sebelum pulang ke Kuala Lumpur, aku stay semalam di sini. Stay kat Promenade Hotel ni, memang boleh jalan kaki je la di sekitar KK ni. Sebab dah 10 tahun tak ke sini, aku memang clueless la. Pi masuk Oceanus depan hotel ni. Ingatkan nak mencari lunch. Lengang ya mall itu. Rupanya mall yang dah tak berpenghuni sangat. Ada la few shops je. Maybe sebab dah ada banyak mall baru kot.

Antara aktiviti yang aku buat sebelum balik kat KK ni ialah:

Body massage
Urut badan di Eden Reflexology yang terletak di belakang Promenade Hotel ni. No wonder la banyak review bagus. Memang bagus. Encik Faiz yang urut badan aku tu memang mantap urutannya. Ada promo RM110 untuk 2 jam. Kalau aku spend harga urut aku kat Sutera hari tu, maybe boleh urut sampai tertanggal kulit!

Day trip ke Pulau Manukan
Jalan kaki dari hotel ke Jesselton Point. Aku amik pakej 1 pulau je sebab nak balik awal. Tu pun boat operator lewat 30 minit. Rugi masa je. Harga tiket RM20 kalau tak silap. Sampai kat Manukan kena bayar RM5 untuk bayaran marine park. Anyway, okay la lepak sekejap kat Manukan ni. Ramai gila orang ya.

Pergi ke Pasar Filiipina
Just cari ikan bilis mata biru tu je sebab member aku kirim. Harga sini sangatlah harga pelancong. Aku tengok kopi Tenom kat sini RM12. Paling murah pun depa leh bagi RM9. Aku beli kat Speedmart99 belakang hotel ni baru RM6 (2-in1) & RM7 lebih. (3-in-1). Jauh nau beza. Tapi aku faham la, depa peniaga kecil-kecilan.. supermarket ni ambil kuantiti besar. Tu sebab boleh jual murah. Tapi sebagai pengguna akhir.. aku akan cari mana yang paling ekonomi lah.

Makan makanan laut di Welcome Seafood, Asia City
Aku pernah dibawa makan di sini pada 2012 dulu selain daripada Gaya Seafood yang famous tu. Seafood restaurant ni actually terletak di belakang Promenade Hotel je. Less than 1 km kalau berjalan kaki. Aku ke sini pada jam 3.00 petang. So memang takde customer lagi. Weekdays pula tu. Seingat aku masa aku pergi dinner dulu, ramai customer dia. So, untuk lunch, aku order 1 ekor ketam saiz besar masak kam heong, butter prawn, kangkung goreng belacan, 2 gelas lime asam boi yang sedap tu dan nasi. Mantap bai seafood dia. Jenuh aku nak habiskan sorang-sorang. RM101.95 untuk semua tu yang aku rasa sangat berbaloi. Dia punya kenyang sampai dalam flight aku tak ambil pun dinner yang depa sediakan. Kenyang gile weh!

That’s all perkongsian aku tentang trip aku ke Pulau Mantanani dan Kota Kinabalu ni. Apapun, aku memang puas hati stay di sini. Insyallah kalau ada rezeki aku akan ke pulau ni lagi. Memang tenang.

Tapi satu je yang tak best kat Pulau Mantanani ni.. masalah SAMPAH! Ya sampah..

Pulau ni semula jadinya sangat cantik tapi dicemari dengan sampah-sampah yang datang dari kampung berdekatan. Aku rasa masyarakat di sini ada masalah dalam menguruskan sampah-sarap mereka. Nasib baik di sekitar Sutera Mantanani ni tidak terlalu teruk kalau dibandingkan dengan kawasan pantai di kampung sebelah. Tapi depa pun terkesan apabila sampah-sarap ni mendarat di pantai resort mereka.

Sebelum sampai ke sini, aku berangan macam nak berjalan mengelilingi pulau ni. Tapi bila sampai dan aku nak buat, terbantut terus. Terpaksa berpatah balik selepas melihat keadaan di situ.

Aku macam terkejut gila tengok keadaan di sana dengan lambakan sampah-sarap di kawasan resort yang terbiar. Teruk sangat pemandangannya, Aku sangat berharap pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan segara bagi membantu menyelesaikan masalah ni. Sayang betul. pulau ni sangat cantik tetapi tercemar dengan tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.

Till then, selamat berpuasa!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.