Sabah trip 2021
Hello semua! Just nak kongsi tentang solo trip aku kali ni ke Sabah selama 4 hari 3 malam. Menghabiskan saki-baki cuti tahunan. Ni merupakan trip yang kedua aku ke sini. Kali terakhir adalah pada 2012. Lama gila tu. Aku memilih untuk stay ni Shangri-La Rasa Ria di Tuaran. Agak jauh dari Kota Kinabalu, kira-kira hampir sejam perjalanan dari KK International Airport.
Aku sengaja memilih untuk stay di sini sebab lokasi hotel ini lebih dekat dengan alam semula jadi. Kiranya tak terkilan la aku cancel Shangri-La di Tanjung Aru tu. Dan aku pun tiada plan untuk pergi ke mana-mana. Just menghabiskan masa di hotel ni je. Shangri-la Rasa Ria Hotel ni besar, so macam-macam aktiviti yang boleh korang lakukan. Aku memang puas hati betul dengan hotel ni dari setiap aspek – bilik, fasiliti, staf dan semuanyalah.. memang terbaik.
Rasaria Lookout & Discovery Centre di Rasaria Reserve
Hari kedua di Rasa Ria ni, aku mengambil pakej Sunrise Walk di Rasaria Reserve untuk menyaksikan matahari terbit berlatar belakang Gunung Kinabalu. Aktiviti bermula jam 5.00 pagi ditemani oleh guide/staf hotel, Mr. Dino. Berbaloi mendaki hampir setengah jam kat sini. Pemandangan matahari terbit dengan Gunung Kinabalu dan persekitaran pantai ni memang cantik. Kalau korang stay di hotel ni, jangan lupa pi sini. Worth it!

Polumpong Melangkap dan Tagal Tolungan di Kota Belud
Pada hari ke-3 ni, member sekampung aku, Mie, yang bekerja di Kota Kinabalu, dengan baik hatinya telah mengutip aku di hotel dan membawa aku berjalan-jalan ke Kota Belud bersama anak kesayangannya, Ammar. Gigih ya pompuan tu! Ni semua memang takde langsung dalam plan aku sebab aku memang nak memerap kat hotel ni je. First destination kami, Polumpung Melangkap. Tempat ni memang ada dalam wish list aku bila bercuti ke Sabah. Tak sangka pula ada rezeki nak pergi kali ni. Thanks to Mie!

Destinasi seterusnya pada hari ke-3 di Kota Belud. Selepas pi Polumpung, Mie bawa aku ke Tagal Tolungan pula. Best mandi sungai kat sini. Air bersih, jernih dan sangat menyegarkan! Dalam masa yang sama, boleh bermain-main dan beri makan ikan-ikan kelah yang besar dan jinak kat sungai ni.
Sebelum pulang ke hotel, aku ajak Mie ke Gayang Seafood untuk late lunch. Kalau pergi Sabah, kena la makan seafood kan sebab kat sini fresh dan harganya murah. Total makanan yang aku order tu dalam RM124 camtu. Dengan ketam, udang, sotong, lokan, sayur, nasi dan air. Memang mantap la. Cuma servis je la hauk sikit sebab slow. Satu-satu dia hantar.
Dan video di bawah ialah last part Sabah trip aku pada tahun 2021 ni. Terima kasih Shangri-la Rasa Ria kerana bagi aku late check-out. Takde la terkejar-kejar aku dibuatnya. Insyallah, ada kesempatan aku akan stay di sini lagi.
Thanks kerana meluangkan masa melawat blog ni dan menonton video aku ya. Jumpa lagi dalam next destination.
Till then, take care!
Leave a Comment