Winter in Seoul ~ Dec’15

Hi semua! Hari ni lepas kemas rumah, buat laundry semua.. aku curi sedikit masa untuk update trip ke Seoul aku hujung bulan lalu, December 2015. Memandangkan pada 24 dan 25 December tu ada public holiday (Maulidur Rasul dan Christmas), plus dengan weekend Sabtu dan Ahad, so ada 4 hari cuti di situ. Maka, aku pun decide untuk ke Seoul setelah hampir 11 bulan tak ke sana. Rindu Seoul okayyy!

Memula trip ni aku plan pergi sorang je sebab Erol pun tengah bersilat dengan exam dan Firr macam sure tak sure nak pergi. But then dia join aku gak beberapa malam sebab dia ada cuti. Dia mana boleh tak pergi Seoul. Gile mamat tu. Hahaha.

Apalah maknanya ke Seoul tanpa chingu aku sorang ni.

Aku pergi pada hari Rabu, 23 December 2015 dengan flight pada jam 1.00 pagi. Thanks to Eric sebab sudi hantarkan aku ke airport. Solo trip je. Melangut la aku beberapa jam kat airport sementara menunggu boarding.

Flight aku berlepas tepat pada jam 1.00 pagi. Tapi tahu je la kan… aku kalau dalam flight bukan boleh tidur pun. Terkebil-kebil je la biji mata. Alhamdulillah, cuaca elok sepanjang perjalanan dan aku selamat tiba di Incheon pada jam 8.45 pagi waktu tempatan.

Sunrise.. Masyallah cantiknya!

Selesai urusan imigresen, aku topup T-Money siap-siap sebanyak 30,000 won dan terus ambil bas menuju ke Myeongdong. Selepas hampir sejam perjalanan, berhenti di hadapan Sejong Hotel, aku pun heret la beg mendaki bukit pergi ke Namsan Guesthouse. Memula aku pi NGH2 sebab confident ingat book kat situ. Sekali rupanya aku pi book NGH1. Kena la heret bag naik ke atas lagi. Takde la jauh pun jaraknya. seciput je. Tapi sebab kau dah tua dan bag berat pula tu… macam nak hilang nyawa dibuatnya.

Aku terpaksa book 2 hotel; Namsan Guesthouse dengan Seoul Myeongdong Guesthouse sebab dua-dua guesthouse ni takde slot yang free untuk tarikh sepanjang aku di sini. So, first night di NGH1 dan hari berikutnya di SMGH. Jarak kedua-kedua guesthouse ni dekat je. Aku suka stay area Namsan ni sebab senang nak merayap ke Myeongdong dan naik ke NSeoul Tower.

More info:
Namsan Guesthouse – http://www.namsanguesthouse.com/ 
Seoul Myeongdong House – http://omaralattas.com/2016/01/10/guesthouse-in-seoul/

Kali ni kat NSeoul Tower ada seekor kingkong yang sedang memanjat.

So, untuk ambil kunci NGH1, aku kena pi ke NGH5 (sebelah menyebelah je) sebab kaunternya di situ. NGH1 ni actually the first Namsan Guesthouse. So abit “tua” la sikit. Tapi biliknya masih selesa. NGH5 ni yang terbaru, the one yang aku stay masa trip aku pada January 2015 hari tu. So, selesai checkin dan ambil kunci semua, aktiviti pertama.. TIDO!!! Hahaha.. Ngantuk gile ya memandangkan aku takleh tido langsung kat atas flight tu. Lagipun sementara nak menunggu Firr sampai sebab dia ambil flight jam 8.00 pagi.. so most probably dia akan sampai di Myeongdong sekitar jam 5.00-6.00 petang camtu.

Lepas bangun, sekitar jam 4.00 lebih, aku merayap ke Myeongdong mencari makanan. Lapaq plak perut. Takmo makan heavy sebab nanti nak dinner ngan Firr. So, aku singgah ke Caffe Pascucci pekena kek dan hot choc. Then, mundar-mandir la di Myeongdong dalam kesejukan.

Melayan jiwa seorang diri.. hahaha.

Penat berjalan, aku melepak di kerusi kat depan Migliore. Tengah-tengah lepak, aku perasan ada satu family Melayu kat situ. Bila dah sorang-sorang ni, tak sangka aku jadi peramah plak menegur. Hahaha. This family dari Bandar Baru Uda JB. Orang kampung den! Terus rancak berborak. Tanya kerja mana, buat apa. bla bla bla. Wife dia cakap ingatkan aku Korean. Wah makcik! Carut aku ke apa.. Mesti dia nak kata aku macam Bangla yang kerja kat sini kan?? Hahaha. So, lama la juga berborak sementara derang nak menunggu tour guidenya sampai. Lepas derang beredar, ada pula this one family Melayu dari Singapore. Pun berborak juga tapi tak lama la sebabnya si Firr dah whatsapp aku yang dia dah sampai di hadapan Namsan Guesthouse.

Lepak di sini sementara menunggu Firr.

So, lepas dah rest sekejap, lebih kurang jam 7.00 petang tu, kami merayap ke Myeongdong untuk dinner. Hajatnya nak pergi ke kedai ahjumma yang jual galchi jorim tu. Lama dah tak pekena. Rindu! Tapi bila sampai kat kedai dia, tengok-tengok kedainya dah takde. Waaaaaa… sedihnya! Beribu batu datang nak pekena asam pedas dia. Firr kata masa last dia pergi hari tu kedainya masih ada lagi. Urmmm.. mesti pindah kot. Takkanlah dah bungkus. Ramai kot yang datang. Anyway, di deret kedai ahjumma tu ada satu kedai yang jual galchi jorim juga. Siap tampal lagi perkataan “ASAM PEDAS, IKAN BAKAR, HALAL”. So, okaylah. At least ada juga kedai nak pekena galchi jorim ni. Bila usha-usha pun tengok kedai ni jual seafood je. Takde la nak risau sangat.

Info untuk kedai ni korang boleh refer link di bawah ni:
http://omaralattas.com/2016/01/09/asam-pedas-korea/

Lepas makan, kami pusing sekitar Myeongdong ni, usha tengok sale mana yang menarik. Umat manusia toksah ceritalah. Ramai nak mati! Dan benda yang wajib aku beli kalau datang time winter ni, tak lain dan tak bukan adalah buah strawberi. Ya ampun… sedapnya! Dah la besar, merah.. manis pulak tu.

Sejenis kemestian bila ke Seoul.

Keesokkan harinya pula, kami ke Hongdae/Hongik University. Mencuci mata melihat baju-baju. But sebelum tu, kami breakfast di Yoogane Dakgalbi, pekena nasi goreng seafood. Pastu barulah menjelajah kawasan ni. Tershopping jugalah kasut dengan baju kat sini. H&M sini kalau time sale memang murah gile. Mana nak dapat jumper/sweatshirt yang harganya sekitar RM30 lebih kat H&M Malaysia tu. kasut New Balance pun camtu. Bila deduct dengan tax refund… murah kot banding ngan kat Malaysia.

Jom ke Hongdae!

Lepas penat berjalan, rehat sebentar di Angel-in-us Cafe, sambil-sambil minum coffee, sempat jugalah aku buat sketching dengan bakat yang nan hado tu. Hahaha. Seronok plak rasa. Sambil cuci mata.

Gigih melukis tapi…
Hasilnya tak seberapa… hahahaha.

Anyway, lepas puas merambu di Hongdae, kami balik ke Myeongdong untuk berjumpa dengan kawan Firr, Jenny, awek Korean-Chinese. She’s very friendly. Since dia tak lunch lagi, dia bawa kami makan chungmu kimbap di area ni. Chungmu kimbap ni adalah plain rice kimbap (macam sushi) dimakan bersama sotong cili dan kimchi lobak putih. Sedap, murah dan mengenyangkan. Then, singgah di MCM sat, cari bag. Selesai membeli, kami pun balik berehat di bilik sebelum keluar semula pada malam harinya untuk dinnner.

Firr, me and Jenny
Chungmu kimbap

After that, kami ke Lotte Mart mencari makanan/snacks yang boleh dibawa balik nanti. Bagi as souvenirs pun boleh gak. Melilau biji mata sebab banyak sangat Korean product yang best-best; dari tea, coffee, seaweed.. rambang biji mata. Manusia jangan cakaplah. Ramai kemain.. yelah Christmas Eve kan. Masing-masing semua busy membeli-belah.

Macam-macam benda…

Dah puas bershopping, kami balik dulu ke bilik hantar barang then merayap ke Myeongdong. Mana lagi best nak pi… hahaha. Duduklah kat Caffe Pascucci sampai lebam mencuci mata sambil pekena hot mocha. Sayang. this time masa datang salji tak turun macam tahun lepas. Kalau tak, mesti lagi best.

Kalau ada snow mesti feeling ni..

Keesokannya hari Christmas… so hari tu crowd di Myeongdong tak sesesak semalam. Lepas brunch di Yoogane, aku hantar Firr ke Sejong Hotel sebab dia balik KL hari ni. Lepas dia dah selamat naik bas, aku balik semula ke bilik dan sambung tido! Hahaha.. kali ni most of the time aku tido je. Sejuk kot kat luar tu. Beli snack siap-siap then letak tepi katil. Best gile berselubung dalam comforter sejuk-sejuk camni. Aku keluar pi Myeongdong pun bila betul-betul lapar je untuk cari proper meal. The rest kat dalam guesthouse. Setiap kali aku nak ke toilet, macam aku dok sorang-sorang je kat guesthouse ni sebab siangnya semua keluar berjalan. Aku sorang je kot mereput dalam bilik.

Hajat di hati nak buat photoshoot kat palace la.. Hanouk Village la.. semua ke laut. Nak ke Yongpyeong lagi la aku malas. Tido lagi best!

Jom ikut oppa naik! Haha

A day sebelum aku balik on 26th tu, pagi-pagi lagi aku dah bangun mendaki Namsan naik ke NSeoul Tower. Punyalah lama aku ambil masa. Slow-slow je aku jalan. Best kot.. berjalan dalam sejuk-sejuk sambil menikmati bunyi kicauan burung. Salji pun turun malam tadi tapi seciput je.

Salji yang seciput.

On the way naik ke atas tu, terserempak dengan sekumpulan ahjumma bekas pesara guru. Endup half way ke atas aku berborak dengan derang pasal South Korea dan Malaysia. One of them ada anak yang bekerja di KL. Macam-macam benda dia tanya.

Layankan je.. hahaha.

Anyway, sampai kat atas tu, aku pi balik mangga yang aku letak last year. Jumpa pun dalam ribuan mangga yang bergantung kat situ. Padahal awal January hari tu.. kosong kot. After that, aku lepak kat cafe di NSeoul Tower tu. spot favorite aku mengadap bandaraya Seoul, sambil minum hot mocha. Layan sungguh!

Cercari mana kita punya? Hahaha…

Selesai melayan perasaan di NSeoul Tower, aku balik ke bilik sambung tido (lagikkk!) sebelum keluar ke Myeongdong selepas tu untuk last minute shopping. Then, balik bilik, kemas semua khazanah sebab esok pagi-pagi lagi jam 4.00 pagi aku dah kena cabut amik bas untuk ke airport.

So, dalam 4.15 am tu aku dah bergerak ke Sejong Hotel menunggu bas. Ya Rabbi.. punya lah sejuk. Setengah jam aku rasa dah macam nak beku dah. Hahaha.. tu la nak sejuk sangatkan!

Apapun, syukur dapat berpeluang menjejakkan kaki di bumi kimchi ni. Dunno la.. Seoul memang sentiasa dekat di hati. Travel la ke mana pun.. aku tak pernah jemu dengan tempat ni. Hanya chingu aku je yang faham perasaan ni. Hahahaha.

Bye bye South Korea. See you soon!

Okay, till then. Thanks sudi baca karangan aku yang cam bangang ni. Selamat berhujung minggu semua!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

0 comments On Winter in Seoul ~ Dec’15

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer