Sharing is caring

Sebelum aku type lebih panjang lagi, aku nak ucapkan terima kasih kepada Bie kerana mengajak aku untuk turut serta dalam company tripnya ni. Dalam erti kata lain, FREE VACATION!!! Yesss!!!

Trip selama 3 hari 2 malam pada 10-12 Mei 2013 lepas adalah trip yang sekejap tapi sangat santai dan menenangkan. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Krabi. Sedih kan? Tapi lagi sedih kalau aku cerita yang Langkawi pun aku tak pernah sampai. Hahaha..

Okay, aku dan Bie sampai awal kat LCCT. So sementara menunggu officematesnya tiba, kami isi perut di Old Town. Bedal nasi lemak. Flite kami lebih kurang pukul 1.00 lebih dan sampai di Krabi Airport setelah 1 jam 30 minit perjalanan. Masa nak landing tu ternampak bentuk muka bumi Krabi yang banyak dengan pulau-pulau kecil, hati aku dah melonjak-lonjak excited. Tak sabar nak bersantai katanya. So sampai je airport, dah ada van yang menunggu. Perjalanan ke hotel agak jauh juga. Tapi the journey was great. Boleh mencuci mata melihat persekitaran yang baru.

Aku, Bie and Farah. Tempat menunggu ni banyak lalat okay. LCCT pls do something!

Di Krabi ni, kami stay di Aonang Buri Resort. Hotel ni terletak berhadapan dengan Nopparattara Beach dan hanya 10 minit berjalan kaki untuk ke Aonang Beach. Pemandangan memang cantik dan sangat  mendamaikan.

Paus terdampar!

Bila dah selesai semua urusan check-in bilik, aku, Bie, Farah dan makciknya mula plan untuk keluar mencari makanan. Oh! The best part untuk trip ni adalah ia merupakan free and easy trip. So sukalah nak buat apapun. Lepas sewa scooter kat hotel tu, kami berempat terus ke menuju ke Krabi town dengan melalui jalan uta a di pesisiran pantai yang di kiri kanannya penuh dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian dan cenderahati. Tak lupa juga terdapat facial and massage centre yang bersepah-sepah kat sini.

Pusing-pusing town ngan Bie. Suruh aku bawak motor memang ke longkang la!

Mencari makanan halal di sini taklah sesusah mana. Ada je kedai makan Muslim yang terselit di antara deretan kedai-kedai di sini. Tapi sebelum kami menjamu selera, terpandang pula this one shop yang menawarkan pakej untuk aktiviti island hopping di sini. Yang menjaganya pula adalah seorang “hakakkkk” yang peramah. Agak tertarik juga dengan pakej yang ditawarkan sebab harganya yang berpatutan. Bukanlah aku tertarik dengan hakakkk itu ya! Tapi kami tinggalkan dia dulu sebab nak survey kat tempat yang lain, mana tahu kot ada yang lebih murah (walaupun hakak tu dah jamin dia je yang boleh bagi “bes peraisss” (best price). Jalan punya jalan, kami berhenti at this one restaurant yang menawarkan makanan halal. Yang jaganya pun cam Bangla je. Ada Indian food, western food as well as local food. Aku terus order tomyam seafood sebab sejak dari dalam flite dok ingat nak makan tomyam je tadi. Food was nice dan tomyamnya boleh tahan sedap juga, walaupun saiznya ciput je. Lepas makan, kami meronda kat area kedai-kedai tersebut sambil mengusha pakej aktiviti yang ada. Ternyata memang offer hakakkk tu juga yang terbaik. So last-last kami terus book untuk 3 orang – makcik Farah taknak join sebab takut mabuk laut katanya. Pakej “Discover The Andaman Sea” selama setengah hari yang kami ambil ni berharga 1000 baht iaitu aktiviti island hopping dengan menaiki speedboat dan snorkelling di 8 lokasi sekitar Lautan Andaman ni iaitu Bamboo Island, Hin Klarng, Monkey Beach, Tonsai Bay, Viking Cave, Pi Leh Lagoon, Lohsamah Bay dan Maya Bay. Termasuk sekali dengan lunch (halal). Not bad la kan? So selesai mencuci mata di kedai-kedai ni, kami pun pulang ke hotel kerana pada malamnya ada acara dinner.

Dinner kami pada malam tu adalah di sebuah restoran yang terletak di tepi pantai, dekat dengan area kami berjalan petang tadi. Nama restoran tak ingat sebab tak sempat nak snap pic sebab bateri phone aku dah mati sebab tak sempat nak charge. Haaa.. banyak sebabnya kan? Food was superb! Ditambah pula makan di tepi pantai dengan hembusan bayu malam kan? Makin berselera. Selesai makan, kami merayap lagi kat area kedai-kedai souvenir tu. Sempat la sambar apa yang patut selain mata mengusha spa mana yang best  untuk pergi buat facial dan massage. So malam tu takde apa benda sangat nak buat selain daripada melepak kat reading area untuk online. Wifi tak sampai okay kat bilik. Stress pakcik!

Keesokan harinya, selepas breakfast aku, Bie dan Farah berjalan ke pantai di hadapan hotel tu sebab untuk aktiviti island hopping kami, tempat berkumpulnya di situ. Ramai juga umat manusia kat situ dengan nombor bot masing-masing. Lebih kurang jam 9.00 lebih, bot kami yang bernombor 7 tu pun sampai. So kami dah cop siap2 duduk di bahagian hadapan bot dengan harapan hendak mendapat view yang menarik. Tatau lagi tu azab yang bakal menimpa. Hahaha. Duduk sekali dengan kami adalah pasangan warga emas dari France  dan pasangan suami isteri dari Australia.

Muka sebelum terbakar
Boat sula sampe..

Destinasi pertama kami adalah Bamboo Island. Bamboo Island terkenal dengan pasir pantainya yang putih dan halus, air lautnya yang crystal-clear dan bersih serta hidupan marinnya. Kami berada di sini lebih kurang sejam. Duduk lepak-lepak melihat aksi manusia kaedahnya.

Muka dah mula terbakar. Sia-sia rutin pencerahan!

Selepas sejam kat sini, kami ke Hin Klarng pula untuk aktiviti open sea snorkelling yang di mana di sini terdapat banyak batu karang dan ikan-ikan yang cantik.

Selesai mereka bersnorkelling Hin Klarng ni, kami ke destinasi seterusnya iaitu Monkey Beach. Untuk pengetahuan korang, perjalanan dengan menaiki speedboat ni memang mencabar sebab ombaknya yang kuat. Banyak kali boat kami terhentak-hentak dan terpaksa slowkan speed. Ngeri pun ada jugak. Tangan jangan cakap la… berlilit paut kat seat. Tu la kan..nak sangat duduk kat depan. Semasa nak ke Monkey Beach ni la, ada satu masa tu boat kami terhempas kuat masa meredah ombak. Sudahnya, pakcik dari France tu terjatuh ke lantai boat. Kuat jugak terhentak belakang dia. Ye la kan.. awak tu dah tua. Tak reti nak duduk diam. Tu la jadinya. Memula dia dok rehat kat seat dalam tapi sebab still banyak kali terhentak dalam perjalanan tu, dia dah tak tahan. So kami terpaksa ke Phi Phi Island turunkan dia sebab so that dia boleh dapatkan rawatan kat klinik. Macam-macam hal. Lepas dia turun kat Phi Phi Island tu, the Australian couple tu dok mengutuk dia sebab tak reti duduk diam. Nak wat cemana… dah pakcik tu excited nak ambil gambar kan.. Hehehe.

So lepas insiden tu, kami teruskan ke Monkey Beach yang juga terkenal dengan hidupan marinnya. Then kami ke Phi Phi Island semula untuk makan tengahari. Ombak agak besar juga la masa kami turun dari boat tu. Kalau camni punya ombak pun aku dah ngeri, camne la agaknya time tsunami dulu kan? Anyway, lunch di sini so-so je. Meriah dengan bawang saje. Hahaha. Tapi apa ada kisah. Rezeki.. makan je lah.

Cantik wey tempat ni!
Air lautnya sangat clear
Meriah dengan bawang sebenarnya

Done with lunch, then kami ke Pi Leh Lagoon dan Lohsamah Bay. On the way ke sana, kami singgah di Viking Cave, lokasi di mana aktiviti mengambil sarang burung dijalankan. Lalu tepi je.. tak masuk pun. Anyway, pemandangan di Phi Leh Lagoon dan Lohsamah Bay ni memang memukau. Airnya pun tenang. Aku tak berhenti-henti snap gambar. Dan akhirnya aku terpaksa mengalah.. turun juga snorkeling. Rugi pulak rasa kalau tak turun.

Viking Cave.. lalu tepi je
Phi Leh Lagoon

Destinasi terakhir untuk trip ni adalah Maya Bay yang terkenal dengan filem lakonan Leonardo DiCaprio, The Beach. Again… pemandangannya memang cantik! No wonder la tempat ni sangat famous. Dengan pasir yang putih, airnya yang jernih kebiruan dan berlatar-belakangkan bukit-bukit batu kapur. Memang indah. We spent like an hour kat sini. Lepak-lepak melihat telatah manusia dan mencuci mata. Hahaha!

Ramai umat manusia kat sini
Kena tengok depan mata baru dapat rasa keindahan tempat ni

Kami diturunkan di lokasi yang berbeza, the other side.. bukan lokasi yang kami berkumpul tadi. Memula bajet nak jalan kaki.. ingatkan cam dekat je la kan.. tapi rasa-rasa cam jauh je. So we decided amik tuk-tuk untuk balik ke hotel. Tapi sebelum tu sempat membedal juadah ringan yang dijual di situ. Peniaganya wanita Muslim. Sedap okayyy roti perata pisang ngan cheese tu.

Sampai hotel kami berehat melepaskan penat. Time ni la rasa badan cam nak tercabut bahana dari naik speedboat yang banyak kali terhempas-hempas tu. So sebelum pergi dinner, kami pergi berurut kat spa centre hotel ni. Free je, termasuk ngan pakej hotel. So-so massagenya.. tak best mana pun. Anyway, dinner kami malam ni adalah di The Hilltop Restaurant yang memang terletak di atas bukit. Boleh nampak pemandangan Krabi kat sini.. tapi dah malam kan.. apa je yang boleh nampak. Makanannya pulak memang superb especially tomyamnya yang pedas itu. Suka sangat! Tambahan pula sambil makan, kami didendangkan dengan alunan lagu-lagu yang santai.. terasa relaks betul lah. Selesai makan di situ, kami berpecah. Ada yang nak pergi tengok show la.. nak pi last minit shopping la.

Bergambar sebelum pulang

Aku ngan Bie decided untuk pusing-pusing town selain daripada mencari souvenir, kami nak cari spa yang buat facial dan massage. Aku la sebenarnya nak cari.. hahahaha. Kes tak puas hati sebab massage petang tadi so-so je. Dan terjumpa lah this one spa yang tawarkan pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan. Aku ajak Bie teman dengan membelanja dia buat foot massage sementara aku buat massage dan body scrub selama 2 jam. Best okayyyyyy!!! Puas hati sangat-sangat. Sedap pakcik tu urut badan plus dia  sental belakang badan sampai aku rasa bebas dari sebarang daki-daki. Hahaha. Selesai berurutan, kami balik bilik dan siap-siap packing. Lepas tu duduk bersidai kat bawah beronline.

Keesokkan harinya, selepas breakfast, kami pun berangkat ke airport but sempat singgah at this one souvenir shop untuk beli apa-apa yang berkenan untuk dibawa pulang. Beli satu dua benda yang menarik di situ sebagai kenangan. Kan sekarang ni aku gila kumpul piring yang bermotifkan desinasi yang kita lawat tu… so beli la untuk buat collection.

New friends

Anyway, trip ke Krabi ni memang menarik dan totally santai. Suka!!! So next time boleh datang lagi untuk short-trip atau berhujung minggu mungkin. Dan terima kasih sekali lagi pada Bie yang ajak aku join trip ni and to all Kelliers yang sangat peramah dan prihatin.

So kesimpulan yang aku boleh buat di sini adalah:

  • Sangat sesuai untuk short-trip, bersantai dan relax – yang paling aku suka facial dan massage kat sini. Harganya sangat berpatutan dan servisnya bagus (based on spa yang aku pergi.. tak ingat plak apa namanya… hehehe)
  • Island hoping – tobat dah aku nak naik speedboat tu. Terhempas-hempas boat melawan ombak. Sangat tak sesuai untuk warga berumur (aku muda lagi k!!!!). Sakit gile badan lepas tu. Mungkin aku gi ambil seat depan kot…. tatau la.
  • Nak beli souvenir or baju, topi, seluar atau apa ke.. kena tawar separuh harga atau rendah lagi. Harga yang derang letak tu agak mahal gak.
  • Makanan halal senang nak cari. Ada je kedai-kedai makan Muslim terselit-selit kat area town tu.
  • Kena try roti perata ngan cheese mayo atau yang sewaktu dengannya. Sedap sampai pengsan ya!

p/s: next trip mungkin Bie dah tak ajak aku dah.. sebab dia dah ada buah hati baru.. Mencik lah! Hahahaha.. 😛



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.