Sharing is caring

Day 1 & 2: Kuala Lumpur – Imam Khomeini Airport – Gajereh Hotel, Dizin

Seperti biasa, thanks kepada Bai sebab as usual menjadi supir setia menghantar kami ke KLIA2. Gerak dari rumah around 3.30 pm dan sampai di airport 45 minit selepas tu. Flight kami KL ke Tehran departed almost on time. Sangat packed dengan warga Iran juga. Dan Alhamdulillah kami selamat mendarat di Imam Khomeini International Airport sekitar jam 11.25 malam waktu sana. Immgration was smooth although bila time aku lama sikit sebab dia berkali-kali check dan tanya aku ni betul ke Malaysian. Hahaha. Nasib baik lepas!

Thanks Bai & Azuan sebab sudi hantar kami.
Di luar Imam Khomeini International Airport (IKIA), Tehran.

So, bila dah ambil beg masing-masing, kami terus mencari money changer dan nak membeli local simcard. Malangnya, booth simcard tutup sebab dia bukan 24 jam macam kat Malaysia. And money changer pun hanya boleh tukar USD100 sahaja setiap seorang. Harap-harap cukuplah sebab hotel ngan taxi semua kami bayar guna USD. Ni just untuk makan, etc je.

Oh ya, malam sebelum kami bertolak, ITTS ada email aku mengatakan mereka tak boleh nak ambil sebab jalan ke Dizin ditutup dari jam 8.00 pm hingga 5.30 am waktu kami sampai tu. So, aku reply kat derang minta arrangekan taxi paling awal selepas jalan tersebut dibuka. Lambat juga dia nak reply masa ni. So, dalam kepala aku dah set kena amik mana-mana taxi sapu kat luar airport tu untuk ke Dizin. Diorang ada suggest suruh bermalam di Tehran dulu kat mana-mana cheap hotel then esok pagi bergerak ke Dizin, tapi aku tolak sebabnya malas nak masukkan kos hotel lagi dan lagipun sampai dah lewat malam. Rugi je checkin hotel. Aku cakap kitorang tak kisah tunggu kat hotel sampai pagi until jalan tu dibuka. And bila dah sampai KLIA2 tu baru dapat reply yang derang takleh nak arrange taxi straight to Dizin on that night sebab tak cukup staff. Sabar je lah…

Jadinya, lepas tukar duit tu, ada this one pakcik dok sibuk ikut kitorang tanya nak ke mana. Bila cakap Dizin, dia beriya cakap boleh hantar ke sana dengan USD80.00. Aku tawar minta USD75 tu macam boleh je.  Tapi aku bagitau kat dia yang aku dapat email dari ITTS cakap jalan tutup. In fact aku minta tolong this one lady kat info kaunter tu tolong translatekan apa yang aku kat pakcik ni. Tapi dia beriya-iya cakap buka. So, okaylah, we proceed naik ngan dia.

Dipendekkan cerita, sampai je kat area Amir Kabir Dam nak masuk ke Dizin Road tu around 2.30 pagi, memang sah jalan tutup sebab heavy snow. Makanya, terpaksalah kami melepak dalam kereta selama lebih kurang 3 jam menunggu jalan tu dibuka semula jam 5.30 pagi. Dalam suhu yang sejuk gilerrrr, mujurlah kereta dipasang heater. Tapi on the brighter side, bagus juga naik ngan pakcik ni sebab at least kami sampai Dizin awal, daripada dok mereput kat airport tu nak tunggu cab sebelah paginya.

Mereput dalam kereta selama 3 jam. Mujur dalam kereta panas. Kalau tak.. mati kesejukan!

Oh.. nama driver kami ni Reza. So, pakcik Reza ni bawak kereta cam haram la juga. Aku ngan Eric kecut perut takleh nak tido. Yang lagi 2 orang tu memang dah selamat. Mana taknya, dibawa kereta terhuyung-hayang.. makan jalan. Sampai kami kena alertkan dia yang ada kereta kat depan. Tatau la dia ngantuk ke.. mata tak berapa nak nampak ke.. Wallahu’alam.

Perjalanan menuju ke Dizin di Velayat Rud setelah memasuki simpang di Gachsar.

Jadinya, bila jalan dah dibuka around 5.20 pagi, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Dizin. Sepanjang jalan salji kemain lagi turun. Bila dah sampai di Gachsar, nak masuk ke Velayat Rud cuaca dah mula cerah. Tapi jalan kat sini masih tebal dengan salji sebab belum ada jentera yang clearkan jalan ni lagi. Just nice kat depan sikit Seven Hostel in Dizin sebelum sampai Gajereh ni, kereta ni tak boleh nak naik jalan bukit ni sebab licin. Ah! sudah. Terpaksalah kami keluar dari kereta dan tolong tolak. Dan aku pulak bimbang takut hotel dah terlepas ke camne, dok berjalan kaki dalam suhu negatif ni mencari Hotel Gajereh. Masalahnya bangunan kat sini semua sama warnanya. So, memang agak susah nak mencari. Refer pun gambar sekeping dari website. Dengan bateri nak matinya… internet yang super slow.. so, aku meredah kesejukkan dok usha hotel kat sepanjang jalan ni. Time tu dah lebih kurang jam 6.30 pagi. Dah terang la sikit. Tapi aku give up sebab takut jauh lagi. Takut kalau aku teruskan juga mahu pengsan ni. Alhamdulillah, masa nak patah balik tu kereta kami pun dah boleh bergerak. Dan, derang pun dah tanya orang kat situ, Hotel Gajereh ni actually few meters je lagi.

Bila sampai kat entrance hotel, signboard tulis Gajereh Resort. Aku dah cam pening sebab kalau ikut internet namanya Gajereh Hotel dan ada seketul bangunan je. Ni banyak kot bangunan dalam resort ni. But, bila aku terpandang this one building yang exactly macam dalam website, barulah lega hati sikit. Tu pun, tak boleh nak drive naik ke hotel lobby sebab jalan bersalji tebal. Pakcik Reza dok try bawak pun tak bergerak langsung. Kesian pulak tengok orang tua ni. Lepas turunkan luggage semua, aku cakap kat Eric, kita bagi lebih la kat dia sebab tatau camne dia nak balik Tehran sorang-sorang nanti. Tak sempat dia minta, kami terus bagi dia USD100 bagi dia happy sikit. Harap-harap selamat la orang tua ni sampai ke Tehran hendaknya.

This is our Pakcik Reza. Harap-harap dia selamat sampai ke Tehran hendaknya.

Sampai kat lobi hotel, punyalah lega sebab ada heater. First aku minta, sebotol air kat receptionist tu sebab gile punyalah kering tekak. Dia pun suruh duduk dulu panaskan badan sebelum checkin. Hahahaha..

Bila time checkin, aku cakap kami bayar dalam USD sebab itu yang derang email kat aku.. amount USD520 untuk 1 room for 3 (aku, Erol ngan Firr) dan 1 bilik untuk hakak Eric. Gile nak satu bilik ngan pompuan. Kena tangkap naya jek. Walaupun Eric ialah perempuan macho! Hahaha. Tapi si Najmeh ni nak gak aku bayar dalam rial.. but aku berkeras cakap mana ada rial.. kami prepare USD semuanya untuk hotel. Nak tukar rial kat airport pun ciput je dapat. Macam itik bercakap ngan ayam. Last-last dia pening sampai tergelak-gelak.. dia accept juga USD kami. Settle!!!!

Sampai bilik, kami letak beg, terus ke restoran kat level bawah lobby ni untuk breakfast. Lapar hawau! Mujurlah buffet breakfast, so boleh makan sebanyak mana yang suka walaupun menunya tak semeriah mana. Tapi sedap. Ada roti, cream cheese, butter, honey/jam, timun, tomato, telur dengan sosej. Airnya pula teh O panas dengan orange juice. Memula roti derang ni kami ingatkan tisu sebab pelik sungguh bentuknya. Macam kertas. Tapi, bila tengok derang makan. kita pun trylah. Sedap gak sebenarnya bila dah campur macam-macam.

Restoran di level bawah hotel.
Our buffet breakfast untuk 4 hari berikutnya. Dan itu adalah roti ya.. bukan tisu!

Bila dah kenyang, kami naik bilik, rehat dulu dan mandi (rimas walaupun kat sini sejuk namati!). Sekitar jam 2.00 petang camtu, kami turun semula ke restoran ni untuk lunch. Menu kami ialah barg kebab with rice (nasi ngan kebab) berharga 310,000 rial.. lebih kurang RM42.00. Rasa cam mahal tapi portionnya boleh tahan banyak. Jenuh juga nak abiskan. Yang penting sodap!!! Aku siap bawak turun serbuk cili siam untuk menambahkan selera lagi. Ada pedas barulah syiok.

Barg kebab with rice ~ 310.000 rial.
Buka sejadah nak solat… terpelanting dua ketul batu. Ini salah satunya. Kita letak tepi elok-elok ya. Hehehe.

Dan, petang ni kami hanya spend kat area hotel ni sahaja bermain salji. Pergi kedai kat luar hotel tu nak membeli barang pun kedainya tutup. Kat sini punyalah lebat wehhh saljinya. Memang puas hati. In fact, ni la winter experience aku yang paling best berbanding ngan Japan atau South Korea. Seharian kami merambu kat persekitaran hotel ni. Dari petang sampailah senja. Then dinner pun di hotel saje. The rest of the night, dok melepek kat sini try online dengan wifi yang macam siput.

Keadaan di luar hotel.
Lebat betul salji turun hari ni.
Puas hati bermandikan salji kat Dizin ni.
Hamba Allah yang sekor ni rajin meneman kami ke sana sini. Bodyguard lah ni. Ada 2 ekor lagi not in the pic.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.