Sharing is caring

Khas buat Cyberians di luar sana, sebuah lagi restoran baru dibuka di Tamarind Square, Cyberjaya. The Tepen, merupakan restoran yang menampilkan masakan Melayu-Fusion dengan pelbagai pilihan. Boleh tahan banyak menu depa sediakan. Dan aku cuma sempat merasa 4 daripadanya. Terdapat juga pilihan kek yang boleh korang try.

Tepen tu kalau korang BBNU tak tahu merupakan mangkuk tingkat yang selalu orang-orang dulu dok guna. La ni pun banyak je yang pakai untuk bawak bekal ataupun nak bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga. Bahasa Inggerisnya “tiffin”.. kena kat lidah Melayu terus jadi tepen! Hahaha… Okay enouf. Meh aku komen pulak apa yang aku makan.

Okay.. untuk appetizer, aku memilih untuk try Sate 3 Sekawan iaitu 3 batang sate lilit yang diperbuat daripada ayam dan makanan laut. Isi sate ni dililit pada batang serai dan dibakar. Sate seperti biasalah… dihidangkan bersama kuah kacang dan timun. Rasanya boleh tahan sedap dan kalau boleh aku simpulkan… rasanya exactly macam satar Terengganu tu. Cukup rasa rempah ratusnya.

Utuk salad pula, aku try Pecal ala Tuaran yang berharga RM5.00. Pecal ni mengandungi mihun, pucuk ubi kayu dan isi nangka muda yang dicampurkan bersama kuah kacang. Personally aku rasa salad ni terlalu sihat sebab abit tawar. Hahaha.. Pedas kuah kacang tu dah okay dah. Kalau cukup rasa masinnya then aku rasa okay.

Sate 3 Sekawan – RM8.00
Pecal ala Tuaran – RM5.00
Laksa Salmon – RM18.00
Aglio Olio Bunga Kantan – RM15.00

Untuk main course pula, Syai memilih Laksa Salmon yang berharga RM18.00. Portion boleh tahan. Aku sempat rasa kuahnya. Quite good. Berasa lemak, masinnya.. kira cukup rasalah. Dan Syai kata isi ikan salmonnya fresh. And that’s good!

And for me, aku memilih untuk try Aglio Olio Bunga Kantan. Harganya RM15.00. Portionnya pun banyak juga. Dan aku seperti biasa.. minta extra pedas. Dari segi rasa, bagi aku ada kureng sikit sebab takde rasa savoury atau umami flavor. Walaupun ada seketul udang tapi bagi aku takde umphh lagi. Maybe kalau depa tambah something like halal bacon, stock ke atau apa-apa je lah untuk dapat that umami taste.. aku rasa dah perfect untuk lidah aku ni.

Overall, it is a good place to dine in. Maybe next time aku nak try menu lain pula. Katanya bebek dengan nasi buluh kat sini sedap juga. Dan aku ternampak that Russian cake apa ntah.. macam menggiurkan. Tapi takdan nak try sebab perut dah penuh.

So, kepada warga Cyberjaya yang nak try makan kat tempat baru, bolehlah berkunjung ke The Tepen ni. Selamat menjamu selera!

Address:
D2-03-07, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 10, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Operation hours:
11.00 am – 10.00 pm



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.