Sharing is caring

Hi guys! Minggu ni aku berkesempatan untuk dinner di satu lagi restoran yang terdapat di Tamarind Square, Cyberjaya iaitu Herbs & Butter. Dah beberapa kali nak try akhirnya berjaya juga. Masa lalu first time dulu, aku dok ingat kedai makanan barat.. so aku tak rasa nak singgah sebab Western food ni tak berapa sangat. Tapi bila terpandang menu ada dendeng la, mee rebus la.. macam wahhh… boleh la cuba. So ni la ceritanya.

Herbs & Butter ni terletak sama level dengan Burger King kat Tamarind ni. Korang Google la sendiri kat mana ya. Actually aku dah dua kali ke sini dan order menu yang sama. First time dengan Fad aku try Smoked Butter Beef. So, semalam aku angkut the girls sekali untuk dinner sebelum sessi Pounding kat The Barn Level 4 tu.

Jadinya, pilihan aku pada malam ni sudah tentulah Smoked Butter Beef sekali lagi yang berharga RM15. Kenapa aku suka masakan ni? Sebabnya kuah butter dia memang mantap! Creamy… cukup lemak masinnya. Lauk-lauk kuah butter ni memang tak pernah ada dalam list makanan yang akan aku order pun. Tapi this one memang sedap. Dagingnya pun empuk lembut, dengan salutan tepung yang rangup. Memang aku suka. Makan pulak dengan keropok belinjau dan sambal belacan. Memang perfect combination bagi aku lah.

Smoked Butter Beef – RM15.00

Selain daripada menu ni, restoran ni juga menghidangkan Nasi Daging Dendeng. Fad dengan Eleena order menu ni dan diorang cakap memang sedap. Aroma daging dendengnya pun dah menyelerakan. Aku takdan nak try lagi. Maybe next order pulak. Perut ada satu je uolss! Hahaha..

Nasi Daging Dendeng – RM12.00

Tapi.. tapi… aku still order Laksa Johor! Hahahaha.. Aku memang ada soft spot untuk Laksa Johor. Kenyang macam manapun.. masih ada ruang kalau ternampak menu ni. Tatau la sebab aku memang suka Laksa Johor kot. Ni memang menu kami sekeluarga untuk Hari Raya dari zaman tok nenek aku dulu sampai la ni. Tak pernah wujud ketupat rendang bagai. Tiap-tiap tahun Laksa Johor. Soooo… bila aku try Laksa Johor kat sini.. sebagai bangsa Johor.. aku boleh cakap memang sedap especially kuahnya. Aku nampak posting kat FB diorang claim guna ikan parang. Tu memang resepi asli lah.

Ulam-ulaman memang authentic Johor style. Pantang tok nenek moyang aku Laksa Johor letak bunga kantan, kacang panjang bagai. That’s not authentic Laksa Johor! Ulaman Laksa Johor sepatutnya hanya timun, bawang, taugeh, daun kesum dicampur dengan daun selasih, sambal belacan dan limau kasturi. That’s it! Kalau ada yang tambah cepo (jeruk lobak) tu still acceptable lagi lah. Other than that.. no no!

So.. okay aku suka Laksa Johor dia. Cuma aku dah terbiasa makan Laksa Johor dengan sambal belacan dengan daun selasih & kesum yang banyak.. terlupa plak ni makan kat restoran. Hahahaha. Tapi kalau daun dia lebih sikit.. I’m a happy Johorean! Hahahaha.. But mungkin la dia letak sikit sebab bukan semua orag suka daun-daun ni. Oh.. harga Laksa Johor ni ialah RM15.00 juga.

Laksa Johor – RM15.00

Jay pulak order Mee Rebus. Tengok rupa pun dah menarik sebab kuahnya pekat. Mengingatkan favourite aku, Mee Rebus Haji Wahid kat JB tu. Macam tu lah rupanya. Cumanya Jay kena minta garam sikit sebab ikut lidah dia macam tawar sikit. Apapun katanya memang sedap sampai habis licin dia bedal. Harga bagi Mee Rebus ni ialah RM12.00.

Mee Rebus – RM12.00

Fariha pula sebagai mek Kelate tetap memilih menu Nasi Abe We. Ala-ala Nasi Kak Wok camtu lah. Nasi dengan ayam goreng dihidangkan bersama kuah kari camtu, keropok belinjau dan sambal belacan. Kenalah dengan tekaknya. Harga Nasi Abe We ni ialah RM10.00.

Nasi Abe We – RM10.00

Selain hidangan nasi dan mee ni, aku try juga merasa pencuci mulut yang ada kat sini. Antaranya ialah Ali Bingsu dan Bread Pudding. Ali Bingsu ni bagi aku adalah ABC versi yang diuprade. Bukan guna ais kisar yang kasar tu. Ni shaved ice exactly macam Korean bingsu. Memang sedap. Lemak berkrim. Ali Bingsu ni ada kekacang, jagung manis, cendol, cincau dan lain-lain. Harga Ali Bingsu ni pula ialah RM15.00.

Ali Bingsu – RM15.00

Selain Ali Bingsu ni, aku try juga Bread Pudding yang berharga RM7.00. Dari segi rasa, bagi aku just nice. Sedap dan tak terlalu manis. Cuma kalau tekstur puding ni lembut sikit, baru aku rasa puding ni perfect. Sebab aku pernah makan bread pudding yang sangat lembut dan sedap.

Bread pudding – RM7.00

So.. tu la serba sedikit review aku berkenaan dengan dining experience kat Herbs & Butter, Tamarind Square ni. Review ni adalah pandangan peribadi dan mengikut selera sendiri. Citarasa orang berbeza-beza. Apapun, aku puas hati makan kat sini dan this restaurant akan masuk dalam list tempat makan yang aku boleh repeat again and again.

Kepada korang yang ingin mencuba, bolehlah datang ke sini. Aku sharekan lokasi restoran ni kat bawah. Till then, selamat mencuba!

Address:
D3-03-15 Block D3 Tamarind Square, Persiaran Multimedia,
Cyber 11, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Operating hours: Monday – Saturday (12.00 pm – 10.00 pm), Sunday (closed)
Phone: 017-230 4384



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.