
Hello semua! It’s end of March already. Cepatnya masa. Aku takde masa nak update blog ni sebab busy pindah rumah, doing this and that.. dan malas juga. Tapi rasanya taklah lambat sangat nak wish tahun baru tu kan? Hahaha.
Kiranya ni post pertama aku untuk tahun 2018 la kan? So, untuk post kali ni aku akan share tentang trip terbaru aku pada Februari lepas ke Bangkok. Memandangkan tahun 2018 ni aku takde plan untuk winter vacay seperti tahun-tahun sebelumnya (tarak bajet sebab masuk rumah baru.. reno bagai), maka kita pergi ke tempat yang dekat-dekat saja. Ikutkan aku plan nak repeat Lombok. Dah book hotel semua, sekali tengok Accuweather, cuaca tak elok. Almost every day hujan. Aku tanya Fandi (tour guide kami masa ke sana dulu) dia pun cakap benda yang sama. So cancel je la. Nasib tak beli tiket lagi. Usha punya usha, tengok Bangkok macam okay. Cuaca pun elok. Dan yang penting misi aku nak JJCM sebab food kat Bangkok memang sedap-sedap belaka. So, aku book siap-siap hotel kat Silom tu. Ni merupakan kali kedua aku ke bandaraya ni. Last pegi dulu masa 2009. Gile lama kan?
Kali ni yang join aku Eric je. Erol busy kerja. Firr join pun masa last day kami kat sana. Kiranya dia balik hari je. Gile punya keje! Hahaha.
So, our flight dari KLIA2 lebih kurang dalam jam 11 pagi dan kami selamat sampai di DMK Airport, Bangkok sekitar jam 12 lebih waktu tempatan. Simcard kami beli siap-siap kat atas flight (Tune simcard). Rasanya murah dan berbaloi berbanding kalau aku roaming Celcom RM38 per day tu. Dari DMK Airport, kami ambil teksi ke Silom Village dengan tambang 480 baht (lebih kurang RM60).
Aku sengaja memilih Silom Village Inn sebab pernah stay situ masa first trip ke Bangkok. Suka that area sebab meriah, terang benderang bila malam dan yang penting senang nak mencari makanan halal (opposite hotel ni je).

Budget
Secara kasarnya, budget aku untuk ke Bangkok selama 5 hari 4 malam ni adalah seperti berikut:
1. Return Flight
- KUL-DMK: 10.40 am – 12.00 pm (+2 hours 15 mins)
- DMK-KUL: 11.10 pm – 2.20 pm (+2 hours 10 mins)
- Baggage 20kg (return)
RM 290.00
2. Accomodation
Silom Village Inn (double room): RM 100.00 x 4 nights = RM 400.00/2
RM 200.00
3. Transportation (for 2 & 3 pax)
- DMK Aiport to Silom Village Inn: 480 baht (airport taxi) (RM 60.00/2)
= RM 30.00 - Silom Village Inn to DMK Airport: 380 baht (Grab taxi) (RM 48.00/3)
= RM 16.00 - Misc (tuktuk, taxi & skytrain): 960 baht = RM 120.00
- KKDay Package ~ Floating & Railway Market Tour: (RM 280.65/2)
= RM 140.30
RM 306.30
4. Meal
- Estimated RM100.00 per day x 5 days
RM 500.00
5. Entrance fee:
- Wat Phra Kaew & Grand Palace: 500 baht = RM 63.00
- Wat Po (Reclining Buddha): 100 baht = RM 12.50
RM 75.50
6. Other expenses
- Shopping, etc.
RM 600.00
TOTAL ESTIMATED COST per person: RM 1,971.00
Note: masa aku tukar ni, exchange rate 100 baht = RM 12.57 as per February 2018
Itinerary
Basically, itinerary aku adalah seperti berikut:
- Day 1 (Friday): Silom, Bangrak (Muslim’s quarter), Haroon Mosque
- Day 2 (Saturday): Chatuchak Weekend Market
- Day 3 (Sunday): Wat Phra Kaew, Grand Palace, Wat Po & Wat Arun
- Day 4 (Monday): Damnoen Saduak, Maeklong Market, Wat Bang Kung & Asiatique
- Day 5 (Tuesday): MBK, Siam Paragon, Siam Center
Sampai je Silom Village, lepas check-in kami terus pergi Restoran Ibu yang terletak di opposite site hotel ni. Dulu kalau tak silap aku nama restoran ni Deen Restaurant (back in 2009) tapi mungkin dah bertukar owner. I read somewhere katanya owner sekarang ni Malaysian. So, menu nasi lemak, mee mamak, sambal belacan, roti canai, ABC semua boleh didapati kat sini. Dan tukang masaknya semestinya orang tempatan. Maka kualiti masakannya tak boleh dinafikan. Memang terbaik!!! Sesuai sangat dengan tekak aku yang hantu pedas ni. Menu pilihan aku untuk lunch ni pad thai (80 baht) dengan udang masak sup bersantan (100 baht). Udang sup tu memang ya ampunnnnnn.. sedap sampai nak menangis makan! Hahaha. Pekena pulak dengan teh ais. Siam punya teh ais pun memang la kawww!


Haroon Mosque is one of Bangkokβs more significant mosques, with history that showcases migration within the region in the 1800s.
bangkokriver.com


Pada malamnya, kami just keluar pi dinner kat Restoran Ibu lagi. Eric dok belasah mihun tomyam dan aku pi order squid salad dengan pulut mangga. Squid sotong tu dah pedas.. aku pi minta pedas lagi. Amik kau! Macam nak terbakar lidah. Tapi sedap. Mujur order pulut mangga lemak-lemak manis tu. Kalau tak, macam rasa nak putus nyawa. Padan muka! Hehehe.



The Chatuchak Weekend Market, on Kamphaeng Phet 2 Road, Chatuchak, Bangkok, is the largest market in Thailand. Also known as JJ Market, it has more than 15,000 stalls and 11,505 vendors, divided into 27 sections.
Wikipedia
Hari kedua di Bangkok. Plan hari ni pergi ke Chatucak Weekend Market. Sebelum ke sana ingatkan nak breakfast di Restoran Ibu tapi tak buka lagi. Check Google katanya jam 11 pagi baru buka. Sudahnya kami breakfast roti ngan butter kat Silom Village ni je.
Untuk ke Chatuchak mulanya ingat nak naik tuk tuk atau teksi. Tapi tuk tuk ni sebenarnya mahal. Mujurlah ada sorang pakcik tuk-tuk ni suggest kami ambil skytrain je. So, dari Silom kami berjalan kaki ke BTS Saladaeng, ambil train ke stesen Mo Chit yang berdekatan dengan market tu. Baru 44 baht dari Saladaeng ke Mo Chit. Jimat duit.
Dalam 9.15 am, kami dah sampai kat Chatuchak ni. Maka, bermulalah acara meredah setiap ceruk market yang menempat hampir 15,000 kedai. Segala macam mak nenek ada kat dalam ni. Dari baju, lukisan, kraf, elektronik, pets.. you named it. Semua ada. Kalau nak cari cenderamata kat sini memang terbaik. Aku pernah datang sini dulu sekali. Tapi masa tu tak semua kedai buka. By the way, Isnin ngan Selasa market ni tutup ya. Last day hari Selasa tu aku datang sini ingatkan nak beli barang sikit.. sekali sampai satu haram kedai tak buka. Lupa nak check dulu. Hahaha.






Balik hotel.. rehat. Lepas tu sekitar jam 5.00 petang tu kami merayap kat area Silom ni untuk minum petang. Cari light snack je sebenarnya sebab ingatkan malam nanti baru nak makan bebetul. Pusing punya pusing, kat Masjid Mirasuddeen yang berdekatan ngan hotel ni, di depannya ada makcik Muslim ni jual ayam goreng, fishball bagai. So, kitorang duduk makan kat situ. Aku bedal kaki ayam, Eric dengan chicken ball dia lah cicah sauce. Jadilah kan buat alas perut. Sebelum balik bilik aku tapau fruit juice kat lorong area masjid ni. 20 baht satu botol. Fresh gile tanpa gula. Memang berulang kali aku beli bawa balik bilik. Malam ni, kami tak dinner pun sebab masih kenyang. Just lepak Starbuck pekena frapp.
Day 3: Wat Phra Kaew, Grand Palace, Wat Po & Wat Arun

Wat Phra Kaew, commonly known in English as the Temple of the Emerald Buddha and officially as Wat Phra Si Rattana Satsadaram, is regarded as the most sacred Buddhist temple in Thailand.
wikipedia



Wat Arun Ratchawararam Ratchawaramahawihan or Wat Arun is a Buddhist temple in Bangkok Yai district of Bangkok, Thailand, on the Thonburi west bank of the Chao Phraya River.
wikipedia


Sampai di Silom, kami lunch kat Restoran Ibu. Aku order popia dengan tomyam seafood. Lepas lunch kami singgah urut kaki kat kedai deret hotel ni. Sejam 400 baht. Ada la sekali dua aku berdengkur… seingat aku lah. Hahaha. Sedar-sedar dah settle urut kaki.



Damnoen Saduak Floating Market is a floating market in Damnoen Saduak District, Ratchaburi Province, about 100 kilometres southwest of Bangkok, Thailand.
wikipedia
Pagi ni macam bangun awal sikit untuk bersiap ke floating market. Aku book pakej ke Damnoen Saduak dan Maeklong Market ni dengan KKDay.com. Bagi aku harga dan pakejnya reasonable. Lebih kurang RM 140 seorang termasuk transportation, light snack (biskut & mineral water) dan entrance fee. Tips untuk guide dengan driver terserah berapa korang nak beri.
Perjalanan ke dua tempat yang terletak di Ratchaburi ni lebih kurang 2 jam lebih dari Bangkok. Kami berkumpul di Times Square sebelum menaiki van. Dalam group aku cuma 5 orang sahaja. Aku ngan Eric dan 3 orang sekeluarga dari Taiwan. Okaylah group kecil. Tak serabut. Destinasi pertama, Damnoen Saduak Floating Market. Kali kedua aku ke sini. Last time pergi masa weekend.. memang ramai gile. Ni masa weekdays kurang lah sikit. But still jem la juga.

Ada few peniaga kat sini yang aku masih ingat muka diorang lagi sebab ada dalam koleksi gambar-gambar aku. Rasa seronok pun ada walaupun aku bukan kenal pun diorang tu. Macam makcik yang jual topi, yang jual air kelapa (thumbnail video Youtube aku tu) dan beberapa orang lagi. Anyway, tak makan apa pun kat sini. Just pekena ice-cream kelapa yang ala kadar tu je. Then, tunggu yang lain untuk bergerak ke next destination iaitu Wat Bang Kung.


Wat Bang Kung is an ancient temple in Samut Songkhram, Thailand. It was built in the Ayutthaya period.
wikipedia











Day 5: MBK, Siam Paragon, Siam Centre, World Center
Last day in Bangkok. Memandangkan flight balik ke KL adalah pada malam hari, so kami ada banyak masa nak merambu pada siang harinya. But at least by 7.00 pm tu dah kena bergerak ke airport la. So, pagi ni kami check-out awal dan tinggalkan luggage kat lobby hotel. Firr pun bagitahu dia dah sampai Bangkok dan on the way ke tempat kami. Memula plan nak ke Chatuchak sebab Eric nak beli something.. tapi aku terlupa nak check yang Isnin dan Selasa market tu tutup. Tapi dah janji ngan Firr nak jumpa kat sini, maka kami tunggulah dia.
So, bila dah jumpa, Firr ajak kami ke MBK. Kami follow je la. Sampai MBK dalam jam 11.00 lebih. Since tak breakfast lagi, jadi kami terus la lunch di Yana Restaurant @MBK. Sedap ya masakan kat sini. Aku order sup daging yang diletak daun selasih. Pedas dan berasa sungguh. Sambal belacan dia pun sedap. Memang nikmat betul makan.

Then, kami berjalan lagi sampai di World Center. Dan kat luar mall ni ada stalls China Town @World Center. Dalam ni banyak gerai-gerai menjual makanan dan produk keluaran negara ni. Dan terselitlah satu dua gerai halal. Salah satu yang menarik pandangan aku dan Eric adalah gerai yang menjual udang besar ni. Tak tahan tengok punya pasal try la juga. Lima ekor udang besar-besar tu dijual dengan harga 300 baht. Memang puas hati makan. Udang segar, isinya padat dicicah dengan sos cili Thai. Nikmat!

Memang rambang mata tengok makanan kat dalam ni. Air buah delima, pulut mangga, ice cream kelapa, buah-buahan… pendek kata semuanya nampak menyelerakan. Cuma perut je tak muat nak diisi banyak-banyak.
Dah kenyang makan, kami ambil teksi balik ke Silom Village. Ada saki baki masa ni, aku ngan Eric pi last urut kaki selama sejam kat tempat semalam. Firr dok menunggu sambil berborak dengan akak kat situ. Hahaha. Selesai urut kaki, kami melepak di Starbuck until 6.00 pm. Then, ambil Grab taxi ke airport. Lambat la juga teksi ni nak sampai sebab dia tunggu kat the other side.. then patah balik ke tempat kami. Jalan kat Silom ni dah la jem. Mujurlah sampai airport on time. Dan Alhamdulillah, flight kami departed jam 11 lebih dan selamat sampai di KLIA2 lebih kurang jam 2.30 am. Mujurlah tiga-tiga duduk Cyberjaya, maka naik grab yang sama je balik rumah.
So.. itulah serba sedikit cerita pasal trip ke Bangkok ni. Harap perkongsian ni bermanfaat untuk sesiapa yang nak ke sana. Terima kasih kerana sudi membaca.
Jumpa lagi. Tata!!!
Check out trip Lombok aku pada awal November 2023 yang lepas. Trip 3 hari 2 malam je sempena birthday Umi aku. Detail budget aku share dalam tu.
Oh! Jangan lupa singgah di perkongsian terbaru aku ke Sapa pada penghujung September 2023 yang lepas. Aku ada share detail itinerary dan budget juga di dalam tu.
Thanks buddy !
Salam, nk tnya.
Pakej tour KKDay tuh semua All include ea? Boat entrance fee semua?
Salam Kamal. Ya.. dah masuk sekali. Cuma tak termasuk tips utk guide (kalau nak beri lah..).
Assalamualaikum, so sorry I’m kinda noob about traveling outside Malaysia. Let say one day I’m going to travel to Bangkok, 1) May I know do I need to buy their simcard?
2) If I booking a hotel in Bangkok, do I need to pay there or the transaction can be done in Malaysia?
Thanks
Wassalam Lana,
It’s okay. Kita pun still belajar maa..
1) Simcard Omar beli siap2 dalam flight AirAsia. Tune simcard kalau tak silap. Cukuplah datanya. Sebab kalau Celcom roaming RM38 per day mcm agak mahal juga.
2) Omar selalu book guna Agoda.com. So dia akan charge pada credit card few days sebelum tarikh kita stay tu. So, kat sana nanti u tak payah nak pening bayar hotel. Ada je website lain yang boleh bayar cash kat hotel contohnya Booking.com. Kalau nak walk-in pun rasanya takde masalah. Accommodation kat sana banyak. Cuma lebih bagus kalau book awal lah.
salam,
damnoen tu bukak setiap hari ke?
Salam Zuel,
Kalau tak silap saya memang buka setiap hari. Cumanya masa weekend normally akan sesak berbanding weekdays.
Sangat detail dan sangat2 membantu sebab sy pun suka travel secara backpacker with my friends..and i already subscribe youtube you..tq omar
Hi Jewli.. thanks so much! Saya share apa yang termampu sahaja. Alhamdulillah kalau dapat membantu. πππ
[…] Bangkok Trip 2018 CategoriesUncategorized […]
Salam,
Tiket flight tu beli time promo ke?
Murah tu siap luggage 20kg
Ya.. dapat time promo ππ