Sharing is caring

Sungai Klah Hot Springs atau Sungkai Hot Springs adalah antara destinasi favorite aku kalau nak keluar dari kebosanan di KL. Lokasinya dalam sejam lebih je. So takde la jauh sangat. Sebab aku ada konsep tersendiri iaitu kalau perjalanan lebih 3 jam maka lebih baik aku balik JB rumah parents aku je. Whatever la kan. Nak sampai ke sini takde la susah mana. Amik highway PLUS ke Utara. Then keluar kat Exit 128 Sungkai/Trolak. Lepas dari situ banyak signboard yang tunjuk arah ke kolam air panas ni. Follow je la. Make sure bawa bekalan sendiri dan telur ayam (kalau nak rebus later). Kafe kat sini makannya ala-ala saja. Kat jalan besar sebelum masuk tu pun ada deretan kedai makan, tapi aku dah pangkah dah sejak termakan ikan patin masak lemak yang isinya berulat!!!! Gerai S** ***** namanya. Dah la kotor plak tu. Bukan nak menutup rezeki diorang tapi memang tak patut la kan.. Bila kita tunjuk bagitau, tak nak mengaku. Pastu kena bayar pula lagi. Apa punya servis ntah.

Anyway, waktu operasi kat sini, kalau hari biasa (8.00 pagi – 7.00 malam), kalau weekend, cuti umum atau cuti sekolah (8.00 pagi – 9.00 malam). Villa juga ada disediakan. So siapa yang nak bermalam boleh stay di sini. Kat sini ada 2 kolam utama; air panas dan air gunung (sejuk). Personally, aku suka pergi petang sebab berendam dalam air panas pada waktu malam lagi best. Kalau tengah hari berendam air panas macam orang gila plak rasa kan.. Kalau tak nak mandi air panas boleh pergi kat kolam takungan air gunung yang sejuk dan segar.

Harga tiket masuk.
Apa yang boleh dibuat kat kolam air panas ni.

Di antara jambatan kayu nak masuk ke kolam air panas ni ada disediakan wakaf. So siapa yang nak ber-open sauna atau mandi wap bolehlah melepak kat sini. Ada aliran air panas di bawahnya.

Sentiasa berkabus disebabkan oleh wap air panas dari anak-anak sungai tu.
unca air panas. Ada yang sampai tahap didih 100 darjah celcius.
Kolam utama air panas. Berendam kat sini waktu malam memang best!
Di hujung kat fountain tu suhu airnya lebih panas.
Kolam air gunung.
Aktiviti merebus telur. Jangan kentut sudah pas ni.

One thing yang buat aku suka bila datang sini ialah bila dah habis berendam tu memang rasa fresh dan lenguh-lenguh badan semua hilang selain telur yang menjadi masak. Kulit pun rasa gebu kembali… Hahahaha.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.