Sharing is caring

Post kali ni masih lagi berkisarkan negeri Perak. Aku sempat singgah di Gua Tempurung, Gopeng sebelum balik ke KL. Gua Tempurung sepanjang 1.9 km ni adalah antara gua batu kapur dan marmar yang terindah di Malaysia. Ia juga gua yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

On the way ke Gua Tempurung.
Entrance di Gua Tempurung.

Kalau datang sini, ada few pakej yang ditawarkan dari yang senang sampai lah yang paling mencabar. Oleh kerana aku malas nak berbasahan lalu sungai bawah tanah tu, makanya aku just amik pakej “Top of the World” yang berharga RM9.00 sorang. Ada tour guide yang bawa naik sampai ke bahagian atas gua. Macam-macam dia explain pasal gua ni sepanjang tour, dari sejarah, formation dan bentuk-bentuk unik yang ada dalam ni. Formation stalactites dan stalagmites dalam gua ni memang mengagumkan! Terpegun biji mata tengok. Maklumlah kejadian yang dah berjuta tahun kan.. Ada bentuk-bentuk unik dalam ni antaranya bentuk kepala gajah, muka manusia dan watak cerita Titanic! Selain tu, terdapat laluan angin atau wind tunnel di bahagian atas gua. Kuat dan sejuk juga angin yang lalu kat sini. Boleh berenti lama sikit keringkan peluh semua…

Pakej serta senarai harganya.
Pemandangan di pintu masuk gua.
Terpukau mata dengan formation stalactites & stalagmites itu.
Besar stalactites tuh!
Formation yang berbentuk kepala gajah.
Stalagmite yang konon berbentuk Jack & Rose dlm Titanic.
Macam sisi kepala orang pun ada.
Wind tunnel dalam gua. Kuat angin yang lalu kat sini.

Lepas dah habis tour dalam gua, kalau nak beli cenderamata, boleh pergi kat gift shop yang ada. Diorang ada jual T-shirt, keychain dan lain-lain. Kat area sini pun ada kedai-kedai makan. So kalau kelaparan boleh lah menjamu selera. Aku cuma tapau pisang goreng dengan jeli kelapa dengan sorang makcik ni yang jual area parking kereta. Kenyang la juga kan? πŸ™‚

P/S: Berhati-hati masa menuruni anak-anak tangga kat sini. Masa turun kat tengah-tengah tu aku tergelincir sampai bunyi “krakk!” kat kaki. Memula ingat takde apa. Lepas sebulan naik bengkak sebab ligamen terkoyak. Sudahnya seminggu berumah kat SJMC! Hamik kau…



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.