Sharing is caring

Akhirnyaaaaaaa!!!! Masa yang ditunggu dah pun tiba! Setelah menunggu hampir 3 bulan, winter trip kali ni menjadi kenyataan. Syukur Alhamdulillah. Setahun aku “berpuasa” untuk trip musim sejuk ni disebabkan dana melancong tak berapa nak ada. Dengan pindah rumah, renovation, bla bla bla.. menyebabkan aku melupakan seketika niat untuk bercuti ni.

Dan menariknya, winter trip kali ni aku ke destinasi baru iaitu di salah sebuah negara Eropah iaitu Slovenia. Initially tak plan pun nak ke sini. Camne ntah bila dok Google pasal Dubrovnik, Croatia (lokasi penggambaran video penyanyi Lebanon kegemaran aku, Najwa Karam) sekali terjumpa pulak Slovenia ni. Apatah lagi bila ternampak je gambar Lake Bled.. hati terus terpaut. Dan start awal November 2018 lepas, aku pun slow-slow plan, buat itinerary dan share dengan Syai dan Syahiran. Bila bajet semua okay, maka bermulalah upacara membooking flight, hotel dan lain-lain. Anyway, sebagai permulaan, aku akan sharekan itinerary dan budget untuk trip kali ni.

Where is Slovenia?

Slovenia merupakan salah sebuah negara di dalam Kesatuan Eropah. Negara ini terletak di Central Europe dan berjiran dengan Italy (barat), Austria (utara), Hungary (timur laut) dan Croatia (tenggara). Terkenal dengan keindahan alam semulajadi terutamanya kawasan pergunungan dan tasik-tasik. Tasiknya yang termasyhur ialah Lake Bled, walaupun sebenarnya terdapat sebuah lagi tasik yang terbesar di Slovenia ni iaitu Lake Bohinj yang terletak di Triglav National Park. Ibu negara Slovenia ialah Ljubljana (sebutan: lub-li-ya-na).

Seperkara yang menarik kat Slovenia ni, rata-rata rakyatnya fasih berbahasa Inggeris. Tak seperti yang aku baca di kebanyakan negara Eropah yang lain yang katanya azab juga bila nak berkomunikasi dengan orang tempatan mengggunakan bahasa Inggeris. Alhamdulillah kat sini takde masalah. So far, semuanya smooth sahaja. And that’s a good thing!

Flight ticket

Flight ticket kami booked pada awal Disember 2018 melalui Skyscanner. Return ticket menggunakan syarikat penerbangan Condor dan Adria Airways ini berharga lebih kurang RM 2,900.00. Harga bersekali dengan 20 kg baggage dan flight ni pergi baliknya ada transit di Frankfurt, Germany.

Bagi insurans pula, memandangkan kami ni nak travel ke negara orang, so better ambil travel insurance siap-siap. Kami beli travel insurans di AXA Smart Travel for 2 yang berharga RM 55.00 seorang.

Visa

Sebelum tahun 2021, rakyat Malaysia yang nak melancong ke European countries tidak memerlukan visa. Tetapi bermula tahun 2021, all Malaysians yang nak travel ke Eropah & Schengen member countries ni perlu memohon visa yang valid untuk 3 tahun bagi tempoh perjalanan sehingga 90 hari.

Matawang Slovenia

Since terletak dalam negara Eropah, semestinya matawang yang digunakan ialah Euro. Rate masa kami tukar pada Februari 2019 ialah 1 Euro = RM 4.74.

Simcard & internet access

Kami menggunakan pakej IZI Mesec dengan data internet 6 Gb valid untuk sebulan yang berharga €15, lebih kurang RM 71.10. Simcard ni kami beli di telekom di belakang bangunan Bled bus station.

Qiblat & waktu solat

Waktu solat di Slovenia boleh didapati di sini. Bagi arah qiblat pula, di Ljubljana (131.53°) dan di Lake Bled (131.32°).

Itinerary

Basically, itinerary aku adalah seperti berikut:

12 – 13 Februari 2019 (perjalanan pergi)
Kuala Lumpur – Frankfurt – Ljubljana – Lake Bled

13 – 17 Februari 2019 (4 malam)
Lake Bled, Lake Bohinj & Vogel Ski (Bohinj)

17 – 21 Februari 2019 (4 malam)
Ljubljana City Tour, Trieste (Italy), Zagreb (Croatia **impromptu)

21 – 22 Februari 2019 (perjalanan balik)
Ljubljana – Frankfurt – Kuala Lumpur

Hotel

Kami memilih untuk bermalam di 2 lokasi iaitu di ibukota Slovenia iaitu Ljubljana dan di Lake Bled. Bagi trip ke Lake Bohinj dan Trieste (Italy), kami buat day trip sahaja. So, untuk hotel, kami memilih 2 hotel ni melalui Booking.com.

Apartments & Rooms Sebanc by Lake (Lake Bled)

One bedroom apartment
Terletak hanya 50 meter dari Lake Bled, apartment ni dikelilingi dengan laman yang agak besar. Di hadapan apartment ni terdapat anak sungai yang jernih yang mengalir terus ke dalam Lake Bled. Ada balkoni dan juga teres untuk melihat tasik dari sini. Untuk ke pusat bandar Bled hanya kira-kira 20 minit dengan berjalan kaki. Dan yang paling penting, wifi juga disediakan. Apartment ni di-host oleh Maja dan anaknya, Gasper. Both of them very friendly terutamanya Maja. Dan kat apartment ni ada 2 ekor kucing. Yang gemuk hitam tu namanya Marche. Selalu je lepak kat balkoni kami.

Sebanc Apartment @Lake Bled.
Master bedroom dengan double bed.
Sofa bed untuk extra guest.
Dapur siap dengan cultery, periuk/pan untuk kemudahan memasak.
Balcony untuk feeling-feeling minum kopi.. tapi sejuk namati ya!
View yang menghadap Lake Bled.

Skyscraper Apartment (Ljubljana)

Deluxe apartment
Terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Ljubljana, apartment ni sangat dekat dengan pelbagai tempat tarikan pelancong yang terdapat di sini, antaranya Old City (350 m), Ljubljana Castle, Tromostovje (famous bridge), Cerkev Marijinega (famous pink church) dan pelbagai lagi. Nak cari makanan halal pun senang kat sini. Ada Abi Falafel dan Fari’s Delice yang terletak tak jauh dari apartment ni.

Spacious interior.. living, dining & kitchen. Sofa tu boleh dibuka untuk jadi katil.
Master bedroom.
Kitchen untuk memasak Best part.. nampak tu espresso maker! Bedal puas-puas
Bathroom & laundry area.

Ventovarna (Ljubljana)

Apartment
Sebenarnya Ventovarna ni kami takde pun dalam booking list kami. Mulanya plan nak check-out macam biasa kat Skyscraper Apartment tu, maybe tinggalkan luggage somewhere.. jalan-jalan city dulu sebelum bertolak ke airport around 8pm like that. Tapi bila tengok keadaan airportnya yang kecil and nothing much to do, kami decided untuk extend semalam kat Skyscraper tu. Tapi takdan sebab esoknya tu dah ada orang booking. The owner, Spela was very kind untuk bagi kami stay di accommodationnya yang lagi satu ni.. terletak 20 minit berjalan kaki dari Skyscraper. So, kami stay kat sini semalam dan seawal jam 4 pagi kami dah kena bergerak ke airport.

Ventovarna ni terletak betul-betul di hadapan Metelkova Art Center, pusat kesenian yang penuh dengan hasil seni anak-anak muda yang sangat menarik! Dengan Ljubljana Bus Station lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Nak ke town centre dalam 20 minit lebih kurang.

Living area.
Kitchen untuk kemudahan memasak.
Double bed dengan 1 double decker.
Bilik tidur yang boleh memuatkan 4 orang.

Makanan halal

Alhamdulillah tak susah nak mencari halal food kat Ljubljana ni. Ada few kedai makanan Arab/Turki yang terletak di sekitar bandaraya ni antaranya Abi Falafel, Dunya Doner dan Fari’s Delice. Di Lake Bled pula, juga terdapat Magusar Pekarna halal kebab. Tapi aku bawa juga bekal ready food Brahim’s yang aku beli di kilangnya di Bangi. So, bolehlah makan dengan roti atau nasi bila rasa kelaparan. Since kami stay di apartment yang menyediakan kemudahan untuk memasak, so bolehlah digunakan (selepas disertu dengan sabun tanah liat Taharah.. gunakan tanpa was-was… hahahaha).

Magusar Pekarna di Lake Bled.
Halal Kebab di Magusar Pekarna @Lake Bled.

Kalau dah muak makan kebab, boleh try makan hidangan ayam tanpa was-was di Dunya Doner di Ljubljana. Dekat Abi Falafil pun boleh try hidangan tajine. Sangat sedap dan berasa rempah ratusnya.

Abi Falafel di Ljubljana.
Dah muak makan kebab, boleh try hidangan ayam pula.

Dunya Doner ni terletak betul-betul di hadapan Avtobusna Postaja Ljubljana (Ljubljana Bus Station). Selain kebab dan burger, ada juga menu seperti ayam goreng, chicken wings, chicken stripes dan lain-lain. Kalau korang order chicken wings ke apa.. mungkin masa order tu boleh bagitau dia jangan goreng garing sangat. Dua kali aku order.. dua kali dapat yang ala-ala sedikit gerhana! Hahaha..

Dunya Doner di Ljubljana.

Budget

Secara kasarnya, budget aku untuk ke Slovenia selama 9 hari 8 malam ni adalah seperti berikut:

1. Return flight
  • KUL-FRA-LJU: via Condor & Adria
    Date: 12/02/2019: 2345 – 1120 (+18j 35m termasuk 3j 35m transit di Frankfurt)
  • LJU-FRA-KUL: via Adria & Condor
    Date: 21/02/2019: 0700 – 0635 (+16j 35m termasuk 2j 50m transit di Frankfurt)
  • Baggage 20kg (return)
  • Insurance: AXA Smart Traveller for 2 (RM 111.00) – RM 55.50 per person

RM 2,953.20


2. Accommodations (for 3 pax)

a. Lake Bled (Sebanc) x 4 nights = RM 1,264.81 (incl. VAT & city tax)

b. Ljubljana (Skyscraper) x 3 nights = RM 1,216.17 (incl. VAT & city tax)

c. Ljubljana (Ventovarna) x 1 night = RM 213.30

Total: RM 2,694.28 / 3 pax

RM 898.10


3. Transportation (for 3 pax)
  • Aiport to Lake Bled (€55 one way) = RM 260.70 per taxi
  • Lake Bled to Lake Bohinj/Vogel Ski (return) = RM 455.04 per taxi
  • Lake Bled to Ljubljana (one way) = RM 241.74 per taxi
  • Ljubljana to Trieste (return via bus) = RM 104.28 per person
  • Ljubljana to airport (€27 one way) = RM 127.98 per taxi
    Total: (RM 1,085.46/3) + RM 104.28

RM 466.10


4. Meal
  • Estimated RM100.00 per day x 9 days

RM 900.00


5. Sim card
  • IZI Mesec, 6gb data

RM 71.10


6. Other expenses
  • Bled Island boat ride (return) – €15 (RM 71.10)
  • Bled Island church entrance fee – €6 (RM 28.44)
  • Bled Castle entrance fee – €11 (RM 52.14)
  • Vogel Ski cable car & €20 (RM 94.80)
  • Ljubljana river cruise & €10 (RM 47.40)
  • Ljubljana Castle entrance fee & €10 (RM 47.40)
  • Impromptu trip to Zagreb via bus (return & tram fee)& €23.08 (RM 109.39)

RM 450.67


TOTAL ESTIMATED COST per person: RM 5,739.17 (excluding shopping)
Note: Exchange rate €1 = RM 4.74 as per February 2019


Untuk sesiapa yang berminat dengan itinerary ni, boleh dapatkan itinerary dekat link ni:

Trieste City Walking Tour tu aku buat based on tempat aku nak pergi je. Banyak lagi tempat menarik korang boleh lawati kat Trieste tapi aku malas nak beriya. Ada lebih kurang 4 jam lebih je, so jalan mana yang dekat je.

Itinerary ke Zagreb takde sebab aku tak sempat nak study dan main redah je. Hahahaha..

Actually aku cuma tukar €650 je (lebih kurang RM 3,035) untuk semua perbelanjaan kat sana… tidak termasuk (i) tiket flight, (ii) hotel dan (iii) taxi (airport-Bled, Bled-Ljubljana, Ljubljana-airport). 3 items ni dah settle terlebih dahulu bayarannya. So tak include dalam €650 tu.

€650 tu cukuplah untuk makan, shopping, entrance fee, return ticket ke Trieste, Italy dan Zagreb, Croatia. Balik Malaysia, ada berbaki €90 lagi.

So, begitulah serba-sedikit intro aku tentang winter trip ke Slovenia ni. Untuk post berikutnya aku pecahkan mengikut hari. Senang sikit nak baca. Stay tune!

Semoga perkongsian aku ni bermanfaat bagi yang ingin melancong ke Slovenia nanti. Selamat membaca!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.