Slovenia Winter 2019 (Day 5): Lake Bled

Hari ni adalah hari terakhir kami berada di Lake Bled. Esok jam 12 tengahari kami dah bertolak ke Ljubljana dan stay di sana pula.

So, plan hari ni just nak ke town je cari souvenir and then pergi lunch. Jadinya, pagi ni takde lah rushing sangat. Masing-masing ada own sweet time nak kemas-kemas barang semua.

Pagi di Lake Bled

Untuk breakfast, macam biasalah. Kami dok masak pek Brahim’s tu makan dengan roti tortilla. Ada rendang, sambal ikan bilis dengan scramble egg dah cukup lazat dah tu.

Rendang daging, sambal ikan blis dengan scramble egg

Lebih kurang 1.30 tengahari camtu kami pun keluar ke town. By the way, hari ni hari Sabtu. So, memang ramai orang datang kat Lake Bled ni. Dari awal pagi tadi dah ramai orang jogging, running, morning walk dengan keluarga dan anjing mereka. Pletna boat ke Bled Island pun banyak yang pergi balik. Kira hidup la sikit small town ni.

Laluan ke Lake Bled town

Dalam perjalanan, kedai yang terdekat dengan apartment kami ni pun dibuka. So, kat depan tu ada orang jual buah berangan berharga €4 sepeket. Buat kudap-kudapan sepanjang perjalanan ke town.

Cafe di hadapan Vila Preseran tu pun penuh dengan orang. Siap ada orang main muzik lagi tepi tasik tu. Feeling betul lah!

Ni sebelah Vila Peseren. Ramai orang kat cafe sebelah tu

Kami singgah di Devil Cafe untuk lunch. Pekena pizza je. Pizza margherita (topping keju ngan tomato je) sebesar alam tu tak sangka aku boleh habiskan! Tapi yang kelakarnya kat sini, masa waitress tu hantar minuman kami, dia tertumpahkan minuman aku. Seketul topping tu terjelepok atas meja. Kami dok gelak je. Tak marah pun. Ingatkan dah habis. Rupanya masa dia angkat minuman yang tertumpah tu… alihkan kat atas meja tong belakang kami.. dia tertumpahkan lagi. Mujur tak kena beg kat bawah tu. Cuma tepercik sikit je. Masa tu aku dengar dia mengeluh kuat.. like “#%$#%#. f**k my lifeeee!!!!%$%$#@#@@.. kekdahnya macam tu la. Lagilah kami bertiga tergelak besar. Siap cakap kat dia lagi suruh relaks.. jangan stress sangat. Hahaha. Mujurlah kau cantik beb. Tapi memang cantik pun waitress ni. Dia punya senyum memang bagi cair hati! Orang kat table sebelah pun senyum je sebab dok tengok kami bergelak bagai. Sampai sekarag terngiang-ngiang dia punya keluhan tu. Hahaha…

Lunch at Devil Cafe
Pizza Margherita sebesar dulang!

Anyway, pizza sebesar alam tu berharga €8. Boleh kongsi 2-3 orang juga sebenarnya. Tapi entah apa setan dalam badan.. aku boleh habiskan. Syai dengan Syahiran amik one piece je sorang.

So, lepas settle makan, kami ke kedai souvenir di sebelah cafe ni bernama Pik Pok. Kalau korang ke sini dan nak cari souvenir.. boleh singgah. Sebab harga kat kedai ni boleh tahan murah berbanding yang lain.. lagi-lagi kat kedai souvenir di Bled Shopping Center tu. Contohnya, macam plate cenderamata Slovenia dijual kat sini berharga €10.. kalau di Pik Pok tu ko boleh dapat €6.50.. plate yang sama. Yang lelain aku tak sure la sebab aku tak check satu-satu. Cuma aku check mana yang aku beli je. Mungkin ada yang murah kat sini.. and mahal kat sana. Better korang survey dulu sebelum beli. Untuk fridge magnet (souvenir wajib beli time travel), average harga ko boleh dapat kat sini antara €1.70 – €4. More than that pun ada kalau yang designnya lagi cantik.

Selesai shopping kat sini, kami ke supermarket kat Bled Shopping Center tu membeli stok tortilla untuk breakfast esok. And then singgah lagi sekali kat Pik Pok sebab Syai nak beli lagi few souvenirs untuk kawan-kawannya. Excited nenek ngan cucunya yang entertain kami tadi. Dia pun cerita serba sedikit pasal Bled, tanya kami dari mana semua. Semua orang macam surprised kalau sebut dari Malaysia sebab tak ramai Malaysian datang sini. Dia pun suggest kami datang masa summer sebab katanya time summer Lake Bled sangat hijau dan cantik.

Peramah 2 orang tu.. kat Pik Pok Souvenir Shop

Habis membeli, kami terus pulang semula ke apartment. Menikmati keindahan Lake Bled sebelum beredar esok. Sedih pulak rasanya sebab aku suka gile tempat ni. Tenang dan redup. Dengan itik-itik dan swan yang bersepah-sepah kat situ. Cukup mendamaikan.

Tenang jiwa weh duduk kat sini
Hari ni baru nampak seekor swan. Lain mana ntah..

On the way balik, aku pun tapau sepekat buah berangan untuk kudapan masa berjalan pulang.

Buah berangan panas-panas memang sedap

Sebelum masuk ke apartment, aku lepak kejap kat area anak sungai. Bunyi deruan air ni memang menenangkan otak. Lagilah pula airnya jernih, sejuk dan bersih. Memang salah satu kriteria rumah idaman aku ada anak sungai yang jernih lalu depan rumah camni. Walaupun hakikatnya rumah kau la ni hanya besar sikit je dari liang lahad! Hahahah..tapi syukurlah kan.. rezeki juga tu. Ada juga rumah sendiri. Insyallah one day mungkin ada rezeki lain.

Aku suka gile ada anak sungai ni

Okaylah.. tu je aktiviti utk hari ni. Esok pagi aku plan nak memanjat one viewpoit kat bukit sekitar Lake Bled ni untuk ambil timelapse. Tengok la larat ke tak. Hahaha. Jumpa di post seterusnya.

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer