Sharing is caring

Pada hari ke-4 (actually hari ke-3 di Slovenia ni), kami pergi ke Lake Bohinj yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Lake Bled ni.

Lake Bohinj, covering 318 hectares, is the largest permanent lake in Slovenia. It is located within the Bohinj Valley of the Julian Alps, in the northwestern Upper Carniola region, and part of Triglav National Park.

Lake Bohinj & Triglav National Park

Lake Bohinj merupakan tasik yang terbesar di Slovenia dan kurang dikenali berbanding dengan Lake Bled. Panorama di Lake Bohinj ni sangat cantik terutamanya pada musim panas. Time salji penuh pun cantik juga. Cuma time kami pergi ni, salji dah turun beberapa hari yang lepas. So, yang tinggal cuma saki-baki je. Tapi yang penting, masa kami kat sini, cuaca sangat baik dengan langit cerah kebiruan.

Lake Bohinj taken from the bridge

Lake Bohinj terletak di dalam Triglav National Park. Triglav merupakan gunung yang tertinggi di Slovenia dan puncak yang tertinggi di banjaran Julian. Ia merupakan simbol kebanggaan Slovenia dan diabadikan di dalam bendera negara ni. Dinamakan Triglav kerana gunung ni mempunyai 3 puncak, ala-ala Gunung Daik bercabang tiga tu…

Lake Bohinj dan persekitarannya

Menurut fakta sejarah, semasa zaman ais, Bohinj dan Bled merupakan sebuah kawasan glacier. Dan apabila glacier ni cair, dituruti dengan pergerakan muka bumi, maka terhasillah dua buah tasik yang kini dikenali sebagai Lake Bohinj dan Lake Bled.

Pergunungan di sekitar Bohinj

Ski resort Vogel in Bohinj – Slovenia offers skiing on natural snow, very well-maintained ski slopes and spectacular views through the year.

Vogel Ski Center

Vogel Ski merupakan ski resort yang terletak di Bohinj dan berhampiran dengan Lake Bohinj. Resort ni dibuka pada tahun 1964 and since ia terletak dalam Triglav National Park, maka aktiviti membuat salji tiruan adalah diharamkan sama sekali. Semua salji yang ada di resort ni adalah semulajadi.

Signboard masuk ke Vogel
Vogel Ski map

Vogel mempunyai 22 km ski slopes, 8 km tracks untuk cross country skiing dan sebuah snowboard park.

Expenses:
€32 per person – Mamut shuttle to Vogel [€96 return per shuttle (€48 one way), divide by 3 person]
€20 – Vogel Ski entrance fee (for gondola to Ski Hotel only)

Ia mempunyai beberapa puncak checkpoint yang boleh dicapai dengan menaiki gondola atau chair lift. Yang paling rendah ialah di bahagian Ski Hotel.

Kami ke Vogel ni, mula-mula plannya nak naik bas biasa je dengan menunggu di Bled bus station. Kat situ ada diletakkan jadual perjalanan pergi dan balik bas ni. Dan option ni merupakan yang paling ekonomi, cumanya korang kena betul-betul pastikan tak terlepas timing. Dan semestinya, kaedah ni lambat la sikit sebab bas ni akan berhenti pada setiap bus stop. Lagi satu, bas ni takkan berhenti betul-betul di hadapan station cable car tu. Korang kena berjalan sedikit dalam 10 minit dari bus stop untuk ke station cable car.

Bled bus station. Mamut Shuttle sebelah tu je yang ada banner hijau

So, disebabkan kami malas nak nak menunggu, plus abit confuse dengan schedule bus ni.. nak berhenti kat mana bla bla bla.. maka kami pun try tanya kat Mamut shuttle yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Bled bus station ni. Mamut shuttle menyediakan perkhidmatan shuttle ke semua tempat tumpuan pelancongan yang terdapat di Slovenia ni.

Shuttle bus schedule

Jadinya, bila kami tanya berapa caj untuk pergi ke Vogel ni, Primoz (the guy yang entertain kami), bagitau harga shuttle untuk one way adalah €48. So, untuk return harganya €96. Almost RM455.00. Agak mahal sebenarnya kalau berbanding korang naik bas. Tapi disebabkan kami bahagikan 3, so sorang harganya lebih kurang RM150 lah. Kira okay la tu sebab within budget.

Initially, time aku usha taxi pun lebih kurang RM124 per person. So, malas nak pening kepala dengan timing dan jadual, kami kawtim dengan Primoz pergi dia hantar kami direct ke Vogel Ski cable car station tu.. and masa balik dia akan pick us up jam 4 petang dekat bus station berhampiran dengan famous bridge kat Lake Bohinj tu. Senang! Dan Mamut shuttle ni direct mengikut jalan highway. Jadi.. takde la berhenti-henti macam bas biasa dan perjalanannya cepat… 30-40 minit.

Anyway, kalau korang berminat dengan Mamut shuttle ni, boleh usha sini:
https://www.slovenija.eu.com/

Atau, kalau korang nak tahu perjalanan ke Bohinj ni via bus, boleh usha sini juga:
https://getbybus.com/en/blog/visiting-lake-bohinj/

Settle semua payment, Primoz sendiri yang menghantar kami ke Vogel Ski dari Lake Bled ni. Perjalanan lebih kurang 40 minit camtu. Dalam perjalanan mata disajikan dengan pemandangan bukit-bukau yang indah dengan sungai-sungai yang jernih kebiruan. Cantik sangat!

Pemandangan semasa ke Bohinj

Memasuki daerah Bohinj, landskap bertukar dengan kelihatan gunung-ganang yang dilitupi dengan salji. Tak berkelip mata aku tengok. Memang cantik muka bumi Slovenia ni. Anyway, jalan di sepanjang Bled ke Bohinj ni bagi aku agak sempit. Mujurlah kami tak sewa kereta nak pergi ke sini (sebab ada juga option ni masa plan hari tu). Takut weh.. lagi-lagi kalau bertembung dengan bus atau lori. Dah la drive belah kiri pula.. jalan licin bersalji. So, nasihat aku, kalau korang tak familiar dengan jalan oversea.. jangan la ambil risiko nak drive sendiri. Cari penyakit je namanya tu.

Permukaan Bohinj yang dilitupi saki-baki salji

Kami sampai di Vogel cable car station lebih kurang jam 10.00 pagi. Ikutkan plan, aku nak naik gondola biasa ke Ski Hotel and then ambil chair lift untuk ke bahagian atas lagi untuk mengambil gambar. Tapi bila tanya kat counter, since kami tak skiing, so dia advise suruh ambil gondola ride ke Ski Hotel dan go around that area sahaja. Sebab katanya bahaya kalau kami nak pergi ke bahagian atas sebab ramai orang ski dan bimbang tahap keselamatan kalau nak berjalan kat area tu. Jadinya… redho sahajalah! Next time, kalau korang teringin nak ambil gambar kat bahagian atas tu, maybe boleh sewa baju ski dan peralatan kat sini, so that korang dibenarkan untuk pergi to that side.

Vogel cable car station

Anyway, harga tiket gondala ke Ski Hotel tu ialah €20. Intervalnya kalau tak silap setiap 15 minit. Time kami pergi ni, cuaca memang baik. So, memang ramai giler la orang kat sini dengan kereta parking di kiri kanan bahu jalan menuju ke cable car station tu. Nak masuk gondola pun kemain pack lagi. Pastu bau.. boleh tahan! Winter kan.. jangan ko ingat mat saleh tu semua pembersih ya! Seksa juga dok menahan nafas. Hahahaha..

Tiket Vogel gondola
Semua naik sebab nak main ski. Kami je nak berposing! Hahaha..

Sampai kat bahagian Ski Hotel tu, memang mata kau terpukau dengan pemandangan kat atas ni. Tambahan pula cuaca elok.. clear blue sky. Memang bonus lah. Alhamdulillah sangat sebab first time aku ke ski resort dengan cuaca elok camni. Last time kat Japan, Korea ngan Iran tu pun.. kelabu memanjang! Cumanya salji kat sini kasar dan keras. Tak seperti di Iran yang sangat powdery. Maybe dah beberapa hari kot. So, that’s why la keras camtu.

Kau tak pitam tengok view secantik nih???
Patut la ada love-love bagai. Valentine rupanya. Tak ambil port pun…
Kemain tebal saljinya. Tapi keras…

Bahagian Ski Hotel ni actually kawasan ski untuk kanak-kanak.. so memang ramai la budak-budak berlatih dan bermain ski kat sini. Area ni juga menempatkan cafe dan restoran. The best part, teres di luar cafe ni mengadap view gunung salji yang sangat indah dan di dalamnya pula menyajikan pemandangan pergunungan di Triglav dan Lake Bohinj. Memang dine with a view lah! Pekena pulak hot coffee kat atas tu. Perghhhh.. feeling dia memang lain macam! Kau rasa persis orang kaya walaupun hakikatnya kau kais pagi makan esok malam sebenarnya. Hahahaha..

Terasa seperti orang ada-ada.. hahahaha

Aku tak melepaskan peluang merakam setiap ceruk di bahagian ni untuk dimuatkan dalam Youtube nanti. So, bolehlah korang tengok.

Kami menghabiskan masa lebih kurang 3 jam kat atas ni. Around 1.00 pm, kami dah turun semula ke bawah untuk pergi ke bus station berhampiran dengan famous bridge kat bawah tu. Sebab Primoz akan ambil kami kat situ pada jam 4.00 petang.

Pusing-pusing area ni selama 3 jam

Dari cable car station ni, kami berjalan kaki lebih kurang 10 minit ke bus stop. Tiket shuttle bus kalau tak silap aku dalam €1 or less than that. Tak ingat. Sebab dekat je perjalanannya. Lebih kurang 2-3 minit je. Bas berhentikan kami di hadapan Hotel Jezero di hadapan Lake Bohinj.

Sunyi sepi small town Lake Bohinj ni. Kedai pun banyak yang tutup. Memang betul-betul low season. Aku rasa kalau weekend mungkin bernyawa sikit kot macam kat Lake Bled tu.

Sunyi dan tenang.. sesuai sangat untuk merehatkan otak

Kami merayap di sekitar Bohinj ni.. around the bus stop area je. Pemandangan tasik ni memang indah. Airnya jernih dan reflectionnya sangat clear. Dan di tasik ni terdapat banyak itik-itik yang jinak. Memang tenang sangat suasana kat sini. Lama gile aku dok ambil gambar dan video kat sini. Kalau time summer ni, sure ramai orang dok bermandi-manda, naik boat dan sebagainya.

Lake Bohinj dengan itik-itik yang comel

Di kawasan tasik ni terdapat sebuah gereja iaitu Cerkev Sv. Janeza Krstnika dan jambatan yang menjadi landmark bagi Lake Bohinj. Jambatan ni dipisahkan oleh sungai, Sava Bohinjka, yang airnya mengalir dari tasik Bohinj ni. Jernih sangat airnya!

Cerkev Sv. Janeza Krstnika and the bridge
Sava Bohinjska yang jernih airnya

Monument to Four Brave Men

Momumen nin terletak di sebuah taman berhadapan dengan Hotel Jezero. Salah satu daripada monumen tu, tangannya menunjuk ke arah puncak Gunung Triglav.

Mengikut sejarah, empat orang yang berani ni adalah kumpulan yang pertama mendaki Gunung Triglav pada 26 ogos 1778. Misi ni didukung oleh Baron Žiga Zois, tokoh pembaharuan di Slovenia dan ia disertai oleh Lovrenc Willomitzer (seorang doktor dari Stara Fužina), Štefan Rožič (pemburu), Matija Kos (pelombong dari Jereka) serta Luka Korošec dari Koprivnik.

Monument of Four Brave Men

Monumen ni dibuat oleh Stojan Batič dan dinaikkan sempena ulangtahun ke-200 misi pendakian ni.

So, itulah ceritanya trip kami ke Lake Bohinj dan Vogel Ski ni. Overall memang puas hati sebab cuaca baik dan gambar serta video yang aku ambil semuanya elok. Syai dan Syahiran pun setuju trip kat Vogel ni antara our highlight sepanjang trip di Slovenia ni.

Esok kami berada di Lake Bled sahaja, menghabiskan saki baki sebelum bertolak ke Ljubljana keesokannya. Sedih pulak rasa nak meninggalkan Lake Bled sebab suasana kat sini sangat tenang dengan pemandangan yang indah.

Malam-malam terkahir di Lake Bled… sob.. sobs…

Till then.. jumpa di post seterusnya.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.