Sharing is caring

Rutin hari minggu aku seperti biasa… pusing Tasik Putrajaya. Sham join sekali. Dah lama juga dia tak jog dengan aku sebab busy sangat dengan kerjanya. Tambahan pula last week dia tak sihat. Masa nak habiskan 1 loop Tasik Putrajaya ni lebih kurang 1 jam 6 minit camtu lah untuk 10 km. Pace aku still 6 lebih. Tak dan lagi nak rendah daripada tu. Aku buat setakat badan ni terlarat je.

Dah last-last nak habis tu aku rest kejap kat port favorite aku di celah-celah tasik ni. Lepak kejap sedut udara segar sambil menikmati kicauan burung-burung. Tenang weh!

Last few weeks aku ada tweet pasal tempat ni. Macam “viral” la kejap kat Twt Cyberjaya tu… tanya mana lokasi ni. Ada yang tak bagi aku beritahu kat mana tempat. Ada yang DM tanya lokasi.. those yang DM aku bagitau je. Tempat ni pun tempat public. Kalau korang rajin jog area Tasik Putrajaya ni, sure tahu punya. So pandai-pandai la jaga kebersihan. Cuma kalau yang dok tanya nak piknik semua tu, memang tak sesuai la. Just lepak-lepak kejap ambil angin bagi aku dah memadai.

Anyway, sekarang ni aku dah ubah rutin jogging aku pada sebelah pagi. Saje try hari tu nak rasa camne. Kesimpulannya, aku rasa lagi best daripada jogging selepas waktu kerja. Kalau weekdays tu lokasi aku memang kat Taman Tasik Cyberjaya ni sebab dekat dengan rumah. Dari rumah… then 1 loop Tasik Cyber, then balik rumah semula aku boleh dapat 6 km. So okay la kan? Cuma weekend je la aku buat 10 km kat Tasik Putrajaya tu.

Ni gambar-gambar Taman Tasik Cyberjaya yang aku sempat snap masa jogging pada waktu pagi.

Apa perbezaan yang aku rasa bila start jogging pagi sebelum masuk kerja ni? Antaranya, aku rasa lebih segar, tak mengantuk masa bekerja dan yang penting bila lepas kerja tu, aku boleh sampai awal kat rumah. Jogging pagi kat Tasik Cyberjaya tu pun best juga sebab takde orang. So far, aku cuma terserempak dengan sorang dua je yang jog dalam waktu yang sama. Kadang-kadang aku sorang je. Aku start lebih kurang jam 6.30 pagi. By 7.20 am tu dah settle.

Tapi awas kalau ada segerombolan monyet-monyet kat situ. Selalu petang bila time ramai orang dia normal je. Tapi pagi hari tu, ada sekali hat sekor ni dok kejar aku. Setan betul. Mungkin lapar kot pagi-pagi atau aku pakai baju merah menyala (ada kena mengena ke??? Hahahaha..) Apa pun, kalau kena kejar, pandai-pandai la korang nak selamatkan diri!

So far, aku rasa seronok sangat tinggal kat Cyberjaya ni. Alhamdulillah, kiranya memang keputusan yang terbaik la bila aku beli rumah kat sini. Facilities dan komuniti okay, tak sibuk, tenang. Cuma line internet je la kadang-kadang slow mengalahkan siput babi. Walaupun kau gah dikenali sebagai TECHNOLOGY HUB & SMART CITY. Huh!!!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.