Taman Tasik Cyberjaya antara lokasi yang aku paling suka di Cyberjaya ni. Sebabnya di sini terdapat banyak flora dan fauna, dan suasana di sini sangat tenang terutamanya di awal pagi. Lazimnya aku akan ke sini selepas subuh atau sekitar jam 7.00 pagi jika keadaan mengizinkan.
Kawasan tasik ini pun best kalau korang nak buat nature photoshoot atau bird watching. Antara spesis yang ada di sini yang aku sempat rakamkan pada minggu ini ialah seperti berikut:
Burung puchong kuak
Black-crowned night heron
Nycticorax nycticorax
Bangau paya/pucung serandau
Purple heron
Ardea purpurea
Bangau kecil
Little egret
Egretta garzetta
Ruak-ruak (wak-wak)
White-breasted waterhen
Amaurornis phoenicurus
Murai kampung
Oriental magipe-robin
Copsychus saularis
Merbah kapur
Yellow-vented bulbul
Pycnonotus goiavier
Ini adalah antara gambar-gambar aku aku ambil.
Aku sempat juga pergi ke Taman Rimba Alam di Putrajaya tu. Impromptu je. Tapi tak larat la kat situ. Nyamuk banyak gila!!!! Aku pun pi pakai short.. memang sedap la dia nak menggigit. Tempatnya menarik cuma next time kalau pergi aku kena pakai seluar panjang dan bawa insect repellant sekali.
Leave a Comment